Saturday, May 21, 2011
Cerita Tentang Perahu
Masa mula2 dapat tau yang aku diposting kan ke bumi Kenyalang ini... aku sudah membayangkan yang kemungkinan aku akan menaiki perahu jika aku ditempatkan ke sekolah yang tidak mempunyai jalan darat... setelah hampir 4 tahun disini...setakat ni aku pernah sekali sahaja menaiki perahu merentasi sungai... tatkala itu aku mengikut rombongan sekolah ke rumah arwah pelajar aku. Arwah merupakan anak muridku di mana aku menjadi guru tingkatan. Arwah meninggal dunia akibat lemas semasa berkelah dengan keluarga di sebuah tempat peranginan air terjun di sini. Aku mendapat berita kematian arwah ketika aku balik kampung semasa cuti sekolah pertengahan tahun. Ketika aku mendapat berita tersebut, aku terkejut dan seakan tidak percaya. Pada minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan tahun...aku masuk ke kelas dan melihat meja arwah yang kosong itu. Seakan dia masih lagi ada dan hanya tidak datang sekolah kerana cuti sakit ... arwah seorang pelajar yang paling baik di dalam kelas dan pandai. Ada potensi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Namun Allah lebih menyayanginya... Al-Fatihah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
belum pernah lagi naik perahu..
al-fatihah.. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. inshaAllah..
Al-Fatihah buat arwah..
singgah sini terus follow. jom tukar link. like yr blog.
kalu sudi, jom follow ai plaksss..
*__"
Post a Comment