Monday, January 31, 2011
ku siram air...
Monday, January 24, 2011
Rajang Esplanade, Sibu, Sarawak
Hujung minggu memang hujung2 yg dinantikan...kalau xder kerja mmg boleh pergi berjalan2 melihat alam. Kalau sibuk..bermaksud anda akan berada di rumah sambil menyiapkan kerja2 yang sepatutnya disiapkan.
Jika anda berada di Sibu bolehlah petang2 berjogging kat Rajang Esplanade...
mcm kat waterfront Kuching jugak..tapi kat sini lebih kepada tempat untuk beriadah dan kadang2 jika ada perayaan atau sambutan tertentu ada dilakukan di sini...Rajang Esplanade ni bertentangan dengan Wisma Sanyan (tempat shopping .. huhuhu).
Anda akan disambut oleh pintu gerbang kat tengah2 bandar Sibu...and first time drive kereta kat sini..aku rasa pening2 kepala pulak sbb banyak sgt traffic light n divider...konpius2...
Suka pokok2 kat sini...masa tgh tgkap2 gambar tibe2 angin bertiup kencang...daun2 gugur mcm salji..cuma nak capture tapi xsempat..hahaha....
Sebenarnya nak ambil gambar scene jer...tapi xperasan biler masa pulak ada orang ni yg berlari2...heheh..tapi mcm menarik pulak sbb ada orang berlari...
Jika anda berada di Sibu bolehlah petang2 berjogging kat Rajang Esplanade...
mcm kat waterfront Kuching jugak..tapi kat sini lebih kepada tempat untuk beriadah dan kadang2 jika ada perayaan atau sambutan tertentu ada dilakukan di sini...Rajang Esplanade ni bertentangan dengan Wisma Sanyan (tempat shopping .. huhuhu).
Anda akan disambut oleh pintu gerbang kat tengah2 bandar Sibu...and first time drive kereta kat sini..aku rasa pening2 kepala pulak sbb banyak sgt traffic light n divider...konpius2...
Suka pokok2 kat sini...masa tgh tgkap2 gambar tibe2 angin bertiup kencang...daun2 gugur mcm salji..cuma nak capture tapi xsempat..hahaha....
Sebenarnya nak ambil gambar scene jer...tapi xperasan biler masa pulak ada orang ni yg berlari2...heheh..tapi mcm menarik pulak sbb ada orang berlari...
Friday, January 21, 2011
field-trip...
Ni memang lah field-trip...sbb lokasi lawatannya adalah padang sekolah ... Minggu ni suruh pelajar2 mengkaji kepadatan Mimosa pudica kat padang sekolah...nanti hasil kajian boleh lah dikemukan kat pengetua sekolah supaya mencantikkan lagi padang sekolah untuk bermain bola sepak!
Monday, January 17, 2011
NASI AYAM
Malam semua...
dah makan malam ke belum?? hehehe...kali ni aku nak upload gambar NASI AYAM ... hasil nukilan housemate aku pada ujung minggu yg lepas... mmg aku giler sikit makan nasi ayam...sbb nasi ayam ni mmg senang nak buat tapi susah nak cari yang betul2 sedap...tapi itu semua ikut selera masing2.
Sunday, January 16, 2011
Rupanya lepas ujan, matahari muncul bersinar.
Petang itu hujan....
aku ingatkan aku tidak akan bertemu dengannya... tapi dalam perjalanan aku bertemu dengannya juga.
Kerana bila hari hujan, tak semestinya kita tidak akan berjumpa dengan mentari lagi.
...
Itu set induksi jer..huahuahua. petang tadi aku sempat mengajak member2 aku untuk pergi menjelajah Gerigat... Gerigat adalah satu perkampungan yang berada di muara sungai di daerah Kabong, Sarawak. Kebanyakan penduduk di sini menjadi nelayan...kat sini ada juga tempat memproses obor2.
obor2 yang terjatuh kot...tertinggal kat atas kayu jeti |
Dalam perjalanan pulang...sempat menangkap beberapa gambar sunset...hohoho...suka2x. Walaupun masa tangkap gambar ni aku jadi blur kejap nak guna mode aper...last2 guna yg auto lah sbb aku sebenarnya berhenti kat tengah jalan ..huhu
Dlm Hati Ada Taman
Morning!!!
Opss..apasal jiwang pulak pepagi ni? Entri tajuk ni takder kene mengena dgn perasaan aku skarang..cuma mungkin rasa gembira bila bangun pagi tengok bunga yang ku tanam kat depan rumah sewa aku mekar membunga dan ada pulak kumbang2 mencari makan kat situ..hehehe... walaupun tempat yang aku tanam bunga itu hanyalah tanah sekangkang kera jer..tapi xperlah..janji ada bunga.huhuhu....abaikan rumput2 yg tumbuh kat tepi2 sebab aku tak sempat lagi nak bersihkan.
Taman ni "in progress" lagi.... nanti kalau dah cantik sikit aku upload lagi ek...
