Showing posts with label Kisah aKu. Show all posts
Showing posts with label Kisah aKu. Show all posts

Friday, November 23, 2012

my cousin wedding


Tahniah kepada sepupuku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya... =)
Yang pasti sambil aku ralit mengambil gambar di majlis perkahwinan sepupuku ini, ramai sahaja yang bertanya

" hah yang ni bila lagi?"

dan aku jawab dengan senyuman sahaja

Saturday, July 28, 2012

2 hari lagi...maka genaplah aku 28 tahun


31 Julai nanti umurku akan genap 28 tahun ... wah tak lama lagi bakal menginjak ke alam 30-an... dilema sunggoh hehehe... aperpun tadi waktu berbuka puasa ...my dearest frens yg sama2 mengajar kat bumi kenyalang ni menyambut pra-birthday ...sambut awal sbb kebetulan kami berjalan2 ke kuching hujung minggu ni.... thankiu very much!!! =)

Sunday, June 24, 2012

Oh My School!!!


Hari Sabtu yang penuh dengan program sekolah ...tahun ini koperasi sekolah menyumbang pokok nangka pulak kepada sekolah sempena Hari Koperasi Sekolah Tahun 2012. 

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012


Rupa-rupanya sudah 4 tahun 5 bulan dah kat sekolah ni... =)

Terbaca petikan dari buku motivasi yang mengatakan sebagai seorang guru, kita haruslah CiNTakAn meNgaJar, bila kita tunjukkan cinta kita dalam pengajaran maka secara tidak langsung pelajar akan dapat memahami erti cinta pada ilmu yang diajarkan. Tidak perlu lagi kita paksa pelajar untuk belajar. Biar hati mereka sendiri yang manjadi penggerak untuk mereka belajar.

Semoga kita menjadi pendidik yang sebegitu.
"Tiada Halangan, Hanyalah Cabaran" =Slogan sekolah aku yang baru yang aku rasa amat kene dengan situasi sekarang ...hehehehe

Tuesday, February 7, 2012

Saat Rasa Bertuah Hilang Sekelip Mata


.................
Apa perasaan korang apabila tersadai ditepi jalan raya...??
Al-kisahnya pada hari ini...waktu pagi dimulakan dengan penuh moment2 rasa bertuah...
pertamanya, aku dengan member aku dapat parking betul2 kat depan kedai mekD (mcdonald) utk breakfast pagi (walhal jln kat situ selalunya sesak dan selalu ader polis jalan2 sambil saman kereta yg parking kat line kuning...)
Keduanya, kami tidak sesat mencari tempat shoping complex yg baru di Sibu.
Ketiganya, dapat membeli rak kasut yg berharga RM7.90 (50% diskaun)

tetapi...

Dalam perjalanan pulang, setelah singgah di stesen minyak petronas utk sembahyang...kami dgn penuh yakin terus pulang ke rumah tanpa melihat minyak kereta tinggal berapa bar (selalunya kami cakna bab2 minyak ni...tp xpasal2 hari ini terlepas pandang)

sampai 26km sebelum tiba di destinasi, aras minyak dah berkelip2 bagi amaran...cuaknya ..xpayah cakap...mmg cuak...nasib baik siang hari lagi dan telefon xmati bateri...
nasib baik ada kawan yg sudi datang menolong...membelikan kami sebotol besar minyak sbyk 5 liter lebih kurang...



Moral of the story : korang isi lah minyak penuh2 bila jalan jauh ek... terutama sekali kalau konpem jalan yang korang nak lalu tuh stesen minyaknya jauh2...hohhohoh dan yg plg utama... korang mesti ada kawan yg suka menolong di kala susah!!! hahahaha

Terima Kasih FAUZIAH!!!! (bkn nama sebenar) hehe

Tuesday, January 24, 2012

gold vs black

Hantaran daripada pihak perempuan
 ......................................................

Hari ini hari Selasa... 
kejap jer terasa...
Cuti pun dah separuh minggu...
Jangan terkejut tengok aku upload gambar hantaran pulak..
Ni sekadar nak tunjuk hasil bidikan aku 
selaku jurugambar tak profesional 
Semalam separuh hari aku berada kat rumah kawan aku yang adiknya melangsungkan majlis pertunangan. Tahniah buat adik kawan aku tuh...semoga majlis nikah nanti berjalan lancar mcm majlis pertunangan juga. 

......................................................

Hantaran daripada pihak lelaki

Sunday, January 15, 2012

birthday crush!!!

 Semalam menyambut belated birthday kawan yg bernama YAYAN... punyalah plan bila nak buat surprise kat Yayan ni akhirnya kami yg ter"surprise" sbb kek yg comel itu udah jadi macam tanah runtuh!!! sbb lama sgt duk dalam bonet kereta! hahaha 

Aper pun...kek tu tetap best walaupun rupanya sudah tiada bentuk yang dapat dinyatakan secara tepat!
Hepi birthday YAYAN!!!


