Saturday, April 30, 2011

Thursday, April 28, 2011

acu + cubo + try +test +lagu manow = xperimenting!!!

Niat dh lamer dah nak menge"test" power bab2 light graffiti... tp xmenjadik lah graffiti nyer sgt. mcm JIWA KACAU pun ada jugak...huhu. tapi sbb duk tgk blog2 lain mengupload kesuksesan mereka dlm mencuba teknik light graffiti or light trail ini... aku pun terpanggil jugak nak mencuba...

terima kasih kepada....
    - beberapa blog yg kaki gambar yg telah menunjuk ajar dan memberi tips utk teknik ni (sori xtag, aku malu)
    - tripod yg baru ku beli (dpt hrga murah ...erm aku rasa lah harga tu murah)
    - cuaca yg mendung & gelap
    - tetiba jer jumpa lighter hahaha
    - n of course lah kamera yg kusayangi sbb tanpa kamera mcm mana ler nak tangkap gambar kan???

 P/s :maafkan aku wahai ckgu BM, mmg bahasa ku kurang enak dari segi BM nyer =)

Pecah kaca, pecah simen,
Udah baca, harap komen.






moral of the photography : DON'T GIVE UP when u USING THE "TRY & ERROR" METHOD

Hati Berdebar2... Mata belah kanan asyik bergetar2 pulak


Pagi tadi ...

" tangan dan kaki dah sejuk abis... hati pulak berdebar-debar... mata belah kanan pulak asyik bergetar2...adakah sbb aku lapar x breakfast lagi??? ataupun disebabkan oleh kertas2 soalan utk ujian yg belum siap dan tarikh hantar ke bilik kebal semakin hampir??? ataupun sbb aku kene bagi ceramah tengah hari tu pulak??? argh!!!!"

Tengah hari tadi ...

"dh lega sbb dah abis bengkel ceramah menjawab soalan peperiksaan utk subjek yg aku ajar!!!fuh.. mmg tobat lah... aku mmg ada penyakit allergic sikit dgn mikrofon..huhu. dalam hati aku berkata...aku mmg begitu kagum dgn saper2 yg boleh bagi ceramah scr spontan dan menarik perhatian penonton"

Malam ini ...

" aku rasa AKU NAK BALIK!!!!"  .... sabarlah wahai HATI...










=(

Wednesday, April 27, 2011

Aku nak share dengan korang satu artikel yang baru sahaja aku selesai membacanya...


Adakah Kita Berjumpa dengan Orang Yang Salah???



Mood skarang : AKU MAHU PULANG!!!!! 

Monday, April 25, 2011

SenJA Nan MeRAH







Beberapa  hari yang lepas...sewaktu dalam perjalan pulang ke daerah aku ditempatkan bekerja...kami dapat melihat pemandang yang cukup indah sekali. Waktu senja itu...langit begitu oren dan merah...mungkin disebabkan pembiasan cahaya akibat hari yg hujan renyai2 itu.

Seperti biasa...aku memang suka tangkap gambar dalam kereta dan sewaktu kereta bergerak. So kalau ada gambar blur mmg xdpt lah nak buat apa2 lagi..walaupun dh edit...huhuhu...

Mood ketika mengambil gambar ini...sedih!!! sbb terkenang kisah diri ini ...siapa yang tahu kan??? kecuali DIA...ALLAH yang Maha Mengetahui... sbb diri ku sendiri tidak tahu apa yang aku mahu. aku ingin bertawakal...

dan kebenaran yang ku tahu itu...hanya Allah sahaja yang tahu...aku pun tidak tahu itu kebenaran atau kepalsuan?????

Saturday, April 23, 2011

waterfront Kuching di waktu malam

Kalau singgah ke Kuching tak sah kalau tak pergi waterfront Kuching. Setiap masa meriah... siang hari meriah dan malam hari lagi meriah. Tambahan lagi sekarang dia dah menambahbaikkan waterfront....pemandangan yang selalu orang jadikan background dalam gambar mereka adalah bangunan DUN yang baru yang megah sekali mencantikkan pemandangan di waterfront dan bangunan ASTANA...
  
