Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 19, 2011

Sarawak Regatta 2011 at Kuching Waterfront


Sarawak Regatta 2011...kali ini merupakan kali pertama aku berkesempatan untuk sama2 "meramaikan" pesta tersebut. Memang kat Sarawak acara Regatta ini sangat popular dikalangan penduduk2 di sini. Kiranya yang kat Kuching ni adalah yang peringkat negeri dan international jugaklah...kalau nak tahu lebih lanjut tentang regatta ni sila klik kat SITUK..




yang ni pulak adalah acara  IWWF Wakeboard World Cup ... ala2 skateboard kat air gitu.. mmg dasyat lar diaorg berpusing2..tapi ada jugak yg jatuh sbb terlepas tali...walaubagaimanapun..sbb aku xdpt port yg best nk tembak menembak..so ini jer lah hasil terbaik tembakan aku dari jauh... ( ni yg rasa nak beli lensa yg panjang berjela2 tu hikhikhik)




Inilah para pendayung-pendayung yg mewakili bahagian masing2... yang gambar kat atas adalah pemenang...rupanya aku tengok kat garisan penamat..patotlah ramai giler orang kat sini...then xdapat pergi dekat sbb penuh dengan urusetia



Gambar ni  boleh diberi tajuk "3 Abdul melihat Regatta" ...haha




Jangan tak tahu...ni kereta Ketua Menteri Sarawak...jumpa "live" woo...isteri dia yang cantik!


Dan akhirnya kami pulang setelah penat berdiri dan berjalan....
sempat membeli kek lapis Dayang Salhah yang femes emes tu

Thanks to my frens yg selalu menjadi peneman (kdg2 jd tukang amik gmbar jugak) utk bermusafir di negeri orang...
korang memang model2 terbaik aku hehehe
tapi sorry..aku asyik post gambar korang dari belakang jer hahaha

dan tak lupa Tahniah buat kawan aku yg sorang lagi yg telah berjaya membeli kamera gedabak hahaha
bolehlah lepas ni mengasah bakat bersama2

p.s : ramai woo yg pakai kamera dslr skarang...so xder lah malu sgt aku nk kuarkan kamera aku tu..aku kan seorang yg pemalu

Sunday, September 18, 2011

Saturday, September 17, 2011

Cuti2 Hari Malaysia







Sempena hujung minggu yang agak panjang ini... 
aku dengan kawan-kawan memang tidak betah berada di rumah sahaja. 
Kami telah merancang untuk bercuti di Kuching buat ke berapa kali entah... huhuhu. 
Petang Jumaat tu, selepas check-in di
 Santubong Resort (yg diceritakan oleh rakan sekerjaku bahawasanya tempat tu "hunted", tp Alhamdulillah xder ape2 lah...dah selamat check out dah pun hari ni hehehehe)... 
kami terus pergi ke Damai Beach Resort
sbb apa kami ke sana yang terletak kira2 5 minit jer driving dari tempat kami menginap... kerana kat situ baru dapat "nangga"=tengok pemandangan pantai dan bermain ditepi pantai...
Fee masuk sbg "Day Guest" adalah sebanya RM3...
so korang xderlah rasa bersalah sangat bermain2 air kat situ wpun tidak menginap kat resort tersebut...
ape pun selpas diberi pas masuk ... kami diberi sekotak air sejuk...
then lepas tu bolehlah sesuka hati kita bermain air pantai...
Petang tu, hari agak mendung dan ombak pun kuat. Pihak resort mengibarkan bendera MERAH tanda xboleh mandi-manda di pantai kerana keadaan air laut yang bergelora ..
tp xper..mmg niat kami nak jalan2 tepi pantai sahaja..sambil makan sandwich yang telah disediakan dari rumah awal pagi lagi..al-maklumlah perjalanan dari tempat aku bekerja ke Kuching lebih kurang 5 jam driving...hehehe

SeLamAT bErHujUnG mIngGu! =)

Saturday, September 10, 2011

aku dan octo!


comel juga patung octo ni...hahaha..kalau korang perasan ada seekor lagi patung yg tersembunyi..leh korang cam??

Saturday, September 3, 2011

HDR in testing


Sehari lagi untuk bersama keluarga tersayang... esok dah nak bertolak ke bumi mencari rezeki... apepun ni cubaan aku utk edit HDR...guna photoshop... ape2 pun silalah komen ek atau leh bagi tips ke utk meningkatkan lagi ke"HDR"an ek... aku guna yg kat bahagian Edit > Adjustment > HDR Toning