Rasanya dah banyak kali dah post pasal Menara Tinjau Tambatan DiRaja kat Kota Bharu ni... tapi kali ni aku nak cerita yang menara ni dah boleh masuk ke dalam bangunannya. Korang cuma bayar RM1 untuk orang dewasa manakala kanak2 pula RM 0.50 sahaja. Waktu aku pergi tu kebetulan kami sahaja yang ada...mungkin sbb waktu tu pagi ...mungkin waktu petang lebih ramai orang sbb pemandangan sunset kat sini cantik jugak...
Kat bawah ni adalah antara gambar2 yang ditangkap kat atas menara tu...tapi aku tak naik sampai puncaknya sbb rasa gayat lah pulak hahaha
Gambar di bawah menunjukkan jambatan baru yang sedang dibina... jambatan yang menghubungkan Pasir Pekan dan Kota Bharu.Tak dpt nak zoom lagi jelas sbb aku pakai kit lens jer hehehe.... =)
Kalau korang perasan gambar di atas ni, bangunan sebelah kiri yang dekat dengan simpang 3 tu adalah Muzium Perang (seronok masuk sana sbb boleh baca kronologi penjajahan dan zaman perang di Kelantan terutama zaman Jepun dan British dulu)... sebelah kanan pulak adalah Padang Merdeka. Muzium Perang ni dikenali sebagai Bank Kerapu...
Tangga yang berlingkar ni lah yang kami takut nak naik...aku rasa mungkin kalau naik tu boleh..cuma bila nak turun tangga tu mungkin jadi ngeri sikit kot.hahahah
Jadi...kepada sesiapa yang datang Kota Bharu...jangan lupa singgah kat sini pada waktu petang.
I love Kelate!
2 comments:
Love Kelate too :D
Good location in KB !
Post a Comment