Showing posts with label pemandangan. Show all posts
Showing posts with label pemandangan. Show all posts
Sunday, December 2, 2012
Taman Tamadun Islam ...aku datang !!!
Salam semua...
ini sambungan entri aku pergi Kuala Terengganu ... hehehe. Akhirnya selepas penat berjalan di sekitar Pasar Payang tu... aku ke Taman Tamadun Islam pula melihat monumen2 masjid yang menjadi simbol sesebuah negara... mmg taman tu agak besar dan penat jugak lah kalau berjalan kaki. Oleh sebab itu ada TRAM yang disediakan...(mcm keretapi kecik lah)... Fee masuk ke taman ni adalah RM20 di mana korang akan dpt voucher RM2 utk beli makanan dan RM2 utk beli cenderahati... tak semua lah aku upload monumen2 yang aku tangkap tuh...aper pun... seronok tengok monumen2 ini semua dan kira macam jogging jugak lah aku dengan adik aku...sbb kami rela tak naik tram tu konon nak menikmat pemandangan sepuas2nya...
p/s: mungkin ada beberapa monumen yang korang boleh cam kan????
Saturday, December 1, 2012
Kuala Terengganu... aku datang!!! hehehe
Salam semua... erm.... nampak jer gambar pertama dalam entri ini mesti korang dah dpt teka kan aku buat apa kat sini... mestilah membeli-belah. Akhirnya dapat jugak ku beli sehelai kain batik untuk diri aku dan sehelai baju batik untuk abah.... sehelai kaftan untuk mak aku dan sehelai kaftan polka dot untuk aku... erm mcm aku jer yg banyak hahaha.
dan juga satu brooch untuk bawak pergi sekolah tahun depan nanti ....
Rasanya ini kali pertama aku jejak kaki ke Pasar Payang kot... dan yang best nya aku dengan adik aku main agak jer ni kot Pasar Payang.... lepas tu biler nampak kat tangga ada label Pasar Payang baru lah aku tau... betul tekaan aku hehehe
Berdekatan dengan Pasar Payang ni ada Bazaar Warisan pula... aku mengkagumi seni bina nya yang penuh dengan ciri2 warisan... tengoklah tangganya sahaja dah penuh corak2 tradisional...
Di sekitar Bazar Warisan ini ada wakaf2 yang boleh lah nak buat berehat setelah penat berjalan di bawah matahari terik... apa pun kat bazar warisan ni tak banyak kedai yang buka... dan kain batik nya pulak agak mahal sbb eksklusif sikit.... so aku cuci mata sahaja =)
Di seberang Bazar Warisan korang boleh menikmati pemandangan Sungai Terengganu ...
Ni aku rasa diorang tengah berlatih utk Monsun Cup yg akan berlangsung Disember ni ... eh hari ni lah 1 Disember ...cepatnya masa berlalu...
Lepas sahaja berterik panas di sekitar pusat bandar Kuala Terengganu... aku dengan adik aku terus ke Taman Tamadun Islam yang aku selalu teringin nak pergi... so next entry will be Taman Tamadun Islam. Sekian, setakat itu sahaja....
Sunday, November 25, 2012
EKSPO MAIK 2012: Jom penuhi masa cuti sekolah tahun ni...di Kota Bharu
Salam semua....
Hari ni berkesempatan juga aku dengan sahabat jalan2 cari makan aku iaitu Manny (nama kurang sebenar)... menjejakkan kaki ke Istana Kubang Kerian yang telah dibuka untuk rakyat jelata melawat sempena Ekspo MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)
Ekspo ni berlangsung dari 1 Nov - 6 Dis 2012 dan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Dewan pameran yg mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dan Islam tu aku tak boleh tangkap gambar...jadi takder lah gambar nya ek... aku kan skema sikit..suka ikut arahan...hehehe. Lagipun lebih baik korang pergi tengok sendiri =)
Tapi ada satu khemah pameran depan Dewan tu yang aku boleh tangkap gambar dan bahagian gerai2 jualan2....
Adik2 ni... sedang khusyuk menyiapkan tempahan khat yg ditulis kat key-chain...so korang boleh beli utk kenang-kenangan... lagi pun seronok tengok seni khat ni... aku kagum dgn orang yg boleh tulis khat ni. Dulu masa belajar kat universiti tu adalah aku ambil kursus elektif kelas seni khat.... tapi takder lah aku jadi penulis khat yg serius... hehehe.
