Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Tidak!!! Comotnya Kek Pelangi ni!


Salam semua...

Korang jangan terkejut tengok kek pelangi yang ini pulak.... hahaha. inilah hasil tiga tangan ... mengisi masa hujung minggu dengan mencuba membuat kek yang kononnya sekarang ni tengah femes.... padahal dah lama dah kek ni jadi femes... asalnya plan nak cuba buat durian crepe tapi tak jadilah sbb dah boleh tempah hahaha.... so cubalah kami membuat kek pelangi ni...

pertama nya mmg warnanya sgt menarik dan ia membuatkan hati anda ceria jer nak makan... lepas tu rasa dia sedap! so korang try lah buat sendiri atau beli lah...

resepi yang aku guna adalah dari laman web ni.... MASAM MANIS




#memasakmenghilangkanrasastressssss#

Sunday, November 25, 2012

EKSPO MAIK 2012: Jom penuhi masa cuti sekolah tahun ni...di Kota Bharu

 Salam semua....

Hari ni berkesempatan juga aku dengan sahabat jalan2 cari makan aku iaitu Manny (nama kurang sebenar)... menjejakkan kaki ke Istana Kubang Kerian yang telah dibuka untuk rakyat jelata melawat sempena Ekspo MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)

Ekspo ni berlangsung dari 1 Nov - 6 Dis 2012 dan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Dewan pameran yg mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dan Islam tu aku tak boleh tangkap gambar...jadi takder lah gambar nya ek... aku kan skema sikit..suka ikut arahan...hehehe. Lagipun lebih baik korang pergi tengok sendiri =)

Tapi ada satu khemah pameran depan Dewan tu yang aku boleh tangkap gambar dan bahagian gerai2 jualan2.... 

...

Adik2 ni... sedang khusyuk menyiapkan tempahan khat yg ditulis kat key-chain...so korang boleh beli utk kenang-kenangan... lagi pun seronok tengok seni khat ni... aku kagum dgn orang yg boleh tulis khat ni. Dulu masa belajar kat universiti tu adalah aku ambil kursus elektif kelas seni khat.... tapi takder lah aku jadi penulis khat yg serius... hehehe.



 Selesai melihat, membaca, memerhati, mengkagumi dan berfikir ....terasa lapar pulak...ohw korang jangan risau...ada khemah2 gerai jualan dan ada kanopi yg beserta meja dan kerusi serta sink utk basuh tangan lagi... dalam erti kata lain... tidak rugi datang ke Ekspo MAIK 2012 di Kelate nih...

Ini pemandangan yang dapat dilihat sambil makan2 di bawah kanopi yang disediakan.... =)

Aku dengan kawan ku membeli air ABC.....

ini pula KERABU MAGGIE!!! sedap dan pedas.... pertama kali aku makan...tak tahu pulak megi pun ada kerabu jugak....


                                  dan ini makanan sihat pulak... Pulut Mangga!!! berharga RM5






Akhir kata.... alhamdulillah... 
walaupun semalam kat kelate dah hujan mcm dah nak masuk musim tengkujuh...
tapi hari ni cerah pulak... 



Friday, August 31, 2012

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekolah


Hari Isnin lepas, seawal bermulanya persekolahan ... sekolah ku sambut aidilfitri di sekolah dgn Majlis Ramah tamah Aidilfitri... setiap kelas mengadakan Kelas Terbuka dan cikgu cikgi berserta staff serta para AJK PIBG bertandang ke kelas satu persatu utk berhari raya... seronok sbb tgk budak2 pun seronok jugak.  Ini semua berkat idea pengetua baru... sebenarnya selama hampir lima tahun di sini... ini pengetua ke-3 dah. Maksudnya... aku kene pindah semenanjung cepat2 lah kan... hahaha

Mesti korang rasa terliur kan tengok kek warna-warni nih...hehehe

Beraya di Sarawak.... yang paling beza kat sini mmg giler kek lapis...mcm2 corak dan nama yang unik2 semua... sebut ajer Kek Idola, Kek Sisik Ikan, Kek Lapis India, Kek Hati Parek, Kek Intan Payung, Kek Pua Kumbu, Kek Belacan...macam2 jenis...teringat masa tahun pertama aku kat sini... aku mabuk jugak lah beli kek lapis mcm2 utk dibawa balik ke Kelate... 

