Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

EKSPO MAIK 2012: Jom penuhi masa cuti sekolah tahun ni...di Kota Bharu

 Salam semua....

Hari ni berkesempatan juga aku dengan sahabat jalan2 cari makan aku iaitu Manny (nama kurang sebenar)... menjejakkan kaki ke Istana Kubang Kerian yang telah dibuka untuk rakyat jelata melawat sempena Ekspo MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)

Ekspo ni berlangsung dari 1 Nov - 6 Dis 2012 dan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Dewan pameran yg mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dan Islam tu aku tak boleh tangkap gambar...jadi takder lah gambar nya ek... aku kan skema sikit..suka ikut arahan...hehehe. Lagipun lebih baik korang pergi tengok sendiri =)

Tapi ada satu khemah pameran depan Dewan tu yang aku boleh tangkap gambar dan bahagian gerai2 jualan2.... 

...

Adik2 ni... sedang khusyuk menyiapkan tempahan khat yg ditulis kat key-chain...so korang boleh beli utk kenang-kenangan... lagi pun seronok tengok seni khat ni... aku kagum dgn orang yg boleh tulis khat ni. Dulu masa belajar kat universiti tu adalah aku ambil kursus elektif kelas seni khat.... tapi takder lah aku jadi penulis khat yg serius... hehehe.



 Selesai melihat, membaca, memerhati, mengkagumi dan berfikir ....terasa lapar pulak...ohw korang jangan risau...ada khemah2 gerai jualan dan ada kanopi yg beserta meja dan kerusi serta sink utk basuh tangan lagi... dalam erti kata lain... tidak rugi datang ke Ekspo MAIK 2012 di Kelate nih...

Ini pemandangan yang dapat dilihat sambil makan2 di bawah kanopi yang disediakan.... =)

Aku dengan kawan ku membeli air ABC.....

ini pula KERABU MAGGIE!!! sedap dan pedas.... pertama kali aku makan...tak tahu pulak megi pun ada kerabu jugak....


                                  dan ini makanan sihat pulak... Pulut Mangga!!! berharga RM5






Akhir kata.... alhamdulillah... 
walaupun semalam kat kelate dah hujan mcm dah nak masuk musim tengkujuh...
tapi hari ni cerah pulak... 



Sunday, August 26, 2012

Selamat Tinggal Kampung... Selamat Datang Tempat Kerja

Assalamualaikum...!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin!

Memang agak terlambat aku post pasal raya ni...padahal hari ini sudah seminggu kita beraya. Aku tulis post ni pun ketika aku sudah sampai ke Sarawak...hahaha. Baru tengah malam semalam sampai ke Kuching dan tengah hari nanti bertolak ke Saratok. Terpaksa bermalam kat sini memandangkan kali ini aku tidak dapat tiket yang dikehendaki...terpaksalah ambil yg mana ada....(tu lah akibatnya xbeli awal2 tiket raya!!!)

Raya kali ini aku rasa sgt cepat masanya berlalu...tambah2 lagi kalau masa tu banyak makan jem kat atas jalan raya hahahah....xcayer..tengok lah tangkapan2 aku yang aku ambil dari kereta ini...hehehe



Ini jalan yang menuju ke jambatan tendong.... mau setengah jam sampai ke traffic light....

Sekarang dah xberaper jammed dah ...

On the way balik ke Pasir Mas, selalu suka tengok masjid ni yang warnanya hijau...kali ni kubah masjid nampak sgt cantik dgn cahaya matahari pada waktu petang ... malam pun cantik ...kalau org masjid tu pasang lampu lah...



Dan akhirnya sampai juga ke Pasir Mas.... =)

Walau pun asalnya mcm xder motivasi nak datang semula ke tempat kerja ni...tapi lepas baca status kawan2 aku yang bersemangat tinggi ...aku rasa bersemangat jugaklah nak kembali ke tempat kerja!! hahahah

Friday, June 15, 2012

Pesta Wau Pantai Geting Kelantan 2012



Cuti sekolah pertengahan tahun baru-baru ini. Sempat lagi ke Pesta Wau yang berlangsung di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Tahun lepas dah pegi... tahun ni pergi lagi. Thanks to my fren...Amani yang sentiasa up2date pasal event2 kat Kelantan. hehehe... aper pun tahun ni Tahun Melawat Kelantan. Patutlah meriah jugak tahun ni dengan macam2 pesta.

Dalam perjalanan ke Pantai Geting ni... terperasan lah signboard "Bunohan" ... alah yang mcm filem Bunohan tu... ye lah kalau dulu lalu jer...baca gitu jer...tapi bila dah ada filem Bunohan tu...terus xcited biler tgk signboard tu hehehe


Antara peserta yang menyertai Pesta Wau Antarabangsa ... tapi xder lah aku gi interview dia pulak dari negara mana..hahaha (nasib baik tak kerja wartawan kan)


Tahun lepas aku perasan ada jugak jentolak ni...mmg aku rasa jentolak ni sebahagian daripada pesta ni kot...nak rata2 kan pasir kot.


