Wednesday, December 15, 2010

ke mana kita? ke Kota Bharu!!!!

Pagi semalam... aku dan beberapa kawan lama dari sekolah menengah lagi berjalan2 melihat alam di beberapa tempat pelancongan... konon kami jadi pelancong lah walaupun ini negeri kami sendiri...

Destinasi pertama kami adalah ke Pantai Cahaya Bulan melihat keindahan alam semulajadi ciptaan yang Maha Besar... kemudian kami singgah di satu kedai yang membuat wau... masa nