Sunday, December 25, 2011

Sunday's Flower




"A morning-glory at my window satisfies me more than the metaphysics of books." - Walt Whitman ( Poet, 1819-1892).




Gambar pokok seri pagi @ kembang pagi ni aku tangkap kat Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Mungkin sbb aku pergi taman tu tengah hari so xbanyak lah bunganya yg berkembang kot...hahaha...ye lah namanya pun pokok kembang pagi kan??? Dalam banyak2 daun tu...hanya 2 bunga jer yg aku jumpa...xcaya tgklah gambar kedua ni...kalau korang boleh perasan kat mana letaknya bunga itu...

Monday, December 19, 2011

Monday's flower


Enjoy the colours in your life! 
Cherish them with your true hearts...

Thursday, December 8, 2011

Haza yaum.. Al-Khamis...


Maksud tajuk entri kat atas adalah "Hari Ini Hari Khamis" ... tapi maaf lah kalau salah grammar pulak (uish mesti org bahasa marah aku sbb rojakkan semua bahasa!)...

Masih lagi nak buat entri pasal Putrajaya!!! ~~~ inilah dia pintu masuk Masjid Putrajaya... inilah seni Islam yang lebih kepada corak2 geometri! Dari garis2 yg lurus dan bulat maka lahirlah corak2 bunga dan sebagainya.  Mungkin kalau aku nak bina rumah esok2 aku nak letakkan sedikit unsur2 senibina Islam. (tp konpem lah tak letak kubah sbg bumbung rumah yer...)

Ingatlah...
masa lapang sebelum masa sibuk,
masa sihat sebelum masa sakit,
masa kaya sebelum masa miskin,
dan
masa hidup sebelum masa mati...

Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita. Jagalah mereka sewaktu mereka sihat dan sewaktu mereka sakit. Mereka tiada peganti dalam hidup kita. Jangan kita menyesal dikemudian hari kelak apabila tiba masa kita tidak dapat berbakti kepada mereka.
mas

Thursday, December 1, 2011

Ni ler jambatan yg slalu masuk filem dan drama tu!!!




Warnanya makin pudar...!!! 

Rasa2 romantik tak duk kat tengah jambatan tu???rasanya tak lah kot sbb biler kereta lalu jer kene hon!!! Lain lah korang bawak kamera filem tu so orang akan memperlahankan kereta nak jenguk kot2 manalah tau Aaron Aziz ker tgh shooting filem...hehehe =)



Wednesday, November 30, 2011

i-City Shah Alam Part 2




ohw..merahnya!!!


ohw..hijau..hijau....



malam yg penuh dgn warna-warni!







Dengan hanya menyentuh hidung rusa tersebut, maka badan rusa terus menjadi warna biru! Itulah sumpahan terhadap rusa tersebut yg sekarang ni hanya dipamerkan kat i-city Shah Alam sahaja.
(tetiba buat cerita mitos)


Ada jugaklah permainan kelip2...boleh beli satu untuk buat kenangan ... =)



Nasihat aku kalau korang nak pergi i-City waktu cuti sekolah ni...sila pergi awal ek. Kalau boleh lepas sembahyang maghrib...sbb kul 8 mlm ke atas...korang dah kene beratur utk masuk parking! Nasib baik ari tu kami pergi awal...sekurang-kurangnya dapat parking yang dekat sikit hehehe.


Harga masuk...sekali kereta masuk RM10. Motosikal aku tak pasti...kalau jalan kaki sendiri free kot. So kalau korang bawak van muat 10 orang dapatlah bahagi2 jadi RM1 seorang hahaha

Sekian, terima kasih!!!

p/s : Hari ini student2 aku berperang utk paper Biologi! Harap2 diaorg dpt jawab dgn penuh kecemerlangan! AMIN!


nk tengok PART 1 kat SINI

Tuesday, November 29, 2011

i-City Shah Alam, Selangor part 1


Seronok kerana akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ku ke i-city shah alam. Bukan aper... adik aku asyik duk cerita jer kehebatan i-city ni...Akhirnya peluang itu tiba dan aku tidak melepaskan peluang untuk menangkap beberapa keping gambar (actually sampai lah jugak ratusan snap) hahaha.

Selain melihat lampu2 neon yg bermacam2 warna...korang boleh jugak menaiki roller-coaster (versi yg romantik kot sbb landasan dia relax jer...). Tapi aku xnaik sbb aku rasa aku gayat (hahaha). Kemudian ada lah snowwalk di mana dalam tu ada salji buatan (tapi aku tidak masuk jugak). Kesimpulannya, aku pergi situ dengan famili dan kami hanya menikmati pemandangan dan tangkap gambar banyak2 hahaha. Sebelum balik sempat singgah minum air kopi dulu. KFC pun ada...tapi mcm dah boring jer asyik makan KFC hahaha ....


iso 2500 , f/3.5 , 1/640 sec

Paling suka pokok ni sbb warna putih!!! Sempatlah posing ala2 model kat pokok ni...

iso 2500 , f/5.6 , 1/500

Menjadi tak kebokehan gambar di atas ni??? ni lah aku rasa hasil terbaik aku kat i-city...saper2 yang berhajat nak pergi sini utk sesi fotografi (nk test power sendiri)..pastikan anda buat homework dulu mcm mana nak tangkap gambar pada waktu malam. jenuh jugaklah aku mencari ramuan yg sesuai ... (erm tapi tu lah kebanyakan gmbar aku banyak yg xmenjadi sbb aku sendiri xbuat homework..main bantai jer)
dan jgn lupa bawak tripod kalau nk lebih umph...aku xbawak sbb tripodnya aku tinggalkan kat sarawawak sana hahahah

iso 2500, f/16 , 1/30, then kurangkan lagi dia punya exposure bias -1.3

Banyak sunggoh pokok krismas nya...



opps...belum abis lagi ... tunggu next entri pulak =)

kalau ader cadangan dan komen sgt2lah dialukan... 

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

\(^-^)/
peace ~ ~

ini pulak PART TWO i-city

Monday, November 28, 2011

Jalan Baru...


Semoga Maal Hijrah ini... (walaupun post aku lambat) ...
 kita semua dapat berhijrah ke "jALan yang lebih baik"...
 perbaikilah diri kita ...
semoga JaLan kita akan terus menuju ke syurga.

 "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" tema Sambutan Maal Hijrah 1433H

Tuesday, November 22, 2011

lepas musim Tengenam musim apa?

Jawapannya adalah


musim TENKUJUH lah

Sori lah aku melalut pulak hahaha... otak membeku sikit bersama2 dgn musim sejuk di Kelantan ini. Beberapa hari ini diramalkan hujan akan turun setiap hari. 

Tak caye...tengoklah...langit gelap jer...aku pun terpaksa lah (mcm biasalah) aku akn tangkap gambar dari dalam kereta sahaja...ahahahah




Rasa nak gi main air banjir lah.... =)

Tuesday, November 15, 2011

KTMB Pasir Mas, Kelantan




Dulu2 kat sini lah aku menunggu keretapi untuk pergi ke Kuala Lumpur meneruskan perjuangan hidup sbg seorang mahasiswa di menara gading.... selalunya keretapi menjadi opsyen utama ku utk ke Kuala Lumpur sbb aku mabuk naik bas hahahah....tapi dulu belum secantik ni...hehehe

I love Pasir Mas

Monday, November 14, 2011

Lunch Ikan Terubok Masin Goreng


Penat ku angkut sekotak ikan terubok masin yang fresh2 aku beli dari Pasar Satok, Kuching, Sarawak. Kata orang yg menjual itu... ikan ni masih baru diletakkan garam dan fresh lagi. Aku ni bukannya terror sgt bab pilih2 ikan...nampak mcm segar..tawakal jer lah... beli lah walaupun harganya RM25 seekor (sbb saiz yg paling besar + ikan local bukan import).p/s... xreti sgt bab tawar-menawar...aku minta murah last2 pakcik tu bagi free 1 ekor jer ikan yg saiz sederhana...huhu...

Akhirnya... setalah tiba di kampung halaman... tengahhari semalam terus masak ikan terubuk ni. Senang jer...lepas rendam sekejap dan basuh. Terus goreng dlm minyak panas. Sebelum angkat... masukkan hirisan bawang besar + lada kering. Angkat dan last skali di atas pinggan curahkan perahan air limau nipis atau air asam jawa sedikit. Yum..yum...sodap! Lagi sedap goreng garing2 ikan ni... walaupun  banyak tulang tapi rela bekerja keras sikit utk asingkan tulang2 tu hehehe

Sunday, November 13, 2011

Sunset On A Plane


 Akhirnya aku selamat pulang ke kampung halaman tercinta...gambar2 ni semua aku tangkap sewaktu menaiki kpl trbang ke Kota Bharu. Pemandangan matahari terbenam yang sangat menarik dan cantik. Aku tidak pernah jemu melihat lukisan Allah yang begitu indah ini. Allah Maha Besar dan Maha Pencipta. Dia menciptakan langit,bumi, siang dan malam. Seharusnya kita boleh berfikir kebesaran Allah sambil melihat alam ini dan rasa bersyukur dengan nikmat kurnia-NYA.

Aku sudah pulang....

Saturday, November 5, 2011

Bila Aidiladha Menjelang Tiba



Percaya atau tidak... aku tidak pulang ke kampung halaman untuk raya Haji pada tahun ini memandangkan minggu depan aku akan pulang ke rumah.... susah jugak tempat kerja jauh2 ni... hahaha...
Untuk mewujudkan suasana kemeriahan hari raya Haji ni... pagi2 lagi aku dengan member yang tidak pulang beraya juga telah ke pasar dan membeli 2 ekor ayam untuk dibuat rendang! 
Malam ni kami masak! (mcm kat kampung).Kami juga merancang nak masak ketupat nasi yang segera tu....Esok pagi pergi sembahyang raya dan mungkin bertukar2 juadah dengan member2 yang tidak pulang beraya di kampung juga... 


Apa pun... hati tetap sedih dan rindu nak balik kampung. Sabarlah hati...minggu depan balik rumah lah...
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.... 
Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar PENGORBANAN di hari raya ini. 
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini....

Wassalam....

Monday, October 31, 2011

Sunset Time~~@Sibu, Sarawak.



Sunset view from level 6, Paramount Hotel, Sibu, Sarawak.

Kalau korang perasan, gambar pertama tu ada gambar anak bulan yg sgt2 kecik..hehehe





Saturday, October 29, 2011

TEASER : Malam Dinner Sekolah





Baru selesai sahaja sudah DINNER kami yg julung2 kalinya di Sibu... walaupun terpaksa menempuh 1 jam 50 minit perjalanan dari Saratok tetapi Alhamdulillah cikgu-cikgu semua bersemangat untuk menyokong aktiviti Kelab Staf ini. Kenyang makan...hehehe. hadiah cabutan bertuah pun dapat...hehehe .. bertuah betul orang yg dpt nombor 51 tu.... (tajuk TeAser sbb xtunjuk gmbar semasa dinner...tapi gmbar door gift yg disediakan sblum dinner  hehehe)