Selesai melihat, membaca, memerhati, mengkagumi dan berfikir ....terasa lapar pulak...ohw korang jangan risau...ada khemah2 gerai jualan dan ada kanopi yg beserta meja dan kerusi serta sink utk basuh tangan lagi... dalam erti kata lain... tidak rugi datang ke Ekspo MAIK 2012 di Kelate nih...
Ini pemandangan yang dapat dilihat sambil makan2 di bawah kanopi yang disediakan.... =)
Aku dengan kawan ku membeli air ABC.....
ini pula KERABU MAGGIE!!! sedap dan pedas.... pertama kali aku makan...tak tahu pulak megi pun ada kerabu jugak....
dan ini makanan sihat pulak... Pulut Mangga!!! berharga RM5
Akhir kata.... alhamdulillah...
walaupun semalam kat kelate dah hujan mcm dah nak masuk musim tengkujuh...
tapi hari ni cerah pulak...
Monday, November 19, 2012
Tangkuban Perahu, Bandung
Salam semua!!! Wah dah lama kan aku tak update blog ni. Maklumlah... keinginan nak update blog semakin lama semakin pudar... banyak sangat benda yang membuatkan aku sibuk dan terpaksa mengabaikan blog ini. hahaha... tapi kali ni aku update yang internasional sikit hahaha....
Akhirnya, setelah menimbang semua perkara.... akhirnya aku buat keputusan untuk tengok negara orang pula. Ini kali pertama aku guna BUKU MERAH you!!! huhuhu... selalunya guna BUKU BIRU jer utk masuk Sarawak. Ohw...dan buku Biru aku tuh dah nak tamat tempoh Disember ini... maksudnya dah 5 tahun lah aku berbakti kat bumi Sarawak... aku tak renew lagi buku Biru tu sbb aku nak guna Buku Merah lah pulak.
Buku Biru = Pas Perjalanan Terhad (utk org semenanjung yg kerja kat Sbh/Swak)
Buku Merah = Pasport Antarabangsa (utk korang pergi melawat negara orang)
Dengan tambang murah AirAsia, aku dengan member aku berjaya lah jugak guna Buku Merah ni. Destinasi kami adalah ke Bandung,Indonesia (tmpat bershopping rakyat M'sia). Tapi aku bukan nak bagitau tmpat shopping... aku nak bagitau pasal Tangkuban Perahu yang mempunyai kawah gunung berapi
Tiket masuk utk park kenderaan adalah 15,000 rupiah. Lepas tu tiket masuk individu pulak harganya 50,000 rupiah. Sampai kat atas, jangan lupa bagi tips utk orang yang tolong kita park kereta pulak ( kat sini budaya bagi tips sangatlah meluas, aku yg tak biasa bagi tips ni rasa kekok jugak lah sbb xtau cara kan... persoalan yg selalu difikiran aku ..erm nak bagi berapa ni? lepas tu duk pening nak convert duit rupiah jadi ringgit hahaha)
Gambar-gambar ni semua adalah Kawah Batu... yang ada mengeluarkan asap yang ada sulfur. So kalau korang sampai kat sini, jangan pelik kalau ada bau sulfur yang agak kuat dan menusuk ke hidung. Ada juga sesetengah pelancong pakai mask.
Inilah model kawah2 yang ada kat sini...Ada kawah2 yang pengunjungnya boleh jungle tracking skit utk korang pergi rebus telur atau rendam kaki dalam lumpur... tapi time kami sampai semua tak dapat pergi sbb hari hujan. dan semestinya korang kene bayar upah guide utk ke sana. =)
Aku terpaksa mengecewakan penjual cenderahati yang mengekori aku setibanya di sini. Penjual itu siap tolong ambil gambar aku dengan kawan aku lagi sbb kami berdua ajer... aku nak bagi tips sbb tolong ambil gambar tapi dia cakap dia tak boleh ambil tips... dia boleh jual barang sahaja. Aku doakan semoga ramailah pelanggan dia selepas kami tu... bukan apa...masa kami pergi Tangkuban Perahu tu, hari terakhir kami di sana dan duit rupiah kami agak terhad hahahaha. sbb dah banyak habis kat shopping ...