Aper pun... nampak tak bokeh kat belakang tu sikit2 heheheh ... =)

Saturday, November 5, 2011

Bila Aidiladha Menjelang Tiba



Percaya atau tidak... aku tidak pulang ke kampung halaman untuk raya Haji pada tahun ini memandangkan minggu depan aku akan pulang ke rumah.... susah jugak tempat kerja jauh2 ni... hahaha...
Untuk mewujudkan suasana kemeriahan hari raya Haji ni... pagi2 lagi aku dengan member yang tidak pulang beraya juga telah ke pasar dan membeli 2 ekor ayam untuk dibuat rendang! 
Malam ni kami masak! (mcm kat kampung).Kami juga merancang nak masak ketupat nasi yang segera tu....Esok pagi pergi sembahyang raya dan mungkin bertukar2 juadah dengan member2 yang tidak pulang beraya di kampung juga... 


Apa pun... hati tetap sedih dan rindu nak balik kampung. Sabarlah hati...minggu depan balik rumah lah...
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... 
Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar PENGORBANAN di hari raya ini. 
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini....

Wassalam....

Saturday, October 29, 2011

TEASER : Malam Dinner Sekolah





Baru selesai sahaja sudah DINNER kami yg julung2 kalinya di Sibu... walaupun terpaksa menempuh 1 jam 50 minit perjalanan dari Saratok tetapi Alhamdulillah cikgu-cikgu semua bersemangat untuk menyokong aktiviti Kelab Staf ini. Kenyang makan...hehehe. hadiah cabutan bertuah pun dapat...hehehe .. bertuah betul orang yg dpt nombor 51 tu.... (tajuk TeAser sbb xtunjuk gmbar semasa dinner...tapi gmbar door gift yg disediakan sblum dinner  hehehe)

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!


Kepada semua member2 blogger yg sering mengunjungi blog aku yang biasa2 ini ...heheheh.. 
Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin... =)
Nikmatilah kemenangan kita setelah sebulan berpuasa dan ambillah kesempatan
ini untuk mengeratkan tali silaturahim antara keluarga dan teman2...

p/s : kalau nak tahu yg baju biru tersengih lebar tu...itulah tuan blog nyer hahaha
Gambar ini diambil pd raya pertama aku dipostingkan di Sarawak...
bersama dgn geng2 sekerja 
Dah 3 tahun 8 bulan dah aku disana ye...

Sunday, August 28, 2011

Balik Kampung Beraya!


Kali ini aku balik beraya tumpang kereta kakak kawan aku... perjalanan yang agak jauh dan penat (sbb xleh minum +makan dlm kereta) hahaha.. Jauh tu bukan sbb apa...sbb dari KL - Kelate kami guna jalan melalui Terengganu...nak elakkan jammed...Memang perjalanan kami agak lancar walaupun kereta tidak putus2...sekurang2nya dapat bergerak 90km/h hahaha...(utk jalan yg lurus ek, jalan bengkok2 xdpt lorh). Tengoklah gambar kat atas ni...nampak tak signboard KB kat sebelah kiri tu???cuba teka gambar ni kat mana? Ada klu dlm gambar...

Dan gambar kedua pula...apasal lah aku nak letak jugak gambar yg masjid yg terhalang oleh pagar jambatan tu??sbb aku nak bagi tau korang aku xpernah lagi melawat kat Masjid Terapung...Masjid Kristal ni lagi. Ada dalam perancangan nak pergi tangkap gambar puas2 kat sini tapi xberkesempatan....Insya Allah suatu hari nanti jika umur masih panjang dan diizinkan Allah...

Dalam perjalanan sempat juga singgah kat Mesra Mall kat Kemaman...sempatlah juga beli kasut raya.HAHAHAHA... =)

Dari KL bertolak lebih kurang jam 7.30 am. 
Sampai kat KB (rumah kawan) utk buka puasa dulu jam 7.27 pm 
Sampai kat Pasir Mas (rumahku syurgaku hehehe) jam 9.00 pm

....

PeNaT & bErsYukUr & gUmBiRa

Wednesday, August 17, 2011

Buka Puasa Makan Apa?


Salah satu aktiviti yang menyenangkan hati... memasak~~~ hehehe...
hati bertambah gembira lagi jika juadah itu habis dimakan ...