Adik aku yang sedang termenung jauh air pantai yang aku larang sekeras-kerasnya untuk tidak sesekali merendamkan kakinya ke air pantai itu...(bukan aper...kami xbawak baju lebih). Kejam..kejam...hahaha

Tak tahu naper...tapi budak ni comel sangat cara jalannya hahaha

Thursday, June 7, 2012

Menara Tinjau KB dah dibuka pada org ramai


Rasanya dah banyak kali dah post pasal Menara Tinjau Tambatan DiRaja kat Kota Bharu ni... tapi kali ni aku nak cerita yang menara ni dah boleh masuk ke dalam bangunannya. Korang cuma bayar RM1 untuk orang dewasa manakala kanak2 pula RM 0.50 sahaja. Waktu aku pergi tu kebetulan kami sahaja yang ada...mungkin sbb waktu tu pagi ...mungkin waktu petang lebih ramai orang sbb pemandangan sunset kat sini cantik jugak...

Kat bawah ni adalah antara gambar2 yang ditangkap kat atas menara tu...tapi aku tak naik sampai puncaknya sbb rasa gayat lah pulak hahaha





Gambar di bawah menunjukkan jambatan baru yang sedang dibina... jambatan yang menghubungkan Pasir Pekan dan Kota Bharu.Tak dpt nak zoom lagi jelas sbb aku pakai kit lens jer hehehe.... =)



Kalau korang perasan gambar di atas ni, bangunan sebelah kiri yang dekat dengan simpang 3 tu adalah Muzium Perang (seronok masuk sana sbb boleh baca kronologi penjajahan dan zaman perang di Kelantan terutama zaman Jepun dan British dulu)... sebelah kanan pulak adalah Padang Merdeka. Muzium Perang ni dikenali sebagai Bank Kerapu...






Tangga yang berlingkar ni lah yang kami takut nak naik...aku rasa mungkin kalau naik tu boleh..cuma bila nak turun tangga tu mungkin jadi ngeri sikit kot.hahahah


Jadi...kepada sesiapa yang datang Kota Bharu...jangan lupa singgah kat sini pada waktu petang. 

I love Kelate!

Wednesday, June 6, 2012

Hari Ini Aku Melihat .... kebesaran-NYA


menggunakan filem lama sebagai filter...hehehe...kononnya xnak bagi jahanam lens tapi ...


inilah hasil aksi bahaya menghalakan lens yang ada filter sedia ada jer hehehe =)



06.06.2012... member yang selalu suka snap2 dgn aku mengajak aku breakfast dan mencuba nasib utk melihat Venus melintas matahari pada pagi ini. Lintasan planet Venus tu dikatakan akan berlaku bermula pada jam 8 pagi -12.40 tghhari di Malaysia. Walaupun pada awalnya , awan tebal melindungi matahari...tetapi selepas kami gi breakfast makan roti canai cotek!!!... (roti canai yang dimasak bersama dengan satu telur mata kerbau separuh masak~)... akhirnya dengan filter filem lama yang baru dicari selepas subuh pagi tadi...maka berjayalah kawan aku tu melihatnya.... tapi aku tak dapat tengok...mungkin sbb aku ada masalah penglihatan mata...maklumlah...dah berkaca mata sejak dari sekolah lagi hahahah.
Tapi yang bestnya...dapat pulak lihat fenomena lain iaitu HALO (suatu lingkaran yang terbentuk di sekeliling matahari atau bulan). Dalam kes hari ini...of course ler matahari...so ia digelar "Sun Halo"...


Lokasi penggambaran :  Menara Tinjau Tambatan Diraja, Kota Bharu , Kelantan.

Sekarang menara ni dah boleh masuk dah...dah boleh tinjau heheheeh... RM1 yuran masuk... aku rasa kalau sunset lagi cantik...




Moral of the story : Tak semua perkara yang orang lain dapat lihat, kita dapat lihat juga. Adakalanya ... kita patut bersyukur sahaja dengan apa yang kita dapat. Kerana mungkin apa yang kita dapat itulah yang paling sesuai untuk kita. Mana tahu kan...???? (oppss...sorry...berfalsafah ikut suka hati jer hahaha)

kalau korang nak tengok gambar yang betul2 dari lens berkuasa tinggi untuk Venus Transit ...sila lah klik link dibawah =)





Saturday, May 5, 2012

Masjid Cina Rantau Panjang, Kelantan


It is a mosque at Rantau Panjang... one of the "must go shopping" place at Kelantan hehehe.... because of their duty tax free! =)







Mood : homesick giler nak balik rumah!!!!!!!

Sunday, April 29, 2012

Few sWeeT sNacks to eat wHen You Visit Kelantan =)


Try C.P.T.... Cendol Pulut Tapai where the ice was grind coarsely like ABC but you put the coconut milk together with a handful of glutinous rice and few tapai. On top of it... some "gula melaka" or the Kelantanese called this 'Nissae' (kelakarnya biler org kelate kecek luar...it will sound "Nissan!!!" hahahaha ...this dessert is very helpful to reduce heat in your body especially after tired walking around for shopping at Pengkalan Kubur, Tumpat. (I took this picture after shopping @Pengkalan Kubur know as for it's Duty Free!!! you can just buy this at one of the stall there!)




But if you like the hot & spicy crunch...you can try this "SOMTAM".... a Thai's dish. A shredded young papaya mix with dried prawns, chilies, kankong, peanuts, vinegar and thai sos!!!


And if you go to Pantai Cahaya Bulan or Pantai Irama, Bachok ... don't forget to go to the stall and order few ringgit of "keropok gote" or keropok lekor and many other fried foods such as fishball, prawnball, crabball and even ikan/sotong/udang/ketam goreng celup tepung with Colek!!! wah ...delicious!!!


aaahhh... the colourfull ABC or Ice Kacang!!!


And the last one...but this is my favorite!!!
COCONUT SHAKE!!!