Salam semua....
Hari ni berkesempatan juga aku dengan sahabat jalan2 cari makan aku iaitu Manny (nama kurang sebenar)... menjejakkan kaki ke Istana Kubang Kerian yang telah dibuka untuk rakyat jelata melawat sempena Ekspo MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)
Ekspo ni berlangsung dari 1 Nov - 6 Dis 2012 dan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Dewan pameran yg mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dan Islam tu aku tak boleh tangkap gambar...jadi takder lah gambar nya ek... aku kan skema sikit..suka ikut arahan...hehehe. Lagipun lebih baik korang pergi tengok sendiri =)
Tapi ada satu khemah pameran depan Dewan tu yang aku boleh tangkap gambar dan bahagian gerai2 jualan2....
Adik2 ni... sedang khusyuk menyiapkan tempahan khat yg ditulis kat key-chain...so korang boleh beli utk kenang-kenangan... lagi pun seronok tengok seni khat ni... aku kagum dgn orang yg boleh tulis khat ni. Dulu masa belajar kat universiti tu adalah aku ambil kursus elektif kelas seni khat.... tapi takder lah aku jadi penulis khat yg serius... hehehe.
Selesai melihat, membaca, memerhati, mengkagumi dan berfikir ....terasa lapar pulak...ohw korang jangan risau...ada khemah2 gerai jualan dan ada kanopi yg beserta meja dan kerusi serta sink utk basuh tangan lagi... dalam erti kata lain... tidak rugi datang ke Ekspo MAIK 2012 di Kelate nih...
Ini pemandangan yang dapat dilihat sambil makan2 di bawah kanopi yang disediakan.... =)
Aku dengan kawan ku membeli air ABC.....
ini pula KERABU MAGGIE!!! sedap dan pedas.... pertama kali aku makan...tak tahu pulak megi pun ada kerabu jugak....
dan ini makanan sihat pulak... Pulut Mangga!!! berharga RM5
Akhir kata.... alhamdulillah...
walaupun semalam kat kelate dah hujan mcm dah nak masuk musim tengkujuh...
tapi hari ni cerah pulak...
3 comments:
sedapnya.. lapar pulak tengok
wak salam ziarah jerr.. ehhee, chantik menarik foto2 nyerr.. gudjob keep it up
izzati : hehehe...suka kan tengok gambar makanan =)
wak gelas : slm ziarah jugak...nanti sy balas kunjungan wak ek... terima kasih!
Post a Comment