Saturday, May 28, 2011

sepohon pokok yang daunnya semakin gugur...




Lokasi adalah di belakang makmal sains sekolah aku.... dibelakang itu juga terdapat sebuah tasik buatan... aku memang dah lama dah usha pokok ni sbb nampak cantik...petang itu setelah selesai Pameran Sains sekolah yang serba ringkas kerana tahun ini adalah tahun ke-2 dijalankan aktiviti tersebut, sempat jugak aku shoot sendiri2 belakang makmal tuh... abaikan gambar yang ada student aku yg jadi model tak terlatih..huhuhu...nanti aku update entri pasal pameran tu pulak k...

p/s : yeah...cuti skolah dah bermula dan aku mengupdate blog ini dari kampung halaman ku!!! huhuhu... =)

Saturday, May 21, 2011

Cerita Tentang Perahu


Masa mula2 dapat tau yang aku diposting kan ke bumi Kenyalang ini... aku sudah membayangkan yang kemungkinan aku akan menaiki perahu jika aku ditempatkan ke sekolah yang tidak mempunyai jalan darat... setelah hampir 4 tahun disini...setakat ni aku pernah sekali sahaja menaiki perahu merentasi sungai... tatkala itu aku mengikut rombongan sekolah ke rumah arwah pelajar aku. Arwah merupakan anak muridku di mana aku menjadi guru tingkatan. Arwah meninggal dunia akibat lemas semasa berkelah dengan keluarga di sebuah tempat peranginan air terjun di sini. Aku mendapat berita kematian arwah ketika aku balik kampung semasa cuti sekolah pertengahan tahun. Ketika aku mendapat berita tersebut, aku terkejut dan seakan tidak percaya. Pada minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun...aku masuk ke kelas dan melihat meja arwah yang kosong itu. Seakan dia masih lagi ada dan hanya tidak datang sekolah kerana cuti sakit ... arwah seorang pelajar yang paling baik di dalam kelas dan pandai. Ada potensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Namun Allah lebih menyayanginya... Al-Fatihah

Tuesday, May 17, 2011

tart telur... my style





Petang yang agak mendung tadi dipenuhi dengan jayanya!! Sudah lama sebenarnya berniat nak mencuba membuat sendiri Tart Telur... 
Akhirnya pada petang tadi, tercapai hasratku nak mencuba membuat sendiri tart telur. terima kasih kepada laman web resepi.com yang menjadi sumber resepi... dan tidak lupa juga kepada dua kawanku yang sama2 membantu menguli dan memukul telur hehehe.. aku pulak ala2 ketua chef ...hahaha. Korang tengok lah sendiri rupanya...mmg xder rupa yang kat kedai pun huhuhu...tapi nasib baik mmg boleh dimakan...cuma kene ubah sikit kot kerak dia tu...biar lagi lembut dan cair dimulut hehehe. Esok dah mula bersekolah kembali...cuti yang agak lama ni membuatkan aku bosan pulak berada di rumah...tidak sabar rasanya nak pergi ke sekolah esok !!! =)

Monday, May 16, 2011

16 Mei...

16 Mei... Hari ini seluruh sekolah di negara kita menyambut Hari Guru... Selamat Hari Guru untuk cikgu2 aku yg pernah mengajar aku dari sekolah rendah sampailah aku keluar dari universiti... tanpa mereka memang aku tidak akan bergelar guru skarang...
    Disebalik kegembiraan menyambut sambutan Hari Guru... ada peristiwa sedih. Rakan baikku yang sama2 berjuang semasa kami belajar di universiti dahulu telah meninggal dunia pada hari tersebut.. skarang sudah genap 6 tahun arwah pergi ... kehilangan masih lagi dirasai. Kehilangannya membuatkan aku sedar yang kita harus menghargai setiap saat kita bersama2 dengan orang yang kita sayang kerana kita tidak akan tahu bila saatnya nanti kita akan dipanggil menghadap Ilahi....
        MATI itu PASTI. itu janji ALLAH swt...
Al-Fatihah buat arwah.


SELAMAT HARI GURU 



Saturday, May 14, 2011

lunch apa hari ni??? IKAN LUMEK!!!

