Tengah hari tadi sempat lagi memenuhi hajat untuk minum air bandung berendamkan biji selasih..huhuhu. Air bandung yang paling sedap!!! Dan makan nasi kat kedai Cikgu Nasi Ulam kat Kampung Kraftangan Kota Bharu Kelantan... ini kali ke-2 aku berkunjung ke tempat ini. Aku dengan member kononnya taknak pergi lunch hour sbb takut ramai sgt orang. Oleh itu, kami pun membuat keputusan pergi ke sana selepas sembahyang Zuhor...sampai kat kedai makan tu lebih kurang jam 2.30 petang. Namun, kedai makan ni masih lagi sibuk dan ramai orang mcm lunch hour jugak huhuhu.... sampai aku kene tunggu pinggan kene basuh. Kedai ni mengamalkan konsep "layan diri" ... korang ambik lah pinggan sendiri...ambik lauk-pauk sendiri... (nasib baik kedai ni tak suruh "PeTik ULam " sendiri hahaha...erm idea menarik tuh... konpem fresh2 jer ulam tu ...
apa yg kami makan :
1. AIR BANDUNG BIJI SELASIH
2. nasi putih 2 pinggan
3. ulam-ulaman ( pegaga, ulam raja, salad, paku-pakis .... yg lain erm xreti makan)
4. satu ekor ikan keli goreng yg besar+digoreng dgn ranggup (umphhh sodap)
5. satu ketul ayam (aku rasa ayam yg dibelah 4 kot)
6. satu pinggan kuah asam pedas lemak + 1 ketul ikan keli (lagi)
7. (YG PALING PENTING!!) 1 pinggan pakej budu yg sedap (budu + tempoyak durian + 3 biji cili padi + beberapa hirisan bawang besar + 1/2 potong limau nipis + sambal)
DAN SEMUANYA BERHARGA RM18 RINGGIT...so bila bahagi dua (sbb aku pergi berdua jer) sorang cuma bayar RM8 huhuhu...berbaloi2... =)
dan hari ini dirasakan
MATAHARI BEGITU CERAH....
DAN AWAN PUN BEGITU CANTIK!!!
mampukah matahari berlindung disebalik awan???
erm...gambar ulaman tu aku xsempat nak tangkap hahaha...tp utk tidak menghampakan korang...aku letak gmbar yg 1st time aku makan dulu2 hehehe
kalau nk tahu lagi pasal tempat makan ni...dan andai kata korang datang Kelate...jom lah singgah!
sila klik kalau nk tahu lebih lanjut!
1 comment:
subhanallah..cantik sgt awan tu. awan sisik :D
Post a Comment