Sunday, November 25, 2012

EKSPO MAIK 2012: Jom penuhi masa cuti sekolah tahun ni...di Kota Bharu

 Salam semua....

Hari ni berkesempatan juga aku dengan sahabat jalan2 cari makan aku iaitu Manny (nama kurang sebenar)... menjejakkan kaki ke Istana Kubang Kerian yang telah dibuka untuk rakyat jelata melawat sempena Ekspo MAIK ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)

Ekspo ni berlangsung dari 1 Nov - 6 Dis 2012 dan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Dewan pameran yg mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dan Islam tu aku tak boleh tangkap gambar...jadi takder lah gambar nya ek... aku kan skema sikit..suka ikut arahan...hehehe. Lagipun lebih baik korang pergi tengok sendiri =)

Tapi ada satu khemah pameran depan Dewan tu yang aku boleh tangkap gambar dan bahagian gerai2 jualan2.... 

...

Adik2 ni... sedang khusyuk menyiapkan tempahan khat yg ditulis kat key-chain...so korang boleh beli utk kenang-kenangan... lagi pun seronok tengok seni khat ni... aku kagum dgn orang yg boleh tulis khat ni. Dulu masa belajar kat universiti tu adalah aku ambil kursus elektif kelas seni khat.... tapi takder lah aku jadi penulis khat yg serius... hehehe.



 Selesai melihat, membaca, memerhati, mengkagumi dan berfikir ....terasa lapar pulak...ohw korang jangan risau...ada khemah2 gerai jualan dan ada kanopi yg beserta meja dan kerusi serta sink utk basuh tangan lagi... dalam erti kata lain... tidak rugi datang ke Ekspo MAIK 2012 di Kelate nih...

Ini pemandangan yang dapat dilihat sambil makan2 di bawah kanopi yang disediakan.... =)

Aku dengan kawan ku membeli air ABC.....

ini pula KERABU MAGGIE!!! sedap dan pedas.... pertama kali aku makan...tak tahu pulak megi pun ada kerabu jugak....


                                  dan ini makanan sihat pulak... Pulut Mangga!!! berharga RM5






Akhir kata.... alhamdulillah... 
walaupun semalam kat kelate dah hujan mcm dah nak masuk musim tengkujuh...
tapi hari ni cerah pulak... 



Friday, November 23, 2012

my cousin wedding


Tahniah kepada sepupuku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya... =)
Yang pasti sambil aku ralit mengambil gambar di majlis perkahwinan sepupuku ini, ramai sahaja yang bertanya

" hah yang ni bila lagi?"

dan aku jawab dengan senyuman sahaja

Wednesday, November 21, 2012

Sarapan Apa pagi ni pak Belalang?



Salam semua....

Lama dah tak tangkap gambar haiwan2 kecil...walaupun aku ni xder lah xpert giler bab2 gambar macro ni tapi kadang2 kalau terasa nak tangkap...tangkap jugak hehehehe... tapi guna kit lens jer ... aku setakat ni masih setia guna kit lens... cukuplah setakat itu sahaja. Kalau ada rezeki lebih dan ada keperluan aku upgrade kan... tapi setakat ni... cukup ini sahaja. =)



 ohw... rupanya pak belalang makan daun yer....




Lokasi : halaman rumah makcik aku
Masa   : kenduri kahwin sepupu aku.... masa ni tgh tunggu bila lah pengantin tu nak masuk rumah hahaha

Tuesday, November 20, 2012

my trip to Bandung > mana nk tido ni?

 Salam semua...

Mungkin korang akan boring kot tgk aku asyik nak update pasal trip aku ke Bandung jer hahahaha.... tapi sbb aku rasa aku patut share jugak sikit dengan korang kan... tambahan pula sebelum aku ke Bandung, mmg aku banyak dapat info dari blogger2 yang lain yang dah biasa ke sana... kiranya xder lah blur sangat bila sampai ke negara orang kan... tapi jujurnya... walaupun dah buat revision banyak... aku dgn member ku tetap blur ... ye lah...kat LCCT airport pun kami dah blur nak check in kat mana, nak kena buat apa dan sbgnya... sampai kat airport Bandung... kami blur lagi sbb tak tahu kat mana nak ambil TAKSI... padahal ader je kaunter kat sebelah kiri pintu ketibaan tu tulis "TAKSI" ....hahaha. Konon pakat dgn kawan aku, sampai sana kita kena buat muka yang kononnya pernah sampai ke Bandung... tapi last skali... aku buat muka paling blur..hahaha.

