Showing posts with label sunset. Show all posts
Showing posts with label sunset. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

sunset at Langkawi






Semasa menunggu feri bergerak menuju ke Pulau Langkawi, aku sempat melihat burung helang terbang ... masa teringin sangat nak ada lens yang panjang tu supaya dpt zoom burung helang tu.... tangkap jugak tapi lepas crop still nampak mcm titik jer hahahaha... =)


Tuesday, May 1, 2012

sekali lagi... visiting Taman Sahabat, Kuching

 Because of these fishes I come back to here!!! =P





Today's catch!!! Finally the big fish showing up!!!






Friday, March 16, 2012

Indahnya Kelate @ Menara Tambatan Diraja


Gambar ni ditangkap sewaktu membawa kawanku yg dari Sarawak datang berjalan2 melawat Kelate. Tahun ni kan Tahun Melawat Kelantan!!! 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Menara Tambatan Diraja ini silalah klik sini

Sunday, February 19, 2012

Bila ke waterfront Kuching, Sarawak


Gambar bangunan ADUN ni korang mesti tangkap ...kira2 mcm tugu kucing kat tengah bulatan tu jugaklah...sbb dah jadi trademark bila berjalan2 kat waterfront ni...



Satu lagi pemandangan bangunan yang korang mesti nak tangkap gambar juga... disamping perahu2 tambang yang berada ditepi2 tebing




Kat sini paling cantik bila tgh sunset... 
sbb dapat tengok sunset dan Gunung Santubong sekali...erm kalau xsilap tu gunung Santubong...





Macam biasa... walaupun warna kulit xsama ...kamera pun xsama ....
tapi kita tetap kongsi satu pemandangan indah yang sama... 
yang kita nikmatinya bersama dan semestinya kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan berikan ini....


Sunday, November 13, 2011

Sunset On A Plane


 Akhirnya aku selamat pulang ke kampung halaman tercinta...gambar2 ni semua aku tangkap sewaktu menaiki kpl trbang ke Kota Bharu. Pemandangan matahari terbenam yang sangat menarik dan cantik. Aku tidak pernah jemu melihat lukisan Allah yang begitu indah ini. Allah Maha Besar dan Maha Pencipta. Dia menciptakan langit,bumi, siang dan malam. Seharusnya kita boleh berfikir kebesaran Allah sambil melihat alam ini dan rasa bersyukur dengan nikmat kurnia-NYA.

Aku sudah pulang....

Saturday, October 15, 2011

sunset at Kuching Waterfront


Waktu ni aku tengah berkursus di Kuching...teman kawan2 baru menjelajah sekitar waterfront...kebetulan waktu tu dah senja... menyesal pulak tak bawa kamera besau...tapi xperlah ...kamera handset pun jadilah walaupun gambar xsharp sbb xcukup cahaya

Friday, July 29, 2011

Sunset View From Merdeka Palace


Bermulanya pada hari aku akan sibuk mengadap laptop.... (eh bkn hari2 ke mmg duk sibuk mengadap laptop?) ... ohw tidak...kali ini aku sibuk meng'key-in' kan urusan jual beli utk menutup akaun koperasi sekolah. Maka berkampunglah aku di Hotel Merdeka Palace untuk kursus anjuran ANGKASA bg menutup akaun menggunakan aplikasi SEKKOP123...

Apa kene mengena cerita ini dgn gambar di atas...ni ler pemandangan yg aku dapat nikmati dari tingkap cermin bilik aku...hehehe =)

Monday, July 4, 2011

kaki langit yang merah



Dulu masa kelas agama, aku teringat ustaz pernah menceritakan bagaimana nak menentukan waktu solat ketika suatu ketika dulu masih lagi tidak mempunyai jam analog mahupun digital... orang zaman dulu2 sewaktu jam masih lagi belum diciptakan lagi akan menggunakan matahari sebagai rujukan waktu solat...

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.


Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.


Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.


Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.

(sumber dari Wikipedia)

Kenapa tulisan "waktu maghrib" lain skit..sbb nak bagi klu utk korang waktu bilakah gambar ini diambil? Korang ada jawapannya??? Sila jawab di bahagian comment k! =) 

p/s : terasa mcm buat soalan ujian pulak...tapi aku bukan Ustazah  maupun Ustazah Pilihan ..hehehe

Wednesday, May 4, 2011

mungkin ini takdirnya


Tajuk n3 yg xder kene mengena...hahaha
Aper pun aku nak share jugak gambar ni ... diambil ketika senja di pekan tempat ku bekerja... ketika itu kebetulan aku xbawak kamera gedabak besar tuh...ada handset jer...

petang itu senja sangat indah. hati aku berkata... SYUKUR ALHAMDULILAH...
pastinya kita bersyukur...kita punya MATA untuk melihat

Monday, April 25, 2011

SenJA Nan MeRAH







Beberapa  hari yang lepas...sewaktu dalam perjalan pulang ke daerah aku ditempatkan bekerja...kami dapat melihat pemandang yang cukup indah sekali. Waktu senja itu...langit begitu oren dan merah...mungkin disebabkan pembiasan cahaya akibat hari yg hujan renyai2 itu.

Seperti biasa...aku memang suka tangkap gambar dalam kereta dan sewaktu kereta bergerak. So kalau ada gambar blur mmg xdpt lah nak buat apa2 lagi..walaupun dh edit...huhuhu...

Mood ketika mengambil gambar ini...sedih!!! sbb terkenang kisah diri ini ...siapa yang tahu kan??? kecuali DIA...ALLAH yang Maha Mengetahui... sbb diri ku sendiri tidak tahu apa yang aku mahu. aku ingin bertawakal...

dan kebenaran yang ku tahu itu...hanya Allah sahaja yang tahu...aku pun tidak tahu itu kebenaran atau kepalsuan?????

Tuesday, April 19, 2011

Akhirnya...





Tiada kata-kata yang ingin aku coretkan di sini...sebenarnya tgh dlm mood "blur"... sejak akhir ini aku sering "blur" dalam membuat keputusan. Nampaknya aku kena mencari sesuatu supaya aku kembali menjadi tidak "blur"...

Kepada semua kawan2 blogger yg sudi menjenguk...sorry aku xdpt memberi komitmen sejak akhir2 ini....

Saturday, February 12, 2011

apabila siang bertukar malam

Sesungguhnya bukti2 kebesaran Allah yang Maha Mencipta ada di depan mata kita...gunakanlah mata pemberian-Nya untuk mensyukuri dan menikmati kebesaranNYA.