Aku pun tidak ketinggalan nak merakamkan pemandangan yang menarik ini...tapi aku pilih pada waktu malam...sbb malam penuh dengan cahaya lampu yang  menarik. tapi semestinya....kene lah guna tripod kan kalau nak gambar betul2 sharp. Disebabkan aku xder tripod...so terpaksa lah menggunakan sepenuh tenaga menegapkan tangan dan badan...sampai satu tahap dah penat sgt dan gambar semua dah jadi blur...huhuhu






aku sengaja nak tunjukkan perbezaannya...tapi gambar yg agak jelas itu aku xguna tripod yang sebenar...aku pinjam bahu kawan aku jadikan nya sbg tripod hahaha...sori ek kawan...terima kasih sbb bg pinjam bahu kejap hahaha. nanti nak gi beli tripod lah kalau ada yg jual murah2...

Thursday, April 21, 2011

XpResS uRsElf


"Kononnya dah lupa.... tapi mengapa masih ingat lagi??? Susah sangat ker nak melupakan.... " kata perempuan itu sambil mengelap-ngelap muka nya dengan Side Sealed Facial Puff... mmg lembut. segala kotoran dan kesan2 make-up hilang... bagus utk org yg suka make-up2 tebal mcm Kak Limah...hahaha

tapi betul kan... mmg susah nak lupa kalau dah ingat... =(

Tuesday, April 19, 2011

Akhirnya...





Tiada kata-kata yang ingin aku coretkan di sini...sebenarnya tgh dlm mood "blur"... sejak akhir ini aku sering "blur" dalam membuat keputusan. Nampaknya aku kena mencari sesuatu supaya aku kembali menjadi tidak "blur"...

Kepada semua kawan2 blogger yg sudi menjenguk...sorry aku xdpt memberi komitmen sejak akhir2 ini....

Friday, April 8, 2011

Bunga dan Daun




Kadang-kadang aku lupa... betapa indahnya dunia di sekeliling kita.
Betapa ruginya aku kerana sering tunduk bersedih melihat daun-daun yang keguguran...
diriku tenggelam dengan warna yang usang itu.

Padahal bila kita pandang ke atas kita dapat lihat bunga yang ceria warnanya sedang mekar berkembang... menunggu kita mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH dengan segala nikmat kurnia daripada Allah s.w.t.





Monday, April 4, 2011

Langit Yang Tenang Jgn Disangka Tiada Ribut


Kita memang sukar nak menjangkakan apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan. 


Setiap hari kita membuat pilihan dalam kehidupan. Mungkin hari ini saya memilih untuk berdiam diri...atau mungkin esok hari saya memilih untuk menonjolkan diri. 


Semuanya sukar diramalkan.


Walau apa pun,kita harus yakin dengan setiap keputusan yang kita ambil dan berdoa agar inilah yang terbaik untuk diri kita.
 Insya Allah....


Oleh yang demikian, usahlah kita selalu memandang ke langit yang cerah itu...kerana mungkin dalam sekelip mata sahaja tiba2 ada segerombolan awan ribut yang akan datang menggelapkan langit yang cerah. Namun, usah risau...usah gusar... kerana mungkin ribut itu datang sekejap sahaja. Yang penting...bersabarlah ketika ribut melanda...kerana bila kita bersabar , Insya Allah kita dapat lihat matahari, pelangi dan awan yang cerah selepas ribut itu melanda.






p/s : huhu ... aku xjumpa lah pulak pelangi ari tuh...tapi semestinya saat2 lepas hujan yang paling ku tunggu kerana udara yg sejuk dan nyaman serta redup

Sunday, April 3, 2011

jual jual...20 sen satu



Percaya atau tidak...keropok lekor ini aku ambil resepi daripada internet...huhuhu. Percubaan pertama aku dalam membuat keropok lekor kerana Projek Usahawan utk budak2 koperasi sekolah aku. huhuhu... disbbkan oleh semua pelajar tinggal di asrama...mmg kalau cikgu2 nya rajin berjual memang  laku...especially malam2 selepas prep.... Kesimpulan utk percubaan pertama... sedap...rasa dia mcm keropok lekor..cuma agak liat sikit hahahaha....tapi xder lah sampai tercabut gigi. Lepas ni...akan demonstrate kat student pulak utk diaorg usahakan perniagaan menjual kropok lekor mereka hahaha

p/s : keropok lekor dlm loghat kelate adalah "kropok go-tae!"