Tuesday, March 26, 2013

Jambatan Sultan Yahya Petra... in progress


Kali ini bila aku balik Kelantan sempena cuti sekolah pertengahan penggal 1....dapat jugak tengok jambatan yang menghubungkan Kota Bharu dengan Pasir Pekan ini telah hampir siap... jalan yang yang aku tangkap ini adalah jambatan asal yang dahulunya ada 2 hala... sekarang dah jadi sehala dan 2 lorong dapat digunakan... manakala yang sebelah atas belah kanan pula untuk pengguna jalan raya yang nak memasuki Bandar Kota Bharu. Menurut kawan aku yang selalu menggunakan jambatan ini setiap kali ingin pergi ke tempat kerja. Selepas dibuka jambatan yang baru ... kesesakan lalu lintas kat sini agak berkurangan. Cuba bayangkan bila jambatan ini siap sepenuhnya...mesti lalu lintas kat kawasan ini akan berjalan dengan lancar. Jambatan ini adalah jalan yang paling aku malas nak guna apabila waktu peak hours... sbb kena berebut masuk lorong... aku pulak fobia dengan orang yang membunyikan hon atau mencelah masuk dengan rapat. Tapi lepas dah siap jambatan ni mungkin aku dah tak takut lagi heheheh =)

Wednesday, March 20, 2013

ufuk merah di stesen minyak petronas






Wah ... lamenya ku tak mengepos...hahahaha.

Rasanya tajuk ni sahaja dah menceritakan keseluruhan gambar ini.... setelah bermulanya sesi persekolah rasanya sudah lama aku tidak menulis di sini. Tiada tempat baru yang aku ingin kongsikan dan ini pun gambar semasa aku jadi guru pengiring budak2 sekolah main petanque untuk kejohanan petanque koperasi angkasa ... dari pagi sampai ke malam berkampung kat stesen minyak ni... tapi penungguan ini memang berbaloi....

the end