Friday, December 31, 2010

Hari2 yg memenatkan...

tak tahu nak tulis aper ... sbb hari ni penat gaban menjadi buruh sekejap hahaha...xsabar lah nak tunggu hari buruh!!! yeaaaa...esok cuti. Rasa2nya kat negara kita lah yang banyak cuti kan ... enjoy the photos..








Tuesday, December 28, 2010

Setibanya aku di Kuching

Pemandangan yang menarik sempat aku tangkap setibanya aku kat airport Kuching!! =)



satu eksperimen...hehehe...

Sunday, December 26, 2010

superman utk anak kucing

Salam semua!!!

Sebenarnya tengah excited nak cerita...petang tadi semasa aku menjadi driver utk ibu aku... tibe2 aku nampak kereta waja berwarna kelabu ini yang plat keretanya bermula dengan huruf "B" berhenti di tengah2 jalan...jalan tu memang selalu sibuk dan jalan sehala sahaja. so biler dia memberhentikan keretanya aku terkejut samalah sambil menekan brek dengan mengejut!!.. tibe2 ..aku nampak seekor anak kucing yang comel dan kecil itu berlari ketakutan dan kekejutan ... masuk ke bawah kereta mamat tu tadi...mamat tu pun keluar kereta dan tertunduk2 mencari anak kucing itu....
  Oh..rupanya mamat tu berhenti secara mengejut kat tengah jalan sebab terkejut dgn anak kucing yang melintas jalan. Dia mengangkat tangan tanda bersopan santun di jalan raya... dan terus menyelamatkan anak kucing itu sambil tersenyum dengan hensemnya (kahkahkah adakah aku terlalu over menceritakan peristiwa ini???)  dan anak kucing itu pun senyum sama... yeah!!! aku diselamatkan!!!
     Ibu aku yang berada disebelah dengan ringannya memuji mamat tersebut.." Wah..ini baru boleh buat menantu!!!" aku memandang ibuku...dan ketawa. ..hohoho..nampak gayanya aku kene tanyelah bakal aku nanti ...
        "Kalau tibe2 ank kucing melintas time tengah driving nak buat camner???
         A. teruskan drive dan buat tak tahu ada kucing yg melintas
         B. marah mak kucing tu kenaper tak jaga anak dia
        C . berhenti kan kereta tidak kiralah kat belakang kereta byk kereta pun... dan selamat kan ank kucing!


gambar kat atas nih ehsan dari memberku yg berkongsi hobi sama dgn aku... nak letak gambar sendiri aku xder gambar kucing umah aku. ibuku larang aku snap kucing2 umah aku..kononnya nanti kucing tuh akan cepat meninggal dunia...

credit to Google picture!!!


Tanamkan sifat penyayang... 
agar dunia aman dan penuh kasih syg!!!

PeAce    NO WAR!!!

Bukit Kluang episode 2...





24hb 12 2010 - aku dan famili aku pergi holiday kat Bukit Kluang Resort, Besut. Ni kali kedua lah aku ke sana. 1st time tuh aku datang pantai Bukit Kluang selepas majlis pertunangan member aku. Masa tu cuaca agak tidak mengizinkan...kali ini time aku pergi holiday dgn famili aku...Alhamdulillah cuaca sgt2 bagus. so mmg aku puas hati sgtlah dapat tangkap gambar puas2.hehehe...dan bereksperimen. Bukit Kluang Resort pun sangat menarik tempatnya dengan kemudahan swimming pool...adik aku yg mmg sukakan air itu asyik nak pergi swimming pool jer...terpaksalah kakaknya menunggu di tepi kolam renang dan berlagak mcm mak orang sbb adik tuh suka buat aksi2 yang menyebabkan aku risau..kalau dia pandai berenang tu takperlah..and in addition aku pun tak pandai berenang!!! hahah...walaupun kolam tu aku tengok tak dalam sgt...(kolam utk budak2...sbb tu aku segan nak terjun skali walaupun dlm hati teringin sgt!!!)
     Malam tuh sebelum tidur aku dah pasang niat...pagi2 lepas subuh aku nak pergi pantai...nak try ambil gambar di waktu subuh katakan..kononnya tgk sunrise..tapi kat pantai tuh mataharinya naik sebelah bukit sana..bkn kat situ...hohoho.... tapi xperlah...berjalan kat tepi pantai pagi2 mmg best!!!





kat chalet... mmg cantik!!

swimming pool...penuh dgn kanak2 ribena!

morning walk!!!!


penat aku berlari nak kejar budak nih


Bukit Kluang!!! 

