Apeer pun...Alhamdulillah... walaupun perjalanan kami berdua sahaja dan masing2 tak der pengalaman kat sini... kami berjaya juga menjayakan trip kami ke Bandung ini. Walaupun diakhir2 nya hari terakhir kami di sana...kami dua dapat cirit-birit...tapi aku bersyukur sangat2.... orang kata jauh perjalanan, luas pengalaman kan...


Kami menetap kat POPHotel ni selama 3 malam. Alhamdulillah... walaupun aku rasa takot juga booking hotel guna agoda.com tu...tapi boleh dipercayai dan korang tak payah bawak duit utk bayar hotel...sbb agoda.com ni korang dah bayar awal2... so kalau tetiba korang batalkan...mmg agak rugi lah sbb xdpt refund. Kami cuma bayar 15,000 rupiah utk deposit key sahaja. tu pun dpt balik lepas korang check-out hotel. Komen aku ttg PopHotel ni... frontdesk yg sangat mesra dan membantu, bilik kecil tapi bersih dan lengkap (kalau sekadar pelancong yg pagi2 keluar , balik malam utk tidor jer... sgt2 lah sesuai sbb korang boleh jimat duit utk hotel!), bilik air yang futuristik sbb mcm mandi dllm kabin skit..., nak masuk sorang lagi pun boleh sbb tepi tingkap dia ada sofa boleh buat tidor jugak., ada WIFI so korang boleh guna gadget korang nak surf internet lagi...kat lobi pun ada komputer yg ada internet.., lepas tu pagi2 dapat breakfast free yang simple...tapi oklah...

yang kontra nya...tapi aku boleh terima lagi lah... sbb budget hotel hehehe... xder iron...so jgn gatal nak bawak baju kene iron, tudung pun korang bawaklah tudung yg xyah iron... lepas tu biliknya yg sempit sikit tu tapi still ada ruanglah utk solat...cuma kalau korang jenis rimas xleh bilik kecik mgkin kene banyak sbr sikit lah... then lokasi dari tempat shopping jauh sikit jer..korang leh upah supir atau naik teksi. kalau ada orang ckp kat luar bilik kuat2 mmg korang dlm bilik boleh dgr...tapi mcm aku ni yg bila tidor dah xdgr aper2 so oklah utk aku hehehe....

kesimpulannya.... aku suka!!! 


Ni pemandangan waktu subuh jam 6 pagi waktu Bandung...kat Bandung ni jam dia lebih awal satu jam... ni menjawab persoalan aku kenapa time perjalanan pergi dari KL-Bandung masa dia 2 jam, tapi bila balik Bandung-KL perjalanan dia ambil masa 3 jam...
Kat tengah2 tu kalau tak silap adalah Kota Bandung... sbb aku perasan dia punya menara masjid tu...hehehe


Ini jadual xtvt aku time pergi Bandung hari tu:

11.11.12  - bertolak ke Bandung jam 4.30 ptg... sampai malam > check-in  hotel > makan kat foodcourt yg satu bangunan dgn hotel (mkn aym penyet hehehe)

12.11.12 -
 pagi :TransStudio (taman tema indoor mcm kat Berjaya TimeSquare tapi lagi2 besar ...best giler!!!)
ptg : sbb lama sgt kat dlm transtudio tu..petang baru keluar...dlm jam 3 ptg. kami ke factory outlets dan RUMAH Mode  * shopping time =)
mlm : balik hotel... makan kat food court shopping complex hotel lagi...kali ni ada band buat persembahan live

13.11.12 -
ke Pasar Baru (shopping lagi ... kali ni mmg abis sunggoh2 sbb beli ole2 utk makcik2 pakcik2 adik beradik, kawan2 dsbgnya)

14.11.12 - Tangkuban Perahu...tgk kawah gunung berapi... seronok tapi masa  ni aku dengan kawan aku tgh cirit-birit... dikhuatiri sbb air kurang bersih di sana...so better korang minum air dalam tin/ botol jer...
so kami balik awal ke hotel... dan rehat sahaja serta bergilir2 pergi toilet... nasib baik semua ole2 dah beli.

