Wednesday, June 6, 2012

Hari Ini Aku Melihat .... kebesaran-NYA


menggunakan filem lama sebagai filter...hehehe...kononnya xnak bagi jahanam lens tapi ...


inilah hasil aksi bahaya menghalakan lens yang ada filter sedia ada jer hehehe =)



06.06.2012... member yang selalu suka snap2 dgn aku mengajak aku breakfast dan mencuba nasib utk melihat Venus melintas matahari pada pagi ini. Lintasan planet Venus tu dikatakan akan berlaku bermula pada jam 8 pagi -12.40 tghhari di Malaysia. Walaupun pada awalnya , awan tebal melindungi matahari...tetapi selepas kami gi breakfast makan roti canai cotek!!!... (roti canai yang dimasak bersama dengan satu telur mata kerbau separuh masak~)... akhirnya dengan filter filem lama yang baru dicari selepas subuh pagi tadi...maka berjayalah kawan aku tu melihatnya.... tapi aku tak dapat tengok...mungkin sbb aku ada masalah penglihatan mata...maklumlah...dah berkaca mata sejak dari sekolah lagi hahahah.
Tapi yang bestnya...dapat pulak lihat fenomena lain iaitu HALO (suatu lingkaran yang terbentuk di sekeliling matahari atau bulan). Dalam kes hari ini...of course ler matahari...so ia digelar "Sun Halo"...


Lokasi penggambaran :  Menara Tinjau Tambatan Diraja, Kota Bharu , Kelantan.

Sekarang menara ni dah boleh masuk dah...dah boleh tinjau heheheeh... RM1 yuran masuk... aku rasa kalau sunset lagi cantik...




Moral of the story : Tak semua perkara yang orang lain dapat lihat, kita dapat lihat juga. Adakalanya ... kita patut bersyukur sahaja dengan apa yang kita dapat. Kerana mungkin apa yang kita dapat itulah yang paling sesuai untuk kita. Mana tahu kan...???? (oppss...sorry...berfalsafah ikut suka hati jer hahaha)

kalau korang nak tengok gambar yang betul2 dari lens berkuasa tinggi untuk Venus Transit ...sila lah klik link dibawah =)





1 comment:

Nurr_Rahmah said...

subhanallah..tak sempat nak tgk tadi. tgk pic je :)

btl..bersyukur dgn apa yang dimiliki. Allah tahu yg terbaik utk kita :D