Saturday, January 28, 2012

Bunga Ros dlm itam puteh


Cuba try test...
 white mini studio sendiri dgn hanya kertas A4 putih shj
terima kasih buat adikku Mek Ya yang tolong pegang kertas A4 haha =)
pencahayaan : guna matahari semulajadi ciptaan Allah
sumber bunga : petik dari laman rumah
edit : kali ni ku pakai Picasa ... bkn photoscape cam biasa

Tuesday, January 24, 2012

gold vs black

Hantaran daripada pihak perempuan
 ......................................................

Hari ini hari Selasa... 
kejap jer terasa...
Cuti pun dah separuh minggu...
Jangan terkejut tengok aku upload gambar hantaran pulak..
Ni sekadar nak tunjuk hasil bidikan aku 
selaku jurugambar tak profesional 
Semalam separuh hari aku berada kat rumah kawan aku yang adiknya melangsungkan majlis pertunangan. Tahniah buat adik kawan aku tuh...semoga majlis nikah nanti berjalan lancar mcm majlis pertunangan juga. 

......................................................

Hantaran daripada pihak lelaki

Monday, January 23, 2012

Drive time cuti rayer


Bila rupa pemandangan semasa memandu kereta begini......

                                                          masa ni lah kita nak uji keimanan kita... ada tak separuh nya itu..
                                                          kerana "Sabar itukan separuh daripada Iman"


Yang penting korang janganlah stress sangat biler tengok kereta bersusun-susun kat depan tu...
luaskan pandangan mu dan lihatlah hamparan dunia yang Allah ciptakan
agar hamba2nya dapat bersyukur dan merasai nikmatNYA...


tapi AWAS!!! yang memandu jangan ralit sgt tgk pemandangan...fokus kat jalan raya pun jgn lupa


Berhati-hati di jalan raya...
Ingatlah orang tersayang...

Sunday, January 22, 2012

gelap vs cerah


Kali ini aku tangkap gambar awan yang ada banyak cerita sikit...
ada awan yang cerah..ada awan yang gelap dan ada awan yang sedang menitiskan air hujan...
cuma mungkin xder awan nano jer hehehehe...





Semua gambar ni diambil mcm biasa ler dari kereta hahaha.
Lokasi tempat adalah di Gua Musang, Kelantan.
Alhamdulillah aku dengan adik2 selamat sampai di rumah setelah 12 jam perjalanan dari Kuala Lumpur - Pasir Mas...maklumlah bila cuti seminggu ni ramai yang balik kampung..
terpaksa menghadapi jalan sesak di beberapa tempat di atas jalan dan juga di perhentian2 di sepanjang perjalanan... aper tak nya aku terpaksa beratur panjang untuk masuk toilet kat stesen minyak... =)

Hepi Chinese New Year to all !!!

Monday, January 16, 2012

Kisah daun-daun...


 Inilah kisah DaUn-dAuN...

Di mana setiap daUn-daUn itu ada klorofil yang berwarna hijau,
dengan klorofil yang hijau itu ia dapat menyerap cahaya matahari...



Dengan cahaya maka berlakunya tindak balas cahaya...
Dengan udara pula maka berlakunya tindak balas gelap...
Gabungan tindak balas cahaya dan gelap ini maka hasilnya makanan
Supaya daUn-daUn itu boleh beRtambah lagi rakyatnYa
dan dapat memanjat tinggi 
mendapat lebih lagi cahaya...
 akhirnya mungkin
daUn-daUn itu dapat mengapai awan di langit biru!










Sunday, January 15, 2012

birthday crush!!!

 Semalam menyambut belated birthday kawan yg bernama YAYAN... punyalah plan bila nak buat surprise kat Yayan ni akhirnya kami yg ter"surprise" sbb kek yg comel itu udah jadi macam tanah runtuh!!! sbb lama sgt duk dalam bonet kereta! hahaha 

Aper pun...kek tu tetap best walaupun rupanya sudah tiada bentuk yang dapat dinyatakan secara tepat!
Hepi birthday YAYAN!!!


Aper pun... nampak tak bokeh kat belakang tu sikit2 heheheh ... =)

Sunday, January 8, 2012

1st Station Coffee Shop, Kota Bharu


xingat apa nama menu ini...sbbnya nama dalam bahasa korea or jepun kalau xsilap ... member aku yg kerja kat kilang jepun yg order nih... lastly lepas makan dia kata ni mcm mee maggie kari leatak sosej, telur n tauhu (aper pun aku rasa sedap! hahaha)
 cokolat smoothies yg amat2 aku suka!...kali kedua aku try capucino pulak..sedap jugak!nanti nk try yg lain pulak jika aku berkesempatan datang lagi
 3 sahabat karib yg menjadi hidangan kami... ketam sumbat (skali lg aku xingat nama menu ni)

 ciken chop yg menjadi fokus aku pada hari itu... first time makan ciken chop ada telur mata kerbau! 
 ni rupa nya apabila kita curahkan sendiri kuahnya huhuhu (itam tu bukan kicap tapi kuah lada itam)
 banana split!! perfect for desert!!

aku pun xpastilah bila masanya bukak kedai kopi ni...terima kasih buat kawan aku yg mencadangkan tempat ni. Aku dapat jugak makan "ciken chop" hehehe... aper pun air2 smoothies nyer sgt sedap! sejuk tekak...dan rasa kopi lah...lokasinya adalah kat JALAN SULTAN IBRAHIM, dari trafic light kat kbmall tu terus jer ke jalan yg nak pergi Bulatan yg ada Jam tu (sori lah. bab2 tunjuk arah ni aku xpandai sgt hahah). kedai ni kat deretan bangunan baru sebelum sampai bangunan kampus Uitm cawangan KB. 


Selepas korang kenyang leh lah singgah kat kedai tudung sebelah kedai ni...harganya boleh masuk akal dan murah...aku pun sempatlah beli 1 untuk aku, 1 adik aku minta derma dan 1 satu untuk ibu aku hehehehe =)