15.11.12 - seawal 8.30 pagi kami naik flight pulang ke KL.... last sekali sebelum korang balik korang kene bayar airport tax sebanyak 75,000 rupiah setiap orang....

Sekian, itu sahaja.... aku rasa kena datang lagi kat sini hehehe =) nak cari baju kahwin ker.. baju tunang ker...hekhekhek


Tren trip : LRT


Salam semua....

     entri lewat malam sambil tunggu loading PBS.... biasalah cikgu2 sekarang ni semua benda masuk online hehehe....dan aku pulak suka buat kerja last minute. Aper pun... ni gambar masa aku kat KL... masa naik LRT ni teringat zaman aku belajar kat U dulu ... ni lah transport aku kalau nak ke rumah makcik aku dan juga pergi KLsentral nak naik keretapi KTMB balik kampung time cuti semester. hehehe... dulu pakai kad kertas jer utk tiket...sekarang dah pakai token ala2 syiling gitu... sistem dah berubah... =)



Monday, November 19, 2012

Tangkuban Perahu, Bandung


Salam semua!!! Wah dah lama kan aku tak update blog ni. Maklumlah... keinginan nak update blog semakin lama semakin pudar... banyak sangat benda yang membuatkan aku sibuk dan terpaksa mengabaikan blog ini. hahaha... tapi kali ni aku update yang internasional sikit hahaha....

Akhirnya, setelah menimbang semua perkara.... akhirnya aku buat keputusan untuk tengok negara orang pula. Ini kali pertama aku guna BUKU MERAH you!!! huhuhu... selalunya guna BUKU BIRU jer utk masuk Sarawak. Ohw...dan buku Biru aku tuh dah nak tamat tempoh Disember ini... maksudnya dah 5 tahun lah aku berbakti kat bumi Sarawak... aku tak renew lagi buku Biru tu sbb aku nak guna Buku Merah lah pulak.
         Buku Biru = Pas Perjalanan Terhad (utk org semenanjung yg kerja kat Sbh/Swak)
         Buku Merah = Pasport Antarabangsa (utk korang pergi melawat negara orang)

Dengan tambang murah AirAsia, aku dengan member aku berjaya lah jugak guna Buku Merah ni. Destinasi kami adalah ke Bandung,Indonesia (tmpat bershopping rakyat M'sia). Tapi aku bukan nak bagitau tmpat shopping... aku nak bagitau pasal Tangkuban Perahu yang mempunyai kawah gunung berapi

 Tiket masuk utk park kenderaan adalah 15,000 rupiah. Lepas tu tiket masuk individu pulak harganya 50,000 rupiah. Sampai kat atas, jangan lupa bagi tips utk orang yang tolong kita park kereta pulak ( kat sini budaya bagi tips sangatlah meluas, aku yg tak biasa bagi tips ni rasa kekok jugak lah sbb xtau cara kan... persoalan yg selalu difikiran aku ..erm nak bagi berapa ni? lepas tu duk pening nak convert duit rupiah jadi ringgit hahaha)

Gambar-gambar ni semua adalah Kawah Batu... yang ada mengeluarkan asap yang ada sulfur. So kalau korang sampai kat sini, jangan pelik kalau ada bau sulfur yang agak kuat dan menusuk ke hidung. Ada juga sesetengah pelancong pakai mask.

  Inilah model kawah2 yang ada kat sini...Ada kawah2 yang pengunjungnya boleh jungle tracking skit utk korang pergi rebus telur atau rendam kaki dalam lumpur... tapi time kami sampai semua tak dapat pergi sbb hari hujan. dan semestinya korang kene bayar upah guide utk ke sana. =)


Aku terpaksa mengecewakan penjual cenderahati yang mengekori aku setibanya di sini. Penjual itu siap tolong ambil gambar aku dengan kawan aku lagi sbb kami berdua ajer... aku  nak bagi tips sbb tolong ambil gambar tapi dia cakap dia tak boleh ambil tips... dia boleh jual barang sahaja. Aku doakan semoga ramailah pelanggan dia selepas kami tu... bukan apa...masa kami pergi Tangkuban Perahu tu, hari terakhir kami di sana dan duit rupiah kami agak terhad hahahaha. sbb dah banyak habis kat shopping ...

Kesimpulannya... kalau datang Bandung, jangan lepaskan peluang anda untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini. Setiap yang buruk itu, ada baiknya....