 Eh...apasal ikan ni ternganga sakan??? Terkejut kah ia??? hahaha... hujung minggu yang indah ini aku berikan tema RELAX ... sbb aku bukan jer berhujung minggu 2 hari...tapi 4 hari sebenarnya. Hari Isnin diumumkan pada Jumaat yg lepas...adalah cuti berganti!! dan hari Selasa ni mmg dah cuti wesak...

    Pagi2 lagi aku dah bangun..pergi breakfast roti canai tepi sungai...dan aku akhirnya balik ke rumah membawa 1/2 kilo IKAN LUMEK!!! ikan ni aku baru kenal bila berada kat Sarawak. Orang2 sini kata ikan ni sangat sedap....suatu hari aku pun mencuba lah...mmg sedap...sampai tulang , sirip semua aku dapat makan...cuma kepala jer lah xmakan...tulang ikan ni sgt2 lembut mcm tulang sardin sbb tu lah kalau makan ikan ni mmg xder nya korang nak tinggalkan tulang bg kat kucing. tekstur ikan pulak lembik dan sesuai kalau buat sup... dan aku pernah makan CUCUR IKAN LUMEK!!! sedap...

tapi untuk tengah hari tadi...aku masak simple ajer...lumurkan ikan tu dgn garam then celup tepung.... kawan aku ajar celup tepung jagung...tapi aku terlupa...aku gi celup tepung gandum...tp xperlah ..jadik jugak hahaha

  Kalau nak siang ikan ni...senang jer..potong terus kepala...dan serong sikit untuk buang perutnya... sbb tu bila makan...mmg xder kesan2 fosil2 kat pinggan...sbb kepala dah dibuang...lagi satu..mmg patut buang kepala ikan ni...sbb rupanya mcm ikan piranha pun ada...
 Tengah menyiang ikan dengan gembiranya...tiba2 aku jumpa


................
....
.
ini ..erm....
aku ingatkan telur ..rupa2nya..tu sbnarnya adalah udang!!sebesar jari kelingking aku pulak tuh..huhu...terkejut2!! masa bedah siasat nak tau ape mende ni aku terasa mcm dlm cerita CSI pun ada... (lupa nk bgtau aku peminat CSI!!)

Tada....
Inilah hasilnya...jangan dikutuk rupa..tapi rasa nya pergh...mmg sedap!
Ini hidangan "org single" style ek...sbb tu alas pakai suratkhabar jer hehehe


p/s : salah satu cara untuk mengurangkan stress adalah dengan memasak...sbb bila tengok org lain makan dengan gembiranya...hati kita pun gembira!

IKAN LUMEK ...esok nak masak apa pulak ek???

Saturday, May 7, 2011

Kenapa pilih gambar itu jadi profile picture???


Berapa lama masanya korang membuat keputusan untuk memilih gambar ITU sebagai profile picture korang??? 5 minit...10 minit...atau pun lebih daripada 1/2 jam??? ker 10 saat terus pilih gambar tu jadi profile picture anda??? Aku rasa mesti korang pilih betul2 kan gambar ITU.  bagus jugak kalau buat contest "PROFILE PICTURE PALING KREATIF".. erm boleh dipikir2kan...huhu

Kali ni entri aku xupload gmbar2 yang baru...sbb kali ni aku xbawak laptop... ni pun pinjam laptop kawan. hehehe ...
terima kasih kawan!!!


Selamat Berhujung Minggu...
 \\(^-^)//






Wednesday, May 4, 2011

mungkin ini takdirnya


Tajuk n3 yg xder kene mengena...hahaha
Aper pun aku nak share jugak gambar ni ... diambil ketika senja di pekan tempat ku bekerja... ketika itu kebetulan aku xbawak kamera gedabak besar tuh...ada handset jer...

petang itu senja sangat indah. hati aku berkata... SYUKUR ALHAMDULILAH...
pastinya kita bersyukur...kita punya MATA untuk melihat

Tuesday, May 3, 2011

Kampung Serikin, Kuching ... hotspot shopping barangan murah dr Indon

 Kalau korang terbang ke Kuching, Sarawak... jangan lupa singgah sekejap ke Kampung Serikin yang terletak di daerah Bau... kat sini ala2 Rantau Panjang kat Kelantan lah...kalau Rantau Pjg sempadan Thai... Kg Serikin pula dekat dengan sempadan Indonesia...so barangannya mmg dari Indonesia... Kg. Serikin ini hanya beroperasi pada hari hujung minggu shj... kalau nk pergi dinasihatkan pergilah seawal pagi yg mungkin kerana jika pergi tengahhari bimbang cuaca menjadi sgt panas + orang ramai.

