Sunday, June 26, 2011

Ke Mana Kita?





     Sudah agak lama aku rasa tidak memegang kamera dan menangkap apa sahaja yg menarik di depan mata...dan semalam aku berkesempatan menangkap beberapa keping gambar sewaktu perjalananku menghantar kawanku balik ke kampung halamannya. Kawan sebelah aku dengan penuh fokus memandu...aku pula dengan penuh fokus menikmati pemandangan dan menangkap apa shj yang aku rasakan menarik! Lokasi jalan2 ini adalah diantara Nyabor  ke simpang Roban, Sarawak. Biasanya jalan-jalan di Sarawak adalah jalan yang lurus dan simpang nya sikit sahaja...kat kawasan ni kiri kanan samaada hutan, rumah-rumah panjang, rumah burung walit (yg agk besar,gmbar akhir sekali adalah gmbar rumah burung~~), sawah padi, ladang kelapa sawit dan bukit-bukit. Tapi disebabkan jalan ni menuju ke Kabong (kawasan tepi laut) maka kat sini biasanya tanah landai jer...

Tuesday, June 21, 2011

Penanda Buku Utk Semua



Hari Isnin yang lepas di waktu perhimpunan pagi sekolah, telah dirasmikan Hari Koperasi Sekolah utk tahun ini yang bertemakan SATU untuk SemuA, SeMua unTuk SaTu...
Setiap pelajar dan guru telah mendapat Penanda Buku ini sebagai tanda penghargaan kepada penyokong2 koperasi sekolah....
Aku sebagai salah seorang guru koperasi turut sama2 menyibukkan diri mengambil gambar pada hari tersebut untuk didokumentasikan...pertama kali aku jadi officially photographer utk event sekolah hehehehe...dan masih byk lagi kelemahan aku dlm bab2 mengambil gambar semasa kejadian!! sbbnya aku ni sebenarnya seorang yg agak pemalu...tapi demi tugas! aku gagahkan kaki juga hahahah walaupun lutut aku sebelah kiri sakit sbb terjatuh tangga....(kat tgga skolah pulak tu!malu!!! tapi rasanya xder saper kot yg tgk huahuahua) 

Monday, June 20, 2011

HaTi BeRbunga mERah


Sometimes it seems not far away, but the reality is very far away.
But when it seems is just near us, then it goes far away.




The photographer shoots the brides while I'm shoots the photographer hahahah... 



THis pIcture was taken during my ex-classmate wedding day!!!...
Her themes for her big day is gReen + rEd!!  
.
.
.
.
.
.


............

TeRIMa KAsEH ...
KpD SEmUa juRugAmbaR perkahwinan kerana merealisasikan impian pasangan yg baru berkahwin utk merakamkan kenangan terindah mereka!


Teruskan berkarya dgn lebih kreatif lagi!!

Thursday, June 16, 2011

PoLaRoid... the instant camera!


Cuti yang lepas, sempat aku menolong kawan aku dalam kenduri kahwinnya. Aku dan beberapa kawan aku ditugaskan untuk menjaga meja guestbook.... memang kreatif sekali untuk mengdokumenkan tetamu-tetamu yang bertandang memeriahkan dan meraikan pasangan raja sehari. Kawan-kawan si pengantin yang hadir berpeluang menulis ucapan tahniah dan nasihat kepada pengantin dan bersama2 dengan ucapan tahniah dilekatkan sekali dengan gambar Poloroid mereka... mmg seronok sekali kerana semua tetamu yg dijemput utk menulis guestbook ni agak sporting dan sangat teruja apb kami menangkap gmbar mereka. Dan aku berkesempatan mencuba kamera polaroid ini hehehe

~ini entri ke-100~

Wednesday, June 15, 2011

BBQ TiMe


Gambar ini ditangkap menggunakan mode "A" ~ aperture....sewaktu kami dengan penuh tekunnya cuba menghidupkan bara api utk BBQ ayam!

Tahukah anda ada majalah untuk fotografi dalam Bahasa Melayu yang bertajuk APERTURE?

Monday, June 13, 2011

Mata untuk Melihat, Akal untuk Berfikir



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 210)

Saturday, June 11, 2011

Lokasi Baru Melancong di Kota Bharu, Kelantan






Inilah dia tempat yg lama tapi telah diupgradekan....skarang dah jadi macam ala2 waterfront gitu. Seronok jugak jika bersantai petang2 kat sini bersama dengan keluarga. Masa aku pergi ni pun dah ramai pelancong yang berkunjung ke sini wpun Menara Tinjau Tambatan D'Raja KB ni belum siap sepenuhnya...dan aku lihat ada jugak photographer lain yg tengah kusyuk mengambil gambar ke sini...kerdil sikit rasa diriku sbb tgk photographer yg lain tu semua pakai lens yg panjang2 hahahah