Showing posts with label light trails. Show all posts
Showing posts with label light trails. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

i-City Shah Alam Part 2




ohw..merahnya!!!


ohw..hijau..hijau....



malam yg penuh dgn warna-warni!







Dengan hanya menyentuh hidung rusa tersebut, maka badan rusa terus menjadi warna biru! Itulah sumpahan terhadap rusa tersebut yg sekarang ni hanya dipamerkan kat i-city Shah Alam sahaja.
(tetiba buat cerita mitos)


Ada jugaklah permainan kelip2...boleh beli satu untuk buat kenangan ... =)



Nasihat aku kalau korang nak pergi i-City waktu cuti sekolah ni...sila pergi awal ek. Kalau boleh lepas sembahyang maghrib...sbb kul 8 mlm ke atas...korang dah kene beratur utk masuk parking! Nasib baik ari tu kami pergi awal...sekurang-kurangnya dapat parking yang dekat sikit hehehe.


Harga masuk...sekali kereta masuk RM10. Motosikal aku tak pasti...kalau jalan kaki sendiri free kot. So kalau korang bawak van muat 10 orang dapatlah bahagi2 jadi RM1 seorang hahaha

Sekian, terima kasih!!!

p/s : Hari ini student2 aku berperang utk paper Biologi! Harap2 diaorg dpt jawab dgn penuh kecemerlangan! AMIN!


nk tengok PART 1 kat SINI

Tuesday, November 29, 2011

i-City Shah Alam, Selangor part 1


Seronok kerana akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki ku ke i-city shah alam. Bukan aper... adik aku asyik duk cerita jer kehebatan i-city ni...Akhirnya peluang itu tiba dan aku tidak melepaskan peluang untuk menangkap beberapa keping gambar (actually sampai lah jugak ratusan snap) hahaha.

Selain melihat lampu2 neon yg bermacam2 warna...korang boleh jugak menaiki roller-coaster (versi yg romantik kot sbb landasan dia relax jer...). Tapi aku xnaik sbb aku rasa aku gayat (hahaha). Kemudian ada lah snowwalk di mana dalam tu ada salji buatan (tapi aku tidak masuk jugak). Kesimpulannya, aku pergi situ dengan famili dan kami hanya menikmati pemandangan dan tangkap gambar banyak2 hahaha. Sebelum balik sempat singgah minum air kopi dulu. KFC pun ada...tapi mcm dah boring jer asyik makan KFC hahaha ....


iso 2500 , f/3.5 , 1/640 sec

Paling suka pokok ni sbb warna putih!!! Sempatlah posing ala2 model kat pokok ni...

iso 2500 , f/5.6 , 1/500

Menjadi tak kebokehan gambar di atas ni??? ni lah aku rasa hasil terbaik aku kat i-city...saper2 yang berhajat nak pergi sini utk sesi fotografi (nk test power sendiri)..pastikan anda buat homework dulu mcm mana nak tangkap gambar pada waktu malam. jenuh jugaklah aku mencari ramuan yg sesuai ... (erm tapi tu lah kebanyakan gmbar aku banyak yg xmenjadi sbb aku sendiri xbuat homework..main bantai jer)
dan jgn lupa bawak tripod kalau nk lebih umph...aku xbawak sbb tripodnya aku tinggalkan kat sarawawak sana hahahah

iso 2500, f/16 , 1/30, then kurangkan lagi dia punya exposure bias -1.3

Banyak sunggoh pokok krismas nya...



opps...belum abis lagi ... tunggu next entri pulak =)

kalau ader cadangan dan komen sgt2lah dialukan... 

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

\(^-^)/
peace ~ ~

ini pulak PART TWO i-city

Wednesday, June 15, 2011

BBQ TiMe


Gambar ini ditangkap menggunakan mode "A" ~ aperture....sewaktu kami dengan penuh tekunnya cuba menghidupkan bara api utk BBQ ayam!

Tahukah anda ada majalah untuk fotografi dalam Bahasa Melayu yang bertajuk APERTURE?

Thursday, April 28, 2011

acu + cubo + try +test +lagu manow = xperimenting!!!

Niat dh lamer dah nak menge"test" power bab2 light graffiti... tp xmenjadik lah graffiti nyer sgt. mcm JIWA KACAU pun ada jugak...huhu. tapi sbb duk tgk blog2 lain mengupload kesuksesan mereka dlm mencuba teknik light graffiti or light trail ini... aku pun terpanggil jugak nak mencuba...

terima kasih kepada....
    - beberapa blog yg kaki gambar yg telah menunjuk ajar dan memberi tips utk teknik ni (sori xtag, aku malu)
    - tripod yg baru ku beli (dpt hrga murah ...erm aku rasa lah harga tu murah)
    - cuaca yg mendung & gelap
    - tetiba jer jumpa lighter hahaha
    - n of course lah kamera yg kusayangi sbb tanpa kamera mcm mana ler nak tangkap gambar kan???

 P/s :maafkan aku wahai ckgu BM, mmg bahasa ku kurang enak dari segi BM nyer =)

Pecah kaca, pecah simen,
Udah baca, harap komen.






moral of the photography : DON'T GIVE UP when u USING THE "TRY & ERROR" METHOD