Wednesday, December 22, 2010

PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011 (cik mas punyer)

PENCARIAN BLOGGER PERAMAH 2011


Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan dalamlist blog blogger peramah sesi 2011 sebelum 11/01/11

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi

Trimas kaseh to Cik Mas sbb jemput.tak sgka pulak Cik Adrenalina nih peramah..hahaha.sgt2 berbesar hati menerima jemputan ini..
   n the truth is... aku baru jer kenal dunia blog...xramai lg jiran tetangga... so these are 4 people who i think is the "Blogger Peramah"

1. suichi


Tuesday, December 21, 2010

must expect the unexpected




Pagi ini walaupun dengan keadaan cuaca yang agak tidak sesuai untuk bersiar2 disebabkan angin monsun ini... dengan penuh bersemangat waja aku dengan member yang sejak akhir2 ni suka keluar "menembak" ....keluar rumah .............................dgn misi untuk mencuba menangkap gambar kapal terbang yang sedang mendarat dari angle bawah...
             Susah jugak sbb kalau nk try dptkan angle tuh kene berhenti kat tepi jalan yang ada signboard "DILARANG MEMBERHENTIKAN KENDERAAN DI SINI"... 
memang patutlah letak signboard tu sbb kat situ selekoh maa!!! 


so aku dgn kwn aku plan...time kpl terbang mendarat kami ready .. and trus dia snap..aku pulak drive..hahaha. poyo giler punya plan..


so smalam kami check lor schedule arrival kpl terbang...di saat2 hari kejadian kami berhenti dulu kat bus stop before sampai selekoh yg kami aim tuh....then..sdg syok tgkap gmbar dlm keta tiba2 .............
............nampak kpl terbang nak mendarat.......................
                                          ..........


rupa2nya kpl terbang tuh mendarat 10 minit awal ...aper lagi punya kalutlah aku drive... hahaha.rasa mcm kami xder kerja jer...mcm P.I pun ada. hasilnya...erm korang lihatlah...








tu ler member seperjuangan aku..hahaha, dia tgh cari angle menarik kat situ

 opss...gambar2 kat atas nih bkn masa kejadian yg aku ceritakan kat atas.... ni sblum kejadian kat atas..
masa nih tgh tunggu member seorang lagi yang xmuncul2 hahah



saat2 kami terkejut dan terlepas ...

banyak sungguh papan tanda kat sini

dapat angle sisi hahahah...ini lah hasilnya


Maybe next time...we will do better...  =)

Monday, December 20, 2010

pernahkah SANDWICH anda tersenyum

JOM layan tengok gambar sandwich...sajer nak buat perut korang menyanyi tgh2 malam buta ni



Add caption

ni ler sandwich yang tersenyum tuh

~pandangan mata~

Mata ... tanpa mata kita tidak dapat melihat.Betul ker? tapi kalau mata ada tapi "cahaya" tiada...kita pun tidak dapat melihat. Kenapa? Ini adalah kerana dgn adanya cahaya barulah mata dapat menafsir cahaya-cahaya itu dan di hasilnya ... apa yang kita lihat. Bersyukurlah jika anda boleh melihat....
    Kadang2 pandangan mata kita selalu dihalang oleh "sesuatu"...kita tidak dapat melihat jauh... contohnya mcm gambar kat bawah ni...


 Tak nampak aper2 kan selain batu-bata itu...prespektif kita menjadi "sempit"


Tapi........... Jika kita LUASKAN PANDANGAN MATA KITA!!!





Maka kita boleh lah melihat bukan hanya 1 benda sahaja... dan kita LUASKAN LAGI DAN JAUHKAN LAGI PANDANGAN MATA KITA....


