Saturday, April 23, 2011

waterfront Kuching di waktu malam

Kalau singgah ke Kuching tak sah kalau tak pergi waterfront Kuching. Setiap masa meriah... siang hari meriah dan malam hari lagi meriah. Tambahan lagi sekarang dia dah menambahbaikkan waterfront....pemandangan yang selalu orang jadikan background dalam gambar mereka adalah bangunan DUN yang baru yang megah sekali mencantikkan pemandangan di waterfront dan bangunan ASTANA...
  
Aku pun tidak ketinggalan nak merakamkan pemandangan yang menarik ini...tapi aku pilih pada waktu malam...sbb malam penuh dengan cahaya lampu yang  menarik. tapi semestinya....kene lah guna tripod kan kalau nak gambar betul2 sharp. Disebabkan aku xder tripod...so terpaksa lah menggunakan sepenuh tenaga menegapkan tangan dan badan...sampai satu tahap dah penat sgt dan gambar semua dah jadi blur...huhuhu






aku sengaja nak tunjukkan perbezaannya...tapi gambar yg agak jelas itu aku xguna tripod yang sebenar...aku pinjam bahu kawan aku jadikan nya sbg tripod hahaha...sori ek kawan...terima kasih sbb bg pinjam bahu kejap hahaha. nanti nak gi beli tripod lah kalau ada yg jual murah2...

6 comments:

afzan said...

so kesimpulannya usungla tripod/monopod anda ke sana ke sini di kala malam hari. kelak bahu kawan menjadi mangsa :)

Syam said...

Nanti try datang waktu siang, wat HDR...sure gempak ;)

IMANSHAH said...

dah 4 tahun meninggalkan kawasan ini

Sasa Al-Sharif said...

nanti dah ada tripod cuba lagi. mesti lebih sharp :)

Mamachia said...

kalau pakai tripod lagi cantikan..cuba ambil semua keadaan sis..siang/mlm/pagi/ptng..cantik ni.

adrenalina said...

cadangan mamachia akan adrenalina cuba nanti...biler turun Kuching lagi hehehe...thnx for the idea