Monday, November 19, 2012

Tangkuban Perahu, Bandung


Salam semua!!! Wah dah lama kan aku tak update blog ni. Maklumlah... keinginan nak update blog semakin lama semakin pudar... banyak sangat benda yang membuatkan aku sibuk dan terpaksa mengabaikan blog ini. hahaha... tapi kali ni aku update yang internasional sikit hahaha....

Akhirnya, setelah menimbang semua perkara.... akhirnya aku buat keputusan untuk tengok negara orang pula. Ini kali pertama aku guna BUKU MERAH you!!! huhuhu... selalunya guna BUKU BIRU jer utk masuk Sarawak. Ohw...dan buku Biru aku tuh dah nak tamat tempoh Disember ini... maksudnya dah 5 tahun lah aku berbakti kat bumi Sarawak... aku tak renew lagi buku Biru tu sbb aku nak guna Buku Merah lah pulak.
         Buku Biru = Pas Perjalanan Terhad (utk org semenanjung yg kerja kat Sbh/Swak)
         Buku Merah = Pasport Antarabangsa (utk korang pergi melawat negara orang)

Dengan tambang murah AirAsia, aku dengan member aku berjaya lah jugak guna Buku Merah ni. Destinasi kami adalah ke Bandung,Indonesia (tmpat bershopping rakyat M'sia). Tapi aku bukan nak bagitau tmpat shopping... aku nak bagitau pasal Tangkuban Perahu yang mempunyai kawah gunung berapi

 Tiket masuk utk park kenderaan adalah 15,000 rupiah. Lepas tu tiket masuk individu pulak harganya 50,000 rupiah. Sampai kat atas, jangan lupa bagi tips utk orang yang tolong kita park kereta pulak ( kat sini budaya bagi tips sangatlah meluas, aku yg tak biasa bagi tips ni rasa kekok jugak lah sbb xtau cara kan... persoalan yg selalu difikiran aku ..erm nak bagi berapa ni? lepas tu duk pening nak convert duit rupiah jadi ringgit hahaha)

Gambar-gambar ni semua adalah Kawah Batu... yang ada mengeluarkan asap yang ada sulfur. So kalau korang sampai kat sini, jangan pelik kalau ada bau sulfur yang agak kuat dan menusuk ke hidung. Ada juga sesetengah pelancong pakai mask.

  Inilah model kawah2 yang ada kat sini...Ada kawah2 yang pengunjungnya boleh jungle tracking skit utk korang pergi rebus telur atau rendam kaki dalam lumpur... tapi time kami sampai semua tak dapat pergi sbb hari hujan. dan semestinya korang kene bayar upah guide utk ke sana. =)


Aku terpaksa mengecewakan penjual cenderahati yang mengekori aku setibanya di sini. Penjual itu siap tolong ambil gambar aku dengan kawan aku lagi sbb kami berdua ajer... aku  nak bagi tips sbb tolong ambil gambar tapi dia cakap dia tak boleh ambil tips... dia boleh jual barang sahaja. Aku doakan semoga ramailah pelanggan dia selepas kami tu... bukan apa...masa kami pergi Tangkuban Perahu tu, hari terakhir kami di sana dan duit rupiah kami agak terhad hahahaha. sbb dah banyak habis kat shopping ...

Kesimpulannya... kalau datang Bandung, jangan lepaskan peluang anda untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini. Setiap yang buruk itu, ada baiknya....

2 comments:

Nurr Kasih said...

Wah bestnya rupanya ke Bandung ye adrenalina? International gitu. Bestkan dapat jalan2 ke negara org.

In Shaa Allah nti ada kesempatan pun nak gi Bandung la..org kata best shopping ye.

adrenalina said...

seronok...tapi kalau nur ke sana nanti kena budget betul2... biasalah perempuan kalau dah tgk tempat shopping hehehe. Ada juga tempat lain utk berwisata(melancong sambil belajar)