Sunday, July 24, 2011
Hari Perkhemahan Sekolah
Hari perkhemahan sekolah telah pun berakhir pada hari Khamis yang lepas... hari Jumaatnya kami terus dapat cuti peristiwa memandangkan 3 hari kami berkhemah...pasang jer khemah tapi bukan semua yang tidur dalam khemah. Malam pertama, pelajar perempuan bermalam dalam khemah. Malam ke-2 pulak, pelajar lelaki bermalam kat khemah. Khemah pun kat padang sekolah ajer. Namun begitu, semangat tetap ada. Yang paling best acara pertandingan masakan rimba. Jika tahun lepas memasak hanya ditepi padang sekolah, tapi kali ini disebabkan nama pertandingan pun Masakan Rimba ... maka kesemua peserta yang terlibat terpaksa lah meredah hutan lipur dibelakang sekolah. Aku selaku guru pengiring pun turut bersama-sama meredah hutan dengan mereka.
Dah lama dah aku tak berjungle tracking ni...last dulu adalah sewaktu kat universiti sewaktu kelas PJK dimana kami pergi berkhemah kat tepi pantai kat Pulau Pangkor. Malam kami berjungle-tracking tuh, tiba2 kecoh katanya terjumpa tapak kaki harimau. Apa lagi...terus perjalanan itu dihentikan dan kami pulang ke khemah.
Cube teka aku jadi guru penasihat badan beruniform yang mana? Klu nya... KAMEK MENANG JOHAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wah.. camping yang menceriakan.. huhuhu.. nice shot.. =]
dekat2 pose kita khemah dulu!!!
faaein : mmg ceria...asyik bersukaria jer bebudak tuh...
imanshah : betul tu...kat skolah xputus2 aktiviti sekolah...masuk bln puasa lagi byk aktivitinya...masuk Bulan Penghayatan Ramadhan
Post a Comment