Kesimpulannya... kalau datang Bandung, jangan lepaskan peluang anda untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini. Setiap yang buruk itu, ada baiknya....
Sunday, August 26, 2012
Selamat Tinggal Kampung... Selamat Datang Tempat Kerja
Assalamualaikum...!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin!
Memang agak terlambat aku post pasal raya ni...padahal hari ini sudah seminggu kita beraya. Aku tulis post ni pun ketika aku sudah sampai ke Sarawak...hahaha. Baru tengah malam semalam sampai ke Kuching dan tengah hari nanti bertolak ke Saratok. Terpaksa bermalam kat sini memandangkan kali ini aku tidak dapat tiket yang dikehendaki...terpaksalah ambil yg mana ada....(tu lah akibatnya xbeli awal2 tiket raya!!!)
Raya kali ini aku rasa sgt cepat masanya berlalu...tambah2 lagi kalau masa tu banyak makan jem kat atas jalan raya hahahah....xcayer..tengok lah tangkapan2 aku yang aku ambil dari kereta ini...hehehe
Ini jalan yang menuju ke jambatan tendong.... mau setengah jam sampai ke traffic light....
Sekarang dah xberaper jammed dah ...
On the way balik ke Pasir Mas, selalu suka tengok masjid ni yang warnanya hijau...kali ni kubah masjid nampak sgt cantik dgn cahaya matahari pada waktu petang ... malam pun cantik ...kalau org masjid tu pasang lampu lah...
Dan akhirnya sampai juga ke Pasir Mas.... =)
Walau pun asalnya mcm xder motivasi nak datang semula ke tempat kerja ni...tapi lepas baca status kawan2 aku yang bersemangat tinggi ...aku rasa bersemangat jugaklah nak kembali ke tempat kerja!! hahahah
Friday, June 15, 2012
Pesta Wau Pantai Geting Kelantan 2012
Cuti sekolah pertengahan tahun baru-baru ini. Sempat lagi ke Pesta Wau yang berlangsung di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Tahun lepas dah pegi... tahun ni pergi lagi. Thanks to my fren...Amani yang sentiasa up2date pasal event2 kat Kelantan. hehehe... aper pun tahun ni Tahun Melawat Kelantan. Patutlah meriah jugak tahun ni dengan macam2 pesta.
Dalam perjalanan ke Pantai Geting ni... terperasan lah signboard "Bunohan" ... alah yang mcm filem Bunohan tu... ye lah kalau dulu lalu jer...baca gitu jer...tapi bila dah ada filem Bunohan tu...terus xcited biler tgk signboard tu hehehe
Antara peserta yang menyertai Pesta Wau Antarabangsa ... tapi xder lah aku gi interview dia pulak dari negara mana..hahaha (nasib baik tak kerja wartawan kan)
Tahun lepas aku perasan ada jugak jentolak ni...mmg aku rasa jentolak ni sebahagian daripada pesta ni kot...nak rata2 kan pasir kot.
Adik aku yang sedang termenung jauh air pantai yang aku larang sekeras-kerasnya untuk tidak sesekali merendamkan kakinya ke air pantai itu...(bukan aper...kami xbawak baju lebih). Kejam..kejam...hahaha
Tak tahu naper...tapi budak ni comel sangat cara jalannya hahaha
Thursday, June 14, 2012
Jalan Grik, Perak... satu perjalanan dari Kelantan ke bahagian Utara
Jalan yang mencabar tetapi penuh dengan pemandangan yang cantik-cantik.
The East-West Highway was built in the 1970 as a defence-related highway. In the early stages, there was military presence in every kilometre. The road was built to cut off the Communist Party of Malaya from the safe havens in Thailand. During construction, the highway was sabotaged and ambushed by the Communist terrorists during the Communist insurgency from 1970 to 1982. Many of workers were killed and the buldozers was seriously damaged. The East-West Highway was put under strict security control by Malaysian army when the highway was opened in 1 July 1982.[1] Motorists were allowed to use the highway at daytime only due to security reasons. The military control of the highway was lifted after the insurgency war was ended in 1989 (sumber : wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/East%E2%80%93West_Highway_(Malaysia) )
Baru tahu sejarah Jalan Raya Timur-Barat ini...(Gerik-Jeli)
Subscribe to:
Posts (Atom)