Showing posts with label BnW. Show all posts
Showing posts with label BnW. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Si Penyu




Bila korang melancong ke mana2 jangan lupa beli kan keychain utk saya... =)

#terengganu's keychain

Thursday, June 7, 2012

Menara Tinjau KB dah dibuka pada org ramai


Rasanya dah banyak kali dah post pasal Menara Tinjau Tambatan DiRaja kat Kota Bharu ni... tapi kali ni aku nak cerita yang menara ni dah boleh masuk ke dalam bangunannya. Korang cuma bayar RM1 untuk orang dewasa manakala kanak2 pula RM 0.50 sahaja. Waktu aku pergi tu kebetulan kami sahaja yang ada...mungkin sbb waktu tu pagi ...mungkin waktu petang lebih ramai orang sbb pemandangan sunset kat sini cantik jugak...

Kat bawah ni adalah antara gambar2 yang ditangkap kat atas menara tu...tapi aku tak naik sampai puncaknya sbb rasa gayat lah pulak hahaha





Gambar di bawah menunjukkan jambatan baru yang sedang dibina... jambatan yang menghubungkan Pasir Pekan dan Kota Bharu.Tak dpt nak zoom lagi jelas sbb aku pakai kit lens jer hehehe.... =)



Kalau korang perasan gambar di atas ni, bangunan sebelah kiri yang dekat dengan simpang 3 tu adalah Muzium Perang (seronok masuk sana sbb boleh baca kronologi penjajahan dan zaman perang di Kelantan terutama zaman Jepun dan British dulu)... sebelah kanan pulak adalah Padang Merdeka. Muzium Perang ni dikenali sebagai Bank Kerapu...






Tangga yang berlingkar ni lah yang kami takut nak naik...aku rasa mungkin kalau naik tu boleh..cuma bila nak turun tangga tu mungkin jadi ngeri sikit kot.hahahah


Jadi...kepada sesiapa yang datang Kota Bharu...jangan lupa singgah kat sini pada waktu petang. 

I love Kelate!

Thursday, March 15, 2012

Sunday, March 11, 2012

Tanah Tinggi Cameron....Here I come!!!


Akhirnya...setelah sekian lama aku teringin nak datang Cameron Highland....
Pada hari ini 10.03.12 dapat jugak aku meninggalkan jejak kakiku di C.H ini.



Yang pasti... sampai2 kat sini terus makan buah strawberi. 
Setakat ini sahaja...nanti aku upload lagi setelah abis pusing kat sini k!
Sajer je post awal dulu sbb seronok sgt dapat sampai kat sini...
Walaupun aku rasa cuti kali ni mcm ramai giler orang datang sini...sampai tempat2 penginapan banyak yg 
FULLY BOOKED

Slm strawberi dari dari tanah tinggi ~ =)

Saturday, January 28, 2012

Bunga Ros dlm itam puteh


Cuba try test...
 white mini studio sendiri dgn hanya kertas A4 putih shj
terima kasih buat adikku Mek Ya yang tolong pegang kertas A4 haha =)
pencahayaan : guna matahari semulajadi ciptaan Allah
sumber bunga : petik dari laman rumah
edit : kali ni ku pakai Picasa ... bkn photoscape cam biasa