Sunday, June 26, 2011

Ke Mana Kita?





     Sudah agak lama aku rasa tidak memegang kamera dan menangkap apa sahaja yg menarik di depan mata...dan semalam aku berkesempatan menangkap beberapa keping gambar sewaktu perjalananku menghantar kawanku balik ke kampung halamannya. Kawan sebelah aku dengan penuh fokus memandu...aku pula dengan penuh fokus menikmati pemandangan dan menangkap apa shj yang aku rasakan menarik! Lokasi jalan2 ini adalah diantara Nyabor  ke simpang Roban, Sarawak. Biasanya jalan-jalan di Sarawak adalah jalan yang lurus dan simpang nya sikit sahaja...kat kawasan ni kiri kanan samaada hutan, rumah-rumah panjang, rumah burung walit (yg agk besar,gmbar akhir sekali adalah gmbar rumah burung~~), sawah padi, ladang kelapa sawit dan bukit-bukit. Tapi disebabkan jalan ni menuju ke Kabong (kawasan tepi laut) maka kat sini biasanya tanah landai jer...

Tuesday, June 21, 2011

Penanda Buku Utk Semua



Hari Isnin yang lepas di waktu perhimpunan pagi sekolah, telah dirasmikan Hari Koperasi Sekolah utk tahun ini yang bertemakan SATU untuk SemuA, SeMua unTuk SaTu...
Setiap pelajar dan guru telah mendapat Penanda Buku ini sebagai tanda penghargaan kepada penyokong2 koperasi sekolah....
Aku sebagai salah seorang guru koperasi turut sama2 menyibukkan diri mengambil gambar pada hari tersebut untuk didokumentasikan...pertama kali aku jadi officially photographer utk event sekolah hehehehe...dan masih byk lagi kelemahan aku dlm bab2 mengambil gambar semasa kejadian!! sbbnya aku ni sebenarnya seorang yg agak pemalu...tapi demi tugas! aku gagahkan kaki juga hahahah walaupun lutut aku sebelah kiri sakit sbb terjatuh tangga....(kat tgga skolah pulak tu!malu!!! tapi rasanya xder saper kot yg tgk huahuahua) 

Monday, June 20, 2011

HaTi BeRbunga mERah


Sometimes it seems not far away, but the reality is very far away.
But when it seems is just near us, then it goes far away.




The photographer shoots the brides while I'm shoots the photographer hahahah... 



THis pIcture was taken during my ex-classmate wedding day!!!...
Her themes for her big day is gReen + rEd!!  
.
.
.
.
.
.


............

TeRIMa KAsEH ...
KpD SEmUa juRugAmbaR perkahwinan kerana merealisasikan impian pasangan yg baru berkahwin utk merakamkan kenangan terindah mereka!


Teruskan berkarya dgn lebih kreatif lagi!!

Thursday, June 16, 2011

PoLaRoid... the instant camera!


Cuti yang lepas, sempat aku menolong kawan aku dalam kenduri kahwinnya. Aku dan beberapa kawan aku ditugaskan untuk menjaga meja guestbook.... memang kreatif sekali untuk mengdokumenkan tetamu-tetamu yang bertandang memeriahkan dan meraikan pasangan raja sehari. Kawan-kawan si pengantin yang hadir berpeluang menulis ucapan tahniah dan nasihat kepada pengantin dan bersama2 dengan ucapan tahniah dilekatkan sekali dengan gambar Poloroid mereka... mmg seronok sekali kerana semua tetamu yg dijemput utk menulis guestbook ni agak sporting dan sangat teruja apb kami menangkap gmbar mereka. Dan aku berkesempatan mencuba kamera polaroid ini hehehe

~ini entri ke-100~

Wednesday, June 15, 2011

BBQ TiMe


Gambar ini ditangkap menggunakan mode "A" ~ aperture....sewaktu kami dengan penuh tekunnya cuba menghidupkan bara api utk BBQ ayam!

Tahukah anda ada majalah untuk fotografi dalam Bahasa Melayu yang bertajuk APERTURE?

Monday, June 13, 2011

Mata untuk Melihat, Akal untuk Berfikir



Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 210)

Saturday, June 11, 2011

Lokasi Baru Melancong di Kota Bharu, Kelantan






Inilah dia tempat yg lama tapi telah diupgradekan....skarang dah jadi macam ala2 waterfront gitu. Seronok jugak jika bersantai petang2 kat sini bersama dengan keluarga. Masa aku pergi ni pun dah ramai pelancong yang berkunjung ke sini wpun Menara Tinjau Tambatan D'Raja KB ni belum siap sepenuhnya...dan aku lihat ada jugak photographer lain yg tengah kusyuk mengambil gambar ke sini...kerdil sikit rasa diriku sbb tgk photographer yg lain tu semua pakai lens yg panjang2 hahahah

Thursday, June 9, 2011

Sini Cerah Sana Gelap



Nampak tak...langit sebelah kanan agak gelap... tapi langit belah sini cerah lagi... kejap lagi hujan turunlah.
Sebenarnya ni aku tangkap masa kat atas jambatan kat Tendong. Dengan pantas memberhentikan kereta di bahu jalan dan terus snap!