Inilah salah satu makanan feveret aku... Ikan Goreng 3 Rasa...erm tapi aku rasa kene tukar tajuk juadah ni kpd IKAN GORENG MCM2 RASA hahaha...sbb segala sos dan bawang aku letak...hahaha. termasuklah serai sbg pembangkit rasa! Gambar kat bawah pula adalah sejenis kuih yang diberi nama Kuih @ Bubur Qasidah...sangat sedap dan cara buat pun senang jer (tapi aku xpernah cuba lagi hehehe)... kuih ni diperkenalkan oleh kawanku yang berasal dari negeri Kedah. Bahan2nya cuma tepung gandum, air, garam, gula, bawang goreng utk ditabur atas. Cuma nak buat ni kene kacau atas dapur sentiasa sampailah dia jadi mengeras dan tak melekat kat periuk...


Selamat Berbuka Puasa~ !!!
=)

Sunday, August 14, 2011

13 Ramadhan 1432H


Hari ini hari yang ke-13 berpuasa. Memang cepat masa berlalu ditambah lagi dengan kesibukan di tempat bekerja. Apa yang menarik berbuka puasa di Sarawak ini adalah waktu berbuka puasanya adalah lebih awal daripada tempat kampung aku hehehe... hari ini... 6.48 pm dah bukak puasa. Selalunya bila telefon rumah... adik2 kat rumah mesti dengki sbb kakaknya berbuka puasa awal hehehe...tapi yg xbestnya..kenelah bangun sahur awal ye..huhuhu. 5.08 am dah masuk waktu imsak. Makna nya jam 4 pagi dah kene bangun nak panaskan lauk2 utk sahur. Apepun...mood sekarang ni...xsabar nak balik kampung! Kalau tetiba terdengar lagu raya especially tajuk Di Perantauan tu huhuhu...mmg boleh je tetiba berlinang air mata hahaha... k SELAMAT BERBUKA PUASA!!!

Tuesday, August 2, 2011

Sahur Pertama Bulan Ramadhan Ini




Aku dedikasikan entri kali ini untuk menghargai kawan-kawan aku yang telah bersusah-payah membuat surprise utk aku semasa aku menyambut hari lahir ku yang ke-27. Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku menyambut hari lahir pada waktu sahur pada 1 Ramadhan ... dalam keadaan yang agak mengantuk kami makan kek hari lahir yg sgtlah sedap...terima kasih buat kawan2 aku... Yayan & Aida & Minda & Izan

hari itu...aku berpuasa dgn senang dan tidak terasa sgt puasanya mungkin sbb hati gembira ... tenghahari itu juga kami terus pulang ke tempat kerja untuk meneruskan perjuangan! 

Selamat Berpuasa Semua... 
Kali ini aku berazam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan berubah ke arah yang lebih baik lagi. 

Friday, July 29, 2011

Sunset View From Merdeka Palace


Bermulanya pada hari aku akan sibuk mengadap laptop.... (eh bkn hari2 ke mmg duk sibuk mengadap laptop?) ... ohw tidak...kali ini aku sibuk meng'key-in' kan urusan jual beli utk menutup akaun koperasi sekolah. Maka berkampunglah aku di Hotel Merdeka Palace untuk kursus anjuran ANGKASA bg menutup akaun menggunakan aplikasi SEKKOP123...

Apa kene mengena cerita ini dgn gambar di atas...ni ler pemandangan yg aku dapat nikmati dari tingkap cermin bilik aku...hehehe =)

Tuesday, July 26, 2011

La Tahzan


Ada Kawan... memujuk aku ... La Tahzan...
susah kan nak memujuk hati supaya sedar 
susah kan nak memujuk hati supaya sabar

Sunday, July 24, 2011

Hari Perkhemahan Sekolah






Hari perkhemahan sekolah telah pun berakhir pada hari Khamis yang lepas... hari Jumaatnya kami terus dapat cuti peristiwa memandangkan 3 hari kami berkhemah...pasang jer khemah tapi bukan semua yang tidur dalam khemah. Malam pertama, pelajar perempuan bermalam dalam khemah. Malam ke-2 pulak, pelajar lelaki bermalam kat khemah. Khemah pun kat padang sekolah ajer. Namun begitu, semangat tetap ada. Yang paling best acara pertandingan masakan rimba. Jika tahun lepas memasak hanya ditepi padang sekolah, tapi kali ini disebabkan nama pertandingan pun Masakan Rimba ... maka kesemua peserta yang terlibat terpaksa lah meredah hutan lipur dibelakang sekolah. Aku selaku guru pengiring pun turut bersama-sama meredah hutan dengan mereka.
        Dah lama dah aku tak berjungle tracking ni...last dulu adalah sewaktu kat universiti sewaktu kelas PJK dimana kami pergi berkhemah kat tepi pantai kat Pulau Pangkor. Malam kami berjungle-tracking tuh, tiba2 kecoh katanya terjumpa tapak kaki harimau. Apa lagi...terus perjalanan itu dihentikan dan kami pulang ke khemah.

Cube teka aku jadi guru penasihat badan beruniform yang mana? Klu nya... KAMEK MENANG JOHAN!