Tuesday, May 3, 2011

Kampung Serikin, Kuching ... hotspot shopping barangan murah dr Indon

 Kalau korang terbang ke Kuching, Sarawak... jangan lupa singgah sekejap ke Kampung Serikin yang terletak di daerah Bau... kat sini ala2 Rantau Panjang kat Kelantan lah...kalau Rantau Pjg sempadan Thai... Kg Serikin pula dekat dengan sempadan Indonesia...so barangannya mmg dari Indonesia... Kg. Serikin ini hanya beroperasi pada hari hujung minggu shj... kalau nk pergi dinasihatkan pergilah seawal pagi yg mungkin kerana jika pergi tengahhari bimbang cuaca menjadi sgt panas + orang ramai.

   Perjalanan dari bandaraya Kuching adalah lebih kurang 45 minit perjalanan... sampai kat sana sudah setia menanti org yg menjaga parking... RM2 sbg bayarannya... kemudian bolehlah berjalan2 sampai ke hujung jalan.... kenapa ramai sangat orang suka ke sini...kerana barangan nya agak murah (dulu lagi murah...skarang penjual2 kedai dah pandai letak harga yg mahal)... korang mesti lah tawar-menawar sbb harga yg disebut pertama kalinya bukan harga sebenar.

Antara barangan yang banyak dan menjadi pilihan ramai pelancong adalah :
1. kain telekung sembahyang yg bersulam-sulam (mula2 datang mmg rambang mata...skarang dh tak?)
2. baju kebaya/baju kurung/ baju kurung moden ( yg belum jahit & dah dijahit)
3. kain yang bermanik2 dan bersulam2... (kalau cari betul2 mesti ada 1 yg sesuai buat mjlis kahwin hehehe)
4.kain sarong/batik bg lelaki dan perempuan
5.kraftangan sarawak cthnya tikar sarawak, perhiasan ,dsgbnya
6.tudung indon
7.periuk belanga, mangkuk2, pinggan
8.beg tangan, tali pinggan , spek itam berjenama(yg copycat)
9.baju blouse, jaket , seluar, baju ala2 pergi haji, jubah
10. alas meja bersulam, langsir yang dah siap
11. kerepek2 dari indonesia

    dan ada lagi kot yang aku xsenaraikan...





Jika singgah sini jangan lupa bawak duit secukup2nya ikut budget ek... sbb kat sini mmg xder mesin ATM ataupun nak guna kredit kad...semua urusniaga dalam tunai ringgit malaysia...
dan kalau takut panas...sila bawa payung =)

kalau nak murah lagi...try lah cakap indon dgn penjual.(boleh berlatih ckp indon sambil tgk cerita indon kat tv).hehehe

3 comments:

Faaein Talip Roy said...

bilalah dapat terbang ke sana.. kuching.. jauhnya.. hehehe..

afzan said...

seronok bershopping kak :)
aku, dia & lensa

adrenalina said...

faaein : insya Allah..dulu adrenalina pun xpernah terpikir nak jejak kaki kat kepulauan borneo ni..tp dah jadi suratan takdir aku dipostingkan di sini..ada rezeki lebih dtglah jalan2 ke sini..air asia kan ader

afzan : hahaha seronok tengok org lain bershopping..ni khas bawak kawan yg nak cari kain utk akad nikah!