Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

kiSah : Aku sebiji buah StRawBeri


Aku sebiji buah strawberi. Aku dibesarkan di nurseri bersama-sama dengan adik-beradik yang lain. Kami sering dibaja dan disiram setiap hari. Kadang kala juga kami diberi semburan ubat untuk mengelakkan terkena  penyakit. 

Asalnya aku dari bunga....setelah semua kelopak putihku gugur ... hari demi hari aku membesar... 


Waktu mudaku aku berwarna hijau...bila sudah matang aku bertukar warna menjadi warna merah yang sangat cantik!!!


Jika nasib ku baik aku dikutip dan dimakan!!! yumm sodapnya~~~
tapi kadang2 ada juga yang terlupa memetik aku dan akhirnya aku menjadi reput. 
p/s : dalam hati aku kata...ohw xper...berguna lagi...kan nanti aku dapat jadi humus membajai yang lain


-TAMAT-

Thursday, March 15, 2012

Wednesday, March 14, 2012

Cameron Highlands @Taman AgroTeknologi MARDI


Jom cuci mata tengok gambar2 bunga yang aku tangkap masa pergi kat Taman Agro Teknologi MARDI kat Cameron Highlands ni... kawasan jelajah adalah agak luas dan konpem penat kaki...tetapi mata xpernah puas melihat keindahan ciptaan Allah...
Kat sini sebenarnya ada banyak sangat kawasan2 yang boleh dijelajah...xdpt aku nak upload semua gambar ..tapi xperlah ... nanti korang pergi sendiri lah ek...lagi bagus!!













ada satu bahagian utk tanaman2 utk dapur... so semua jenis sayur2 ada lah... termasuklah buah tomato ini ...

Ladang teh mini pun ada... dan kilang teh ada... selain daripada tu korang boleh tengok Rumah Hijau ... bagus ni kalau bawak pelajar2 datang field-trip!!!



 Sebelum pulang ... aku rekomenkan korang belilah aiskrim strawberi yang diletak bersama2 dengan pati strawberi ini...mmg sedap dimakan selepas penat berjalan2 di kawasan taman agro ni...

Saturday, January 28, 2012

Bunga Ros dlm itam puteh


Cuba try test...
 white mini studio sendiri dgn hanya kertas A4 putih shj
terima kasih buat adikku Mek Ya yang tolong pegang kertas A4 haha =)
pencahayaan : guna matahari semulajadi ciptaan Allah
sumber bunga : petik dari laman rumah
edit : kali ni ku pakai Picasa ... bkn photoscape cam biasa

Monday, January 16, 2012

Kisah daun-daun...


 Inilah kisah DaUn-dAuN...

Di mana setiap daUn-daUn itu ada klorofil yang berwarna hijau,
dengan klorofil yang hijau itu ia dapat menyerap cahaya matahari...



Dengan cahaya maka berlakunya tindak balas cahaya...
Dengan udara pula maka berlakunya tindak balas gelap...
Gabungan tindak balas cahaya dan gelap ini maka hasilnya makanan
Supaya daUn-daUn itu boleh beRtambah lagi rakyatnYa
dan dapat memanjat tinggi 
mendapat lebih lagi cahaya...
 akhirnya mungkin
daUn-daUn itu dapat mengapai awan di langit biru!










Sunday, December 25, 2011

Sunday's Flower




"A morning-glory at my window satisfies me more than the metaphysics of books." - Walt Whitman ( Poet, 1819-1892).




Gambar pokok seri pagi @ kembang pagi ni aku tangkap kat Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Mungkin sbb aku pergi taman tu tengah hari so xbanyak lah bunganya yg berkembang kot...hahaha...ye lah namanya pun pokok kembang pagi kan??? Dalam banyak2 daun tu...hanya 2 bunga jer yg aku jumpa...xcaya tgklah gambar kedua ni...kalau korang boleh perasan kat mana letaknya bunga itu...

Monday, December 19, 2011

Monday's flower


Enjoy the colours in your life! 
Cherish them with your true hearts...

Saturday, November 5, 2011

Bila Aidiladha Menjelang Tiba



Percaya atau tidak... aku tidak pulang ke kampung halaman untuk raya Haji pada tahun ini memandangkan minggu depan aku akan pulang ke rumah.... susah jugak tempat kerja jauh2 ni... hahaha...
Untuk mewujudkan suasana kemeriahan hari raya Haji ni... pagi2 lagi aku dengan member yang tidak pulang beraya juga telah ke pasar dan membeli 2 ekor ayam untuk dibuat rendang! 
Malam ni kami masak! (mcm kat kampung).Kami juga merancang nak masak ketupat nasi yang segera tu....Esok pagi pergi sembahyang raya dan mungkin bertukar2 juadah dengan member2 yang tidak pulang beraya di kampung juga... 


Apa pun... hati tetap sedih dan rindu nak balik kampung. Sabarlah hati...minggu depan balik rumah lah...
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... 
Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar PENGORBANAN di hari raya ini. 
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini....

Wassalam....

Tuesday, July 26, 2011

La Tahzan


Ada Kawan... memujuk aku ... La Tahzan...
susah kan nak memujuk hati supaya sedar 
susah kan nak memujuk hati supaya sabar

Friday, April 8, 2011

Bunga dan Daun




Kadang-kadang aku lupa... betapa indahnya dunia di sekeliling kita.
Betapa ruginya aku kerana sering tunduk bersedih melihat daun-daun yang keguguran...
diriku tenggelam dengan warna yang usang itu.

Padahal bila kita pandang ke atas kita dapat lihat bunga yang ceria warnanya sedang mekar berkembang... menunggu kita mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH dengan segala nikmat kurnia daripada Allah s.w.t.





Thursday, March 24, 2011

Antara Encik Kumbang dan Cik Bunga

Nampak seakan En. Kumbang keseorangan .... dunianya nampak meriah tapi hakikatnya dia sendirian

dan



Cik Bunga pula menangis kesedihan...seorang diri juga.


Hahaha... sajer buat caption macam tuh...ada kene mengena tak dengan gambar???

Sunday, January 16, 2011

Dlm Hati Ada Taman

Morning!!!

Opss..apasal jiwang pulak pepagi ni? Entri tajuk ni takder kene mengena dgn perasaan aku skarang..cuma mungkin rasa gembira bila bangun pagi tengok bunga yang ku tanam kat depan rumah sewa aku mekar membunga dan ada pulak kumbang2 mencari makan kat situ..hehehe... walaupun tempat yang aku tanam bunga itu hanyalah tanah sekangkang kera jer..tapi xperlah..janji ada bunga.huhuhu....abaikan rumput2 yg tumbuh kat tepi2 sebab aku tak sempat lagi nak bersihkan.

Taman ni "in progress" lagi.... nanti kalau dah cantik sikit aku upload lagi ek...


Thursday, January 6, 2011

the flowers n the little bugs

Just enjoying an evening shooting at my workplace... =)  ... some pictures were taken by my fren~!! dpt belajar benda baru !!!




jumpa tadi ..hahah...syok betul dia bertenggek atas kereta aku ek

cendawan yg xsempat nak dipetik

Add caption



sang semut

sang kumbang

aku si satria baja itam!!! teringat cerita ni yg famous time aku kecik2 dulu