Monday, July 4, 2011

kaki langit yang merah



Dulu masa kelas agama, aku teringat ustaz pernah menceritakan bagaimana nak menentukan waktu solat ketika suatu ketika dulu masih lagi tidak mempunyai jam analog mahupun digital... orang zaman dulu2 sewaktu jam masih lagi belum diciptakan lagi akan menggunakan matahari sebagai rujukan waktu solat...

Waktu Zohor/Zuhur (ﻇﻬﺮ) bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya. Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.


Waktu Asar (ﻋﺼﺮ) bermula apabila sesuatu bayang objek melebihi kepanjangan sebenar sehingga matahari mula terbenam.
Haram menta'khirkan atau melewatkan solat asar sehingga tinggal waktu yang tidak sempat untuk dikerjakan.


Waktu Maghrib (ﻣﻐﺮﺏ) bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.


Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.

Waktu Isya'/Isyak (ﻋﺸﺎﺀ) bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq. Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.

Waktu Subuh (ﺻﺒﺢ) bermula dari naik fajar sadiq sehingga terbitnya matahari atau dikenali sebagai Syuruk.

(sumber dari Wikipedia)

Kenapa tulisan "waktu maghrib" lain skit..sbb nak bagi klu utk korang waktu bilakah gambar ini diambil? Korang ada jawapannya??? Sila jawab di bahagian comment k! =) 

p/s : terasa mcm buat soalan ujian pulak...tapi aku bukan Ustazah  maupun Ustazah Pilihan ..hehehe

3 comments:

BuDakHutaN said...

Maghrib? hehehe

adrenalina said...

BudakHutan : BETUL!!!!....dapat A+++ tahniah!

adrenalina said...

BudakHutan : BETUL!!!!....dapat A+++ tahniah!