Kemudian, perkara dua yg aku rasa berbeza adalah... kat area aku ni ..kalau kita gi beraya diorg suka hidang dengan "air mencis" erm aku harap betullah ejaan aku ni. "Air mencis" tu air gas/karbonat lah hehehe. Aku agak sbb bila buka penutup botol bunyi "ciiiiiisss" kot so jadilah nama timangannya "air mencis" or "mences' ... so time ramah tamah aidilfitri kat sekolah ari tu...semua kelas hidang air gas... hahaha. 



Jom puasa 6... sempat lagi ni.

Tuesday, May 15, 2012

Pilihan Anda Untuk Sarapan Pagi!!!

Apa pilihan anda untuk sarapan pagi esok????

Pilihan ke-1 :Adakah nasi lemak bersambalkan sambal ikan bilis, diselitkan dengan telur rebus dan dimodenkan dengan sosej goreng dan kacang panggang dlm tin?




Pilihan ke-2 : meehoon goreng bersama tauge dengan sosej goreng lagi dan kacang panggang dlm tin lagi!!!... minum dgn jus oren dan dapat handset sebijik hahaha


Pilihan ke-3 : 4 keping roti bakar yg sengaja dibakar sampai hitam garing... diwarnakan dengan calitan-calitan mentega, kaya dan jem strawberi!!! (xder handset)




Aper pun pilihan korang...utamakan sarapan pagi dalam diet korang kerana sarapan pagi adalah penting supaya badan kita dapat tenaga yang secukupnya untuk melakukan kerja seharian!!!


"post ttg sarapan pg ni sbb pagi tadi dapat sarapan pagi free sempena sukaneka hari guru kat sekolah... terima kasih kepada penganjur sbb sediakan sarapan pagi..yg plg best ada ikan keli bakar...fresh dari kolam ternakan kat sekolah ... =) "

Sunday, April 29, 2012

Few sWeeT sNacks to eat wHen You Visit Kelantan =)


Try C.P.T.... Cendol Pulut Tapai where the ice was grind coarsely like ABC but you put the coconut milk together with a handful of glutinous rice and few tapai. On top of it... some "gula melaka" or the Kelantanese called this 'Nissae' (kelakarnya biler org kelate kecek luar...it will sound "Nissan!!!" hahahaha ...this dessert is very helpful to reduce heat in your body especially after tired walking around for shopping at Pengkalan Kubur, Tumpat. (I took this picture after shopping @Pengkalan Kubur know as for it's Duty Free!!! you can just buy this at one of the stall there!)




But if you like the hot & spicy crunch...you can try this "SOMTAM".... a Thai's dish. A shredded young papaya mix with dried prawns, chilies, kankong, peanuts, vinegar and thai sos!!!


And if you go to Pantai Cahaya Bulan or Pantai Irama, Bachok ... don't forget to go to the stall and order few ringgit of "keropok gote" or keropok lekor and many other fried foods such as fishball, prawnball, crabball and even ikan/sotong/udang/ketam goreng celup tepung with Colek!!! wah ...delicious!!!


aaahhh... the colourfull ABC or Ice Kacang!!!


And the last one...but this is my favorite!!!
COCONUT SHAKE!!!

Sunday, March 11, 2012

Tanah Tinggi Cameron....Here I come!!!


Akhirnya...setelah sekian lama aku teringin nak datang Cameron Highland....
Pada hari ini 10.03.12 dapat jugak aku meninggalkan jejak kakiku di C.H ini.



Yang pasti... sampai2 kat sini terus makan buah strawberi. 
Setakat ini sahaja...nanti aku upload lagi setelah abis pusing kat sini k!
Sajer je post awal dulu sbb seronok sgt dapat sampai kat sini...
Walaupun aku rasa cuti kali ni mcm ramai giler orang datang sini...sampai tempat2 penginapan banyak yg 
FULLY BOOKED

Slm strawberi dari dari tanah tinggi ~ =)

Sunday, January 15, 2012

birthday crush!!!

