Saturday, September 17, 2011

Cuti2 Hari Malaysia







Sempena hujung minggu yang agak panjang ini... 
aku dengan kawan-kawan memang tidak betah berada di rumah sahaja. 
Kami telah merancang untuk bercuti di Kuching buat ke berapa kali entah... huhuhu. 
Petang Jumaat tu, selepas check-in di
 Santubong Resort (yg diceritakan oleh rakan sekerjaku bahawasanya tempat tu "hunted", tp Alhamdulillah xder ape2 lah...dah selamat check out dah pun hari ni hehehehe)... 
kami terus pergi ke Damai Beach Resort
sbb apa kami ke sana yang terletak kira2 5 minit jer driving dari tempat kami menginap... kerana kat situ baru dapat "nangga"=tengok pemandangan pantai dan bermain ditepi pantai...
Fee masuk sbg "Day Guest" adalah sebanya RM3...
so korang xderlah rasa bersalah sangat bermain2 air kat situ wpun tidak menginap kat resort tersebut...
ape pun selpas diberi pas masuk ... kami diberi sekotak air sejuk...
then lepas tu bolehlah sesuka hati kita bermain air pantai...
Petang tu, hari agak mendung dan ombak pun kuat. Pihak resort mengibarkan bendera MERAH tanda xboleh mandi-manda di pantai kerana keadaan air laut yang bergelora ..
tp xper..mmg niat kami nak jalan2 tepi pantai sahaja..sambil makan sandwich yang telah disediakan dari rumah awal pagi lagi..al-maklumlah perjalanan dari tempat aku bekerja ke Kuching lebih kurang 5 jam driving...hehehe

SeLamAT bErHujUnG mIngGu! =)

5 comments:

Faaein Talip Roy said...

wah... bestnya jenjalan kat tepi pantai... nak ikotttt... tapi dah lepas kan.. huhuhu.. cantik pic2 tu.. ^^,

reenapple said...

air laici tue nampak best... ahaha

Nurr_Rahmah said...

selamat berhujung minggu :D. best dapat bercuti ke pantai..nyaman.

IMANSHAH said...

tak mandi ke

afzan said...

nila yang dinamakan pasir putih tepi pantai