Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!!


Kepada semua member2 blogger yg sering mengunjungi blog aku yang biasa2 ini ...heheheh.. 
Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir & Batin... =)
Nikmatilah kemenangan kita setelah sebulan berpuasa dan ambillah kesempatan
ini untuk mengeratkan tali silaturahim antara keluarga dan teman2...

p/s : kalau nak tahu yg baju biru tersengih lebar tu...itulah tuan blog nyer hahaha
Gambar ini diambil pd raya pertama aku dipostingkan di Sarawak...
bersama dgn geng2 sekerja 
Dah 3 tahun 8 bulan dah aku disana ye...

Sunday, August 28, 2011

Busana Muslim (Program Ihya Ramadhan skolah)



Ini antara cubaan ku meng'edit' menggunakan PICASA pulak..sajer jer..asyik guna PHotoScApe ajer... pHotoshOp ader jugak tapi complicated sikit...ada lagi software yg lain tapi bila asyik phOtosCape ajer...mmg suSaH siKit naK cuBa yaNg baru ni...

Ini adalah gambar semasa pertandingan Busana Muslim diadakan di sekolah untuk Program Ihya Ramadhan... memang kreatif jugaklah budak2 lelaki ni... malam sebelumnya Busana Muslimah .. fuhh..kalah cikgu! Apa-pun bakat2 kekreatifan murid2 ni memang hebat. Memberi inspirasi kepada cikgu2nya hehehe. Pemenangnya adalah yang memakai baju biru +putih (gambar yang paling kanan bawah)... jubah putih tu diaorg jahit sendiri tuh...huhuhu. Selain daripada busananya, mereka turut diuji dari kefasihan menjawab soalan2 spontan daripada juri yg arif..seronok dengar dan tengok muka mereka yang bermacam2 ekspresi itu..ada yg penuh keyakinan dan ada juga yg penuh dgn kecuakkan...hahaha..apepun...cikgu tukang senyum je lah ek

Tema busana mereka adalah : "Keindahan alam semulajadi berlantaikan laut biru yang tenang" erm kalau xsilap lah..dh lupa lah pulak....

Balik Kampung Beraya!


Kali ini aku balik beraya tumpang kereta kakak kawan aku... perjalanan yang agak jauh dan penat (sbb xleh minum +makan dlm kereta) hahaha.. Jauh tu bukan sbb apa...sbb dari KL - Kelate kami guna jalan melalui Terengganu...nak elakkan jammed...Memang perjalanan kami agak lancar walaupun kereta tidak putus2...sekurang2nya dapat bergerak 90km/h hahaha...(utk jalan yg lurus ek, jalan bengkok2 xdpt lorh). Tengoklah gambar kat atas ni...nampak tak signboard KB kat sebelah kiri tu???cuba teka gambar ni kat mana? Ada klu dlm gambar...

Dan gambar kedua pula...apasal lah aku nak letak jugak gambar yg masjid yg terhalang oleh pagar jambatan tu??sbb aku nak bagi tau korang aku xpernah lagi melawat kat Masjid Terapung...Masjid Kristal ni lagi. Ada dalam perancangan nak pergi tangkap gambar puas2 kat sini tapi xberkesempatan....Insya Allah suatu hari nanti jika umur masih panjang dan diizinkan Allah...

Dalam perjalanan sempat juga singgah kat Mesra Mall kat Kemaman...sempatlah juga beli kasut raya.HAHAHAHA... =)

Dari KL bertolak lebih kurang jam 7.30 am. 
Sampai kat KB (rumah kawan) utk buka puasa dulu jam 7.27 pm 
Sampai kat Pasir Mas (rumahku syurgaku hehehe) jam 9.00 pm

....

PeNaT & bErsYukUr & gUmBiRa

Friday, August 19, 2011

IFTAR JAMA'E ~mAJLiS bERbuKa Pose b'Ramai2~




Semalam telah berlangsungnya majlis berbuka puasa beramai-ramey! kat  sekolah...IFTAR JAMA'E .. 
siap ada tema warna baju lagi utk para ustaz-ustazah dan cikgu-cikginya (warna hijau tu hehehe)... 
Majlis semalam bertambah meriah lagi dengan kedatangan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Sarawak yang baru. Beliau telah memberi ucapan yang pada pendapat aku berjaya memotivasikan aku sebagai pendidik yang jauh merantau ni.. 
Aku suka kata2nya yang mengatakan tak kiralah kita berada dibumi mana pun...
 walaupun itu bukan tempat kelahiran kita...
hendaklah kita mendidik dengan seikhlasnya 
dan anggaplah tempat jatuh kita itu tempat kelahiran kita sendiri.