 Semalam menyambut belated birthday kawan yg bernama YAYAN... punyalah plan bila nak buat surprise kat Yayan ni akhirnya kami yg ter"surprise" sbb kek yg comel itu udah jadi macam tanah runtuh!!! sbb lama sgt duk dalam bonet kereta! hahaha 

Aper pun...kek tu tetap best walaupun rupanya sudah tiada bentuk yang dapat dinyatakan secara tepat!
Hepi birthday YAYAN!!!


Aper pun... nampak tak bokeh kat belakang tu sikit2 heheheh ... =)

Sunday, January 8, 2012

1st Station Coffee Shop, Kota Bharu


xingat apa nama menu ini...sbbnya nama dalam bahasa korea or jepun kalau xsilap ... member aku yg kerja kat kilang jepun yg order nih... lastly lepas makan dia kata ni mcm mee maggie kari leatak sosej, telur n tauhu (aper pun aku rasa sedap! hahaha)
 cokolat smoothies yg amat2 aku suka!...kali kedua aku try capucino pulak..sedap jugak!nanti nk try yg lain pulak jika aku berkesempatan datang lagi
 3 sahabat karib yg menjadi hidangan kami... ketam sumbat (skali lg aku xingat nama menu ni)

 ciken chop yg menjadi fokus aku pada hari itu... first time makan ciken chop ada telur mata kerbau! 
 ni rupa nya apabila kita curahkan sendiri kuahnya huhuhu (itam tu bukan kicap tapi kuah lada itam)
 banana split!! perfect for desert!!

aku pun xpastilah bila masanya bukak kedai kopi ni...terima kasih buat kawan aku yg mencadangkan tempat ni. Aku dapat jugak makan "ciken chop" hehehe... aper pun air2 smoothies nyer sgt sedap! sejuk tekak...dan rasa kopi lah...lokasinya adalah kat JALAN SULTAN IBRAHIM, dari trafic light kat kbmall tu terus jer ke jalan yg nak pergi Bulatan yg ada Jam tu (sori lah. bab2 tunjuk arah ni aku xpandai sgt hahah). kedai ni kat deretan bangunan baru sebelum sampai bangunan kampus Uitm cawangan KB. 


Selepas korang kenyang leh lah singgah kat kedai tudung sebelah kedai ni...harganya boleh masuk akal dan murah...aku pun sempatlah beli 1 untuk aku, 1 adik aku minta derma dan 1 satu untuk ibu aku hehehehe =)

Monday, November 14, 2011

Lunch Ikan Terubok Masin Goreng


Penat ku angkut sekotak ikan terubok masin yang fresh2 aku beli dari Pasar Satok, Kuching, Sarawak. Kata orang yg menjual itu... ikan ni masih baru diletakkan garam dan fresh lagi. Aku ni bukannya terror sgt bab pilih2 ikan...nampak mcm segar..tawakal jer lah... beli lah walaupun harganya RM25 seekor (sbb saiz yg paling besar + ikan local bukan import).p/s... xreti sgt bab tawar-menawar...aku minta murah last2 pakcik tu bagi free 1 ekor jer ikan yg saiz sederhana...huhu...

Akhirnya... setalah tiba di kampung halaman... tengahhari semalam terus masak ikan terubuk ni. Senang jer...lepas rendam sekejap dan basuh. Terus goreng dlm minyak panas. Sebelum angkat... masukkan hirisan bawang besar + lada kering. Angkat dan last skali di atas pinggan curahkan perahan air limau nipis atau air asam jawa sedikit. Yum..yum...sodap! Lagi sedap goreng garing2 ikan ni... walaupun  banyak tulang tapi rela bekerja keras sikit utk asingkan tulang2 tu hehehe

Wednesday, August 17, 2011

Buka Puasa Makan Apa?


Salah satu aktiviti yang menyenangkan hati... memasak~~~ hehehe...
hati bertambah gembira lagi jika juadah itu habis dimakan ...



Inilah salah satu makanan feveret aku... Ikan Goreng 3 Rasa...erm tapi aku rasa kene tukar tajuk juadah ni kpd IKAN GORENG MCM2 RASA hahaha...sbb segala sos dan bawang aku letak...hahaha. termasuklah serai sbg pembangkit rasa! Gambar kat bawah pula adalah sejenis kuih yang diberi nama Kuih @ Bubur Qasidah...sangat sedap dan cara buat pun senang jer (tapi aku xpernah cuba lagi hehehe)... kuih ni diperkenalkan oleh kawanku yang berasal dari negeri Kedah. Bahan2nya cuma tepung gandum, air, garam, gula, bawang goreng utk ditabur atas. Cuma nak buat ni kene kacau atas dapur sentiasa sampailah dia jadi mengeras dan tak melekat kat periuk...


