Hari Isnin lepas, seawal bermulanya persekolahan ... sekolah ku sambut aidilfitri di sekolah dgn Majlis Ramah tamah Aidilfitri... setiap kelas mengadakan Kelas Terbuka dan cikgu cikgi berserta staff serta para AJK PIBG bertandang ke kelas satu persatu utk berhari raya... seronok sbb tgk budak2 pun seronok jugak. Ini semua berkat idea pengetua baru... sebenarnya selama hampir lima tahun di sini... ini pengetua ke-3 dah. Maksudnya... aku kene pindah semenanjung cepat2 lah kan... hahaha
Mesti korang rasa terliur kan tengok kek warna-warni nih...hehehe
Beraya di Sarawak.... yang paling beza kat sini mmg giler kek lapis...mcm2 corak dan nama yang unik2 semua... sebut ajer Kek Idola, Kek Sisik Ikan, Kek Lapis India, Kek Hati Parek, Kek Intan Payung, Kek Pua Kumbu, Kek Belacan...macam2 jenis...teringat masa tahun pertama aku kat sini... aku mabuk jugak lah beli kek lapis mcm2 utk dibawa balik ke Kelate...
Kemudian, perkara dua yg aku rasa berbeza adalah... kat area aku ni ..kalau kita gi beraya diorg suka hidang dengan "air mencis" erm aku harap betullah ejaan aku ni. "Air mencis" tu air gas/karbonat lah hehehe. Aku agak sbb bila buka penutup botol bunyi "ciiiiiisss" kot so jadilah nama timangannya "air mencis" or "mences' ... so time ramah tamah aidilfitri kat sekolah ari tu...semua kelas hidang air gas... hahaha.
Jom puasa 6... sempat lagi ni.