Matahari yg ceRah bertemankan aWan yg puTeH

Tengah hari tadi sempat lagi memenuhi hajat untuk minum air bandung berendamkan biji selasih..huhuhu. Air bandung yang paling sedap!!! Dan makan nasi kat kedai Cikgu Nasi Ulam kat Kampung Kraftangan Kota Bharu Kelantan... ini kali ke-2 aku berkunjung ke tempat ini. Aku dengan member kononnya taknak pergi lunch hour sbb takut ramai sgt orang. Oleh itu, kami pun membuat keputusan pergi ke sana selepas sembahyang Zuhor...sampai kat kedai makan tu lebih kurang jam 2.30 petang. Namun, kedai makan ni masih lagi sibuk dan ramai orang mcm lunch hour jugak huhuhu.... sampai aku kene tunggu pinggan kene basuh. Kedai ni mengamalkan konsep "layan diri" ... korang ambik lah pinggan sendiri...ambik lauk-pauk sendiri... (nasib baik kedai ni tak suruh "PeTik ULam " sendiri hahaha...erm idea menarik tuh... konpem fresh2 jer ulam tu ...

apa yg kami makan :
    1. AIR BANDUNG BIJI SELASIH
    2. nasi putih 2 pinggan
    3. ulam-ulaman ( pegaga, ulam raja, salad, paku-pakis .... yg lain erm xreti makan)
    4. satu ekor ikan keli goreng yg besar+digoreng dgn ranggup (umphhh sodap)
    5. satu ketul ayam (aku rasa ayam yg dibelah 4 kot)
    6. satu pinggan kuah asam pedas lemak + 1 ketul ikan keli (lagi)
   7. (YG PALING PENTING!!) 1 pinggan pakej budu yg sedap (budu + tempoyak durian + 3 biji cili padi + beberapa hirisan bawang besar + 1/2 potong limau nipis + sambal)

     DAN SEMUANYA BERHARGA RM18 RINGGIT...so bila bahagi dua (sbb aku pergi berdua jer) sorang cuma bayar RM8 huhuhu...berbaloi2... =)

dan hari ini dirasakan
           MATAHARI BEGITU CERAH....
                               DAN AWAN PUN BEGITU CANTIK!!!
mampukah matahari berlindung disebalik awan???




erm...gambar ulaman tu aku xsempat nak tangkap hahaha...tp utk tidak menghampakan korang...aku letak gmbar yg 1st time aku makan dulu2 hehehe



 kalau nk tahu lagi pasal tempat makan ni...dan andai kata korang datang Kelate...jom lah singgah!
sila klik kalau nk tahu lebih lanjut!

Tuesday, June 7, 2011

Bila kita asyik fikir negatif

Ada orang yang akan sentiasa berfikiran positif... ada juga orang yang sentiasa berfikiran negatif. Aku? Dan percayalah... sesuatu perkara yang sama yang berlaku kepada dua individu yang berbeza akan mendapat reaksi yang berbeza mengikut kepada fikiran individu tersebut. Aku ingin mencari sebab... kenapa begitu ceritanya... dan apa cerita sebenarnya... erm ... jumpa tak kalau cari dalam suratkhabar???
Posted by Picasa

Thursday, June 2, 2011

watching golden sunshine @ Golden Sand (my home)




Lokasi : depan rumah je...sejak akhir2 ni dah jarang klik2 sbb asyik terperap kat rumah jer huhuhu
Waktu : 7.15- 7.20 am Hari ini!!! (02.05.2011)

Wednesday, June 1, 2011

Pameran Sains part1


Lokasi : Makmal Sains sekolah ku


Sumber rokok : hasil rampasan cikgu disiplin


Tujuan eksperimen : 
nak tunjukkan bahawasanya asap rokok yang disedut itu memang membahayakan paru2 manusia...buktinya....cuba lihat gambar dibawah... kapas yang warna asalnya putih terus bertukar menjadi warna keperangan... cuba fikir apakah warna paru2 seorang perokok???


Love Your Lungs....
Katakan YA utk Tidak MeRokOk