Selamat Berbuka Puasa~ !!!
=)

Monday, July 11, 2011

clueless Monday





Today is Monday...
and I am clueless...

Cube teka lokasi gambar ini diambil...
klu : mufin dia tersohor sedapnya

Thursday, June 9, 2011

Matahari yg ceRah bertemankan aWan yg puTeH

Tengah hari tadi sempat lagi memenuhi hajat untuk minum air bandung berendamkan biji selasih..huhuhu. Air bandung yang paling sedap!!! Dan makan nasi kat kedai Cikgu Nasi Ulam kat Kampung Kraftangan Kota Bharu Kelantan... ini kali ke-2 aku berkunjung ke tempat ini. Aku dengan member kononnya taknak pergi lunch hour sbb takut ramai sgt orang. Oleh itu, kami pun membuat keputusan pergi ke sana selepas sembahyang Zuhor...sampai kat kedai makan tu lebih kurang jam 2.30 petang. Namun, kedai makan ni masih lagi sibuk dan ramai orang mcm lunch hour jugak huhuhu.... sampai aku kene tunggu pinggan kene basuh. Kedai ni mengamalkan konsep "layan diri" ... korang ambik lah pinggan sendiri...ambik lauk-pauk sendiri... (nasib baik kedai ni tak suruh "PeTik ULam " sendiri hahaha...erm idea menarik tuh... konpem fresh2 jer ulam tu ...

apa yg kami makan :
    1. AIR BANDUNG BIJI SELASIH
    2. nasi putih 2 pinggan
    3. ulam-ulaman ( pegaga, ulam raja, salad, paku-pakis .... yg lain erm xreti makan)
    4. satu ekor ikan keli goreng yg besar+digoreng dgn ranggup (umphhh sodap)
    5. satu ketul ayam (aku rasa ayam yg dibelah 4 kot)
    6. satu pinggan kuah asam pedas lemak + 1 ketul ikan keli (lagi)
   7. (YG PALING PENTING!!) 1 pinggan pakej budu yg sedap (budu + tempoyak durian + 3 biji cili padi + beberapa hirisan bawang besar + 1/2 potong limau nipis + sambal)

     DAN SEMUANYA BERHARGA RM18 RINGGIT...so bila bahagi dua (sbb aku pergi berdua jer) sorang cuma bayar RM8 huhuhu...berbaloi2... =)

dan hari ini dirasakan
           MATAHARI BEGITU CERAH....
                               DAN AWAN PUN BEGITU CANTIK!!!
mampukah matahari berlindung disebalik awan???




erm...gambar ulaman tu aku xsempat nak tangkap hahaha...tp utk tidak menghampakan korang...aku letak gmbar yg 1st time aku makan dulu2 hehehe



 kalau nk tahu lagi pasal tempat makan ni...dan andai kata korang datang Kelate...jom lah singgah!
sila klik kalau nk tahu lebih lanjut!

Tuesday, May 17, 2011

tart telur... my style





Petang yang agak mendung tadi dipenuhi dengan jayanya!! Sudah lama sebenarnya berniat nak mencuba membuat sendiri Tart Telur... 
Akhirnya pada petang tadi, tercapai hasratku nak mencuba membuat sendiri tart telur. terima kasih kepada laman web resepi.com yang menjadi sumber resepi... dan tidak lupa juga kepada dua kawanku yang sama2 membantu menguli dan memukul telur hehehe.. aku pulak ala2 ketua chef ...hahaha. Korang tengok lah sendiri rupanya...mmg xder rupa yang kat kedai pun huhuhu...tapi nasib baik mmg boleh dimakan...cuma kene ubah sikit kot kerak dia tu...biar lagi lembut dan cair dimulut hehehe. Esok dah mula bersekolah kembali...cuti yang agak lama ni membuatkan aku bosan pulak berada di rumah...tidak sabar rasanya nak pergi ke sekolah esok !!! =)