Hari semalam aku bersyukur sbb dpt makan free hehehe
juadah yg ringkas namun sedap terasa di lidah

Wednesday, August 17, 2011

Buka Puasa Makan Apa?


Salah satu aktiviti yang menyenangkan hati... memasak~~~ hehehe...
hati bertambah gembira lagi jika juadah itu habis dimakan ...



Inilah salah satu makanan feveret aku... Ikan Goreng 3 Rasa...erm tapi aku rasa kene tukar tajuk juadah ni kpd IKAN GORENG MCM2 RASA hahaha...sbb segala sos dan bawang aku letak...hahaha. termasuklah serai sbg pembangkit rasa! Gambar kat bawah pula adalah sejenis kuih yang diberi nama Kuih @ Bubur Qasidah...sangat sedap dan cara buat pun senang jer (tapi aku xpernah cuba lagi hehehe)... kuih ni diperkenalkan oleh kawanku yang berasal dari negeri Kedah. Bahan2nya cuma tepung gandum, air, garam, gula, bawang goreng utk ditabur atas. Cuma nak buat ni kene kacau atas dapur sentiasa sampailah dia jadi mengeras dan tak melekat kat periuk...


Selamat Berbuka Puasa~ !!!
=)

Monday, August 15, 2011

TUGU PAHLAWAN di Kuching, Sarawak


Kalau nak tau..taman ni memang berdekatan dengan muzium...belakang muzium tu pulak adalah Merdeka Palace Hotel (5 bintang tuh...sempat merasa tinggal kat sini pun sbb pergi kursus hehehe). Depan taman ni adalah jalan raya yang agak sibuk jugaklah sbb menghubungkan antara waterfront dengan Satok...erm dah banyak kali dah lalu kat taman ni...tapi bulan lepas baru sempat menyinggah...konon ala2 pelancong baru sampai ke Bandar Kuching lah... ape lagi..maka aku dengan rasa puas hatinya dan sambil2 menghilangkan stress...tangkap gmbar banyak2x...


Kalau dari jauh...tugu pahlawan tu nampak macam  ni ler...



Ni pulak kalau tengok dari jalan raya .... (dari view yg jauh lagi)




Ini lah dia Tugu Pahlawan Sarawak.... ada gambar2 pahlawan seperti Rentap, Rosly Doby dan erm...aku ni agak buta sejarah sikit sebenarnya...huhuhu (ish xpatutkan..dah ler skarang ni bulan kemerdekaan)




Dua gambar terakhir pulak adalah pemandangan disekitarnya... 
memang mendamaikan tapi ada sedikit seram...


Sunday, August 14, 2011

13 Ramadhan 1432H


Hari ini hari yang ke-13 berpuasa. Memang cepat masa berlalu ditambah lagi dengan kesibukan di tempat bekerja. Apa yang menarik berbuka puasa di Sarawak ini adalah waktu berbuka puasanya adalah lebih awal daripada tempat kampung aku hehehe... hari ini... 6.48 pm dah bukak puasa. Selalunya bila telefon rumah... adik2 kat rumah mesti dengki sbb kakaknya berbuka puasa awal hehehe...tapi yg xbestnya..kenelah bangun sahur awal ye..huhuhu. 5.08 am dah masuk waktu imsak. Makna nya jam 4 pagi dah kene bangun nak panaskan lauk2 utk sahur. Apepun...mood sekarang ni...xsabar nak balik kampung! Kalau tetiba terdengar lagu raya especially tajuk Di Perantauan tu huhuhu...mmg boleh je tetiba berlinang air mata hahaha... k SELAMAT BERBUKA PUASA!!!

Tuesday, August 2, 2011

Sahur Pertama Bulan Ramadhan Ini




Aku dedikasikan entri kali ini untuk menghargai kawan-kawan aku yang telah bersusah-payah membuat surprise utk aku semasa aku menyambut hari lahir ku yang ke-27. Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku menyambut hari lahir pada waktu sahur pada 1 Ramadhan ... dalam keadaan yang agak mengantuk kami makan kek hari lahir yg sgtlah sedap...terima kasih buat kawan2 aku... Yayan & Aida & Minda & Izan

hari itu...aku berpuasa dgn senang dan tidak terasa sgt puasanya mungkin sbb hati gembira ... tenghahari itu juga kami terus pulang ke tempat kerja untuk meneruskan perjuangan! 

Selamat Berpuasa Semua... 
Kali ini aku berazam untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan berubah ke arah yang lebih baik lagi.