                   .... mungkin.... 




 kita akan nampak ke mana kita menghala...


 so... LUASKAN PANDANGAN MATAMU... kerana 
             "MATAMU BEGITU BERHARGA!"




MaRi bErJaLan meLiHat aLam... (^-^)

Sunday, December 19, 2010

Bukit Kluang, Besut

Bukit Kluang yang terletak di daerah Besut....bernegerikan negeri Terengganu Darul Iman. Perjalanan dari kampung aku hanya lah kira-kira 1 jam 40 minit kalau guna jalan yang dipandu arah oleh gps...tapi kalau pakai shortcut hanya memakan masa lebih kurang 1 jam sahaja....hahaha
      Tiba jer aku kat pantai tuh rasa excited giler nak tangkap gambar...tapi tak sempat tangkap banyak2 memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Sedang syok menembak tiba2 hujan yang renyai2 menjadi lebat...aper lagi...berlari2 dengan penuh keayuan lah aku menuju ke kereta. Masuk jer dalam kereta terus hujan tuh berhenti. Mcm xbagi aku berlama-lamaan jer kat tepi pantai tuh. hahahah.
       Walaupun sekarang ni musim tengkujuh disebabkan peralihan angin monsun tetapi aku dapat lihat di tepi pantai dengan laut yang bergelora itu masih tetap ada orang yang pergi menikmati keindahan alam semulajadi yang diciptakan yang Maha Besar.... makcik2 dan pakcik yg jual pisang goreng, keropok goreng dan air tetap setia menerima pengunjung2 ... aku pun sempat jugak lah beli ubi, pisang dan keropok goreng yang panas...mmg best biler makan pisang goreng panas dalam hujan2 ni.




ombak ganas


gambar nih mmg aku blurr sikit hahah


Org tua2 kata kalau curi2 mkn sireh junjung pertunangan org nanti next kita pulak...

     Bersempena dengan majlis pertunangan member aku semalam, aku pun dijemputlah memeriahkan suasana. Sambil itu sempat juga mengambil beberapa keping gambar ( erm byk jugak sebenarnya).... sedang asyik2 bergambar-gambar ini. Tiba2 aku ditarik oleh seorang kawan a.k.a senior aku jugak lah. Lalu dia berbisik kepada " Orang tua-tua kata kalau curi-curi makan sireh junjung pertunangan orang nanti lepas tuh kita lah" sambil tersenyum-senyum kepada ku... Aku pun tersenyum-senyum juga walaupun aku rasa kening aku dah berkerut seribu kerana terkejut hahaha....
     Di majlis pertunangan itu aku sebenarnya secara tak langsung dilantik kononnya lah jadi photographer. Nasib baik aku bawak kawan aku yang giler bergambar jugak mcm aku... kalau tak nak harapkan gambar2 yg aku tangkap..huh. Aku mmg tabik spring lah kat photographer2 yg berjaya menangkap gambar2 yang menarik dan bermakna...bila aku tengok balik gambar2 yang aku tangkap ada beberapa keping jer yg aku rasa itu okay..itupun aku tak puas hati. Bila nak tangkap gambar dalam majlis yang ada orang dan ramai yang kita tidak kenal...itu menjadi kelemahan buat aku memandangkan aku nih agak pemalu!!! ark...mcm pelik jer kalau photographer ada sifat pemalu. Satu lagi...orang nih dia bergerak...susah nak kawal. Kalau tangkap gambar benda2 yg tak bergerak okey sikit.hahaha...tapi itulah kelemahan yg perlu diatasi!!!
      Namun.... this is my first trial in real life situation...hahaha. Kalau nak jadi jurugambar profesional tuh xderlah sbb aku ada kerjaya lain yg agak penting jugak...ini sekadar hobi sambil release2 stress...hehehe.walaupun kdg2 aku rasa kalau nak ambil gambar yg bagus...mood pun kene bagus juga.

Iniler hasil2nya... =) kalau sudi bagilah komen2 membina. tapi aku xupload lah gmbr member aku bertunang ek...