Friday, January 14, 2011
Hujan Rahmat...
Minggu ini memang seronok pergi kerja... hari2 hujan. Bila hari hujan... suhunya yg sejuk2 dan nyaman membuatkan aku bersemangat untuk bekerja...tapi nak bangun pagi tu macam susah sikit lah... hahaha... Sejak akhir2 ini...cuba tangkap gambar guna mode Manual...fuhhh...banyak yg nak kene diasah lagi ni...harap2 ada yang sudi memberi komen dan tips serta nasihat!
Sang Badak terasa hambar,
Kerana kalah kepada si Ikan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ish..try berpantun pulak kuikuikui...mmg dulu cikgu aku sangat...sangat ...tidak suka karya aku.Katanya macam batu...hahahaha...
Gambar aku terpaksa edit jadi mcm ni guna Photoscape...sbb overexposed huahuahua....
then 2nd try jadik lah gambar kat bawah nih
Device: Nikon D5000 Lens: VR 18-55mm F/3.5-5.6G
Focal Length: 34mm , Aperture: F/13 , Shutter Speed: 1/30s , ISO 200
Device: Nikon D5000 , Lens: VR 18-55mm F/3.5-5.6G
Focal Length: 55mm , Aperture: F/10 , Shutter Speed: 1/10s , ISO 200
Nak bagitau...ari tu mmg hujan. Dalam kereta walaupun hujan turun tapi tetap pasang aircond kuat2..ish2
Focal Length: 55mm , Aperture: F/14, Shutter Speed: 1/13s , ISO 200
Gambar last ni sebenarnya nak try tembak satu pemandangan yang tiap2 hari aku lalu kat situ untuk pergi kerja...tapi sbb kat sini dekat selekoh yang agak bahaya utk berhenti...as usual aku suruh kawan aku drive..aku menembak dari dalam keta...hasil nya mcm ni lor sbb aku xpandai nak setting...huhuhu...tapi mcm cantik pulak blur2 cam nih.ni sepatutnya pemandangan sawah yg ada rumah buruk kat tepinya..blakang ada hutan sikit...nanti nak try lagi tapi aku nak keluar dari kereta dan tembak!hehe
Wednesday, January 12, 2011
Sunday, January 9, 2011
bermulanya dari kamera handphone
Kali ini aku ingin bercerita pula tentang asal-usul minat aku dalam bidang “tangkap-menangkap” ni. Oppss...aku bukannya seorang polis...hehehe. Mmg minat mengambil gambar dan bergambar ni muncul sejak aku kecil lagi. Berkat asuhan bapak aku yg dulu aku rasa mcm ada kamera yang after kita snap mesti pusingkan something???... gambar yg paling aku xboleh lupakan dan aku masih ingat lagi biler bapak aku suruh posing tepi batu kat pantai yang berbatu....dan dia tgkap gmbar aku sambil ada percikan air ombak lagi.hahaha...oppss...xleh upload lah gambar tuh..wpun time tuh aku masih kanak2 lagi tapi pakai bikini wooo...hahahaha.lucu2x...
Then...aku membesar..menjadi anak yg solehah...erm hehehe (guna ayat poyo ye) ... dulu masa dpt the 1st handphone kan mana ada kamera...then tibe2 dunia teknologi jadi canggih sgt...siap dgn handphone yg ada kamera lagi...dari yg 1.5 mgpixel sampailah dpt yg 5.0 megapixel. Masa ni mmg aku dah giler amik gambar...mcm2 stail ader...n biasalah kawan2 aku lah jadi mangsa...jadi model kpd jurugambar yg xterlatih nih...aku pulak...walaupun kat tangan aku kamera handphone jer...tapi gaya aku mcm jurugambar pro pulak...tertonggeng sana..tertonggeng sini ..konon cari sudut yg berseni lah hahah....sambil snap gambar dlm hatiku menyimpan angan2 nak beli dslr...fuh xnak tuh pakai compact camera digital..(ayat poyo lagi)....
Ini adalah beberapa gambar yg aku rasa menarik ...aku guna kamera handphone aku....dlm handphone tuh dah ada beratus2 keping gambar yang mana satu pun aku x cuci kat kedai gambar. Sekarang...bertambah lagi beribu2 keping gambar yg ada dlm laptop semenjak menjadi pengguna dslr...dan still habit yg lama...xpernah lagi pergi kedai gambar nak cuci...Insya-Allah ..suatu hari nanti..kedai gambar itu akan ku pergi jua...
Ini adalah beberapa keping yg aku tangkap gambar guna handphone...huhuhu...mmg berjasa penuh lah handphone tu.
anything can be the subject |
perasan tak pakcik kat belakang tuh...masa aku snap gambar nih aku dh simpan angan2 nak beli dslr |
kat mana2 suka bergambar... |
paling suka snap gambar dari dlm kereta |
dan mengedit... |
like this picture very much sbb ada cerita..itu yg aku rasa |
jasamu dikenang... =) |
Subscribe to:
Posts (Atom)