   Perjalanan dari bandaraya Kuching adalah lebih kurang 45 minit perjalanan... sampai kat sana sudah setia menanti org yg menjaga parking... RM2 sbg bayarannya... kemudian bolehlah berjalan2 sampai ke hujung jalan.... kenapa ramai sangat orang suka ke sini...kerana barangan nya agak murah (dulu lagi murah...skarang penjual2 kedai dah pandai letak harga yg mahal)... korang mesti lah tawar-menawar sbb harga yg disebut pertama kalinya bukan harga sebenar.

Antara barangan yang banyak dan menjadi pilihan ramai pelancong adalah :
1. kain telekung sembahyang yg bersulam-sulam (mula2 datang mmg rambang mata...skarang dh tak?)
2. baju kebaya/baju kurung/ baju kurung moden ( yg belum jahit & dah dijahit)
3. kain yang bermanik2 dan bersulam2... (kalau cari betul2 mesti ada 1 yg sesuai buat mjlis kahwin hehehe)
4.kain sarong/batik bg lelaki dan perempuan
5.kraftangan sarawak cthnya tikar sarawak, perhiasan ,dsgbnya
6.tudung indon
7.periuk belanga, mangkuk2, pinggan
8.beg tangan, tali pinggan , spek itam berjenama(yg copycat)
9.baju blouse, jaket , seluar, baju ala2 pergi haji, jubah
10. alas meja bersulam, langsir yang dah siap
11. kerepek2 dari indonesia

    dan ada lagi kot yang aku xsenaraikan...





Jika singgah sini jangan lupa bawak duit secukup2nya ikut budget ek... sbb kat sini mmg xder mesin ATM ataupun nak guna kredit kad...semua urusniaga dalam tunai ringgit malaysia...
dan kalau takut panas...sila bawa payung =)

kalau nak murah lagi...try lah cakap indon dgn penjual.(boleh berlatih ckp indon sambil tgk cerita indon kat tv).hehehe

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Adrenalina masuk contest??? hehehe..sajer nk memeriahkan suasana sempena Hari Guru yang bakal berkunjung tiba... contest ini yg dianjurkan oleh Ckgu Imanshah...


antara syarat2 pertandingan tu katanya NO PLAGIAT2x...
so terpaksa lah perah otak buat ucapan/ puisi tu ..huhuhu...agak2nya kalau cikgu BM adrenalina dulu baca mesti tergelak2 kot sbb....erm... ni ker yg dikatakan puisi hahaha...
ape2 pun...yang penting ikhlas....

setelah diri sendiri menjadi cikgu... mmg adrenalina berasa sangat2 bertuah kerana dapat berjumpa dan belajar dengan cikgu-cikgu yang selama ni tidak putus2 mendidik anak2 muridnya. Doaku semoga cikgu2 semua murah rezeki dan hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa mereka... tanpa mereka...xder lah diriku ini menjadi Cikgu juga... TERIMA KASIH & SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!









Monday, May 2, 2011

waterfront Kuching lagi... an evening walk vs a night walk



An evening walk... when the sky starting to become cloudy
And the wind starting to blow you away...










Then you walk during night time
with a cool breeze and full of colorful neons 
and you will see other's smile and laughters... 








Night fall and day rise...
and hopefully we become wise



Ingat lagi tak dulu pernah aku post tentang pasal waterfront Kuching ... pasal bangunan DUN yang tersergam indah ni...dulu pernah cuba shoot gambar bangunan ni pada waktu malam tp guna bahu kawan jadi tripod... cuti Hari Buruh yang lepas ... berkesempatan lah aku menggunakan tripod yg sebenarnya (maksudnya dh beli tripod lah tuh hahaha)... dan semakin hari aku merasakan cabaran menembak gambar pada waktu malam...fuh penat otak dan penat jugaklah tangan ni duk meng"SET" nak guna setting apa spy gmbar nampak sharp & cantik...

Hasilnya..erm aku rasa boleh diperbaiki lagi...hahaha!!! apa pendapat korang??? kalau sudi bagi lah tips nak tangkap gambar malam yg cantik .. ..  =)