Friday, July 29, 2011

Sunset View From Merdeka Palace


Bermulanya pada hari aku akan sibuk mengadap laptop.... (eh bkn hari2 ke mmg duk sibuk mengadap laptop?) ... ohw tidak...kali ini aku sibuk meng'key-in' kan urusan jual beli utk menutup akaun koperasi sekolah. Maka berkampunglah aku di Hotel Merdeka Palace untuk kursus anjuran ANGKASA bg menutup akaun menggunakan aplikasi SEKKOP123...

Apa kene mengena cerita ini dgn gambar di atas...ni ler pemandangan yg aku dapat nikmati dari tingkap cermin bilik aku...hehehe =)

Tuesday, July 26, 2011

La Tahzan


Ada Kawan... memujuk aku ... La Tahzan...
susah kan nak memujuk hati supaya sedar 
susah kan nak memujuk hati supaya sabar

Sunday, July 24, 2011

Hari Perkhemahan Sekolah






Hari perkhemahan sekolah telah pun berakhir pada hari Khamis yang lepas... hari Jumaatnya kami terus dapat cuti peristiwa memandangkan 3 hari kami berkhemah...pasang jer khemah tapi bukan semua yang tidur dalam khemah. Malam pertama, pelajar perempuan bermalam dalam khemah. Malam ke-2 pulak, pelajar lelaki bermalam kat khemah. Khemah pun kat padang sekolah ajer. Namun begitu, semangat tetap ada. Yang paling best acara pertandingan masakan rimba. Jika tahun lepas memasak hanya ditepi padang sekolah, tapi kali ini disebabkan nama pertandingan pun Masakan Rimba ... maka kesemua peserta yang terlibat terpaksa lah meredah hutan lipur dibelakang sekolah. Aku selaku guru pengiring pun turut bersama-sama meredah hutan dengan mereka.
        Dah lama dah aku tak berjungle tracking ni...last dulu adalah sewaktu kat universiti sewaktu kelas PJK dimana kami pergi berkhemah kat tepi pantai kat Pulau Pangkor. Malam kami berjungle-tracking tuh, tiba2 kecoh katanya terjumpa tapak kaki harimau. Apa lagi...terus perjalanan itu dihentikan dan kami pulang ke khemah.

Cube teka aku jadi guru penasihat badan beruniform yang mana? Klu nya... KAMEK MENANG JOHAN!

Saturday, July 23, 2011

Pineapple Fest Sarikei 2011 part 2








Pineapple Fest Sarikei 2011 part 1


There were 54 participants for Karao-K competition...so the organizer just cut them of if their singing is not good enough..huhuhu...

Few kids who joined the drawing competition...



again... the Karaoke singing competition...singing the evergreen songs 







hey..this is Pineapple Fest at Sarikei , Sarawak. 
and of course I must show you the pictures of pineapples... 




but at the end of the day... I didn't buy any pineapples to bring back home..hahaha

Sedikit info tentang NANAS...  =) (sbg seorang guru sains hehehe)

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari BrazilBolivia, danParaguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".
Nanas mengandungi khasiat vitamin AB1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.




Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Liliopsida
Order:Poales
Famili:Bromeliaceae
Genus:Ananas
Spesies:A. comosus
 Sumber dari : Wikipedia!!! =)

Thursday, July 21, 2011

Pemandangan Melalui Tingkap Kereta


Pandangan hadapan ...




Jika berpaling ke kiri...




Ke kanan pula anda akan lihat...



akHiR SekaLi...di beLakanG




Pemandangan-pemandangan yang indah inilah yang kulihat setiap kali menuju ke Kuching untuk menaiki "belon" balik ke kampung. Rindu nak balik kampung!!!


Thursday, July 14, 2011

Bukan Senang Nak Cari Kawan yang Betul-betul Kawan....



Ada Kawan... waKTu sEnanG mUdaH dIcaRi.
waKTu suSaH SukaR dicaRi
aDa juGa..kawaN
wakTu sUsah baru DiCaRi... waKtu SeNang tIdak dicaRi
aDa LaGi ...kawan
yaNg SenTiaSa dicaRi2... tp maSiH lagi tidak ditemui

Monday, July 11, 2011

clueless Monday





Today is Monday...
and I am clueless...

Cube teka lokasi gambar ini diambil...
klu : mufin dia tersohor sedapnya

Monday, July 4, 2011

kaki langit yang merah



Dulu masa kelas agama, aku teringat ustaz pernah menceritakan bagaimana nak menentukan waktu solat ketika suatu ketika dulu masih lagi tidak mempunyai jam analog mahupun digital... orang zaman dulu2 sewaktu jam masih lagi belum diciptakan lagi akan menggunakan matahari sebagai rujukan waktu solat...

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.


Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.


Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.


Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.

(sumber dari Wikipedia)

Kenapa tulisan "waktu maghrib" lain skit..sbb nak bagi klu utk korang waktu bilakah gambar ini diambil? Korang ada jawapannya??? Sila jawab di bahagian comment k! =) 

p/s : terasa mcm buat soalan ujian pulak...tapi aku bukan Ustazah  maupun Ustazah Pilihan ..hehehe

Friday, July 1, 2011

Sukan Petanque dan Koperasi






Pernah dengar tentang sukan Petanque??? semenjak aku dipostingkan di Sarawak baru aku dengar nama sukan ni. Kat tempat aku ni rata-rata suka bermain dengan petanque...sukan ni ala2 main guli2 lah..tapi xguna guli...guna bola besi yg agak berat jugak lah..ala2 lontar peluru...dulu pun pernah jugak masuk sukan lontar peluru tapi peringkat sekolah sahaja..tu pun sbb dah xder orang nak wakil rumah sukan ...

Cara main ... baling ajer bola besi itu (tp ada syaratnya..kaki xboleh terangkat!)..nk baling pada siaper...baling pada "jack" (bola kecil berwarna oren).... bola besi yg paling byk dekat dgn jack dikira mata!!

Sukan ini juga sinonim dengan ahli-ahli koperasi...(aku pun xtau kenapa?)... maka pada dua hari yang lepas..koperasi sekolah telah menganjurkan Pertandingan Sukan Petanque untuk para guru & staf... aku pun join jugak tapi awal-awal dah kalah hahaha...aper pun TaHniAh kepada JuArA~!

~~~ esok mau gi lari  ...utk kempen Larian Serentak 1 Murid , 1 Sukan, 1 Malaysia!!!