Saturday, December 1, 2012

Kuala Terengganu... aku datang!!! hehehe



Salam semua... erm.... nampak jer gambar pertama dalam entri ini mesti korang dah dpt teka kan aku buat apa kat sini... mestilah membeli-belah. Akhirnya dapat jugak ku beli sehelai kain batik untuk diri aku dan sehelai baju batik untuk abah.... sehelai kaftan untuk mak aku dan sehelai kaftan polka dot untuk aku... erm mcm aku jer yg banyak hahaha.
  dan juga satu brooch untuk bawak pergi sekolah tahun depan nanti ....



Rasanya ini kali pertama aku jejak kaki ke Pasar Payang kot... dan yang best nya aku dengan adik aku main agak jer ni kot Pasar Payang.... lepas tu biler nampak kat tangga ada label Pasar Payang baru lah aku tau... betul tekaan aku hehehe


Berdekatan dengan Pasar Payang ni ada Bazaar Warisan pula... aku mengkagumi seni bina nya yang penuh dengan ciri2 warisan... tengoklah tangganya sahaja dah penuh corak2 tradisional...


Di sekitar Bazar Warisan ini ada wakaf2 yang boleh lah nak buat berehat setelah penat berjalan di bawah matahari terik... apa pun kat bazar warisan ni tak banyak kedai yang buka... dan kain batik nya pulak agak mahal sbb eksklusif sikit....  so aku cuci mata sahaja =)


Di seberang Bazar Warisan korang boleh menikmati pemandangan Sungai Terengganu ...




Ni aku rasa diorang tengah berlatih utk Monsun Cup yg akan berlangsung Disember ni ... eh hari ni lah 1 Disember ...cepatnya masa berlalu...

Lepas sahaja berterik panas di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu... aku dengan adik aku terus ke Taman Tamadun Islam yang aku selalu teringin nak pergi... so next entry will be Taman Tamadun Islam. Sekian, setakat itu sahaja....


1 comment:

syakirahmn said...

na na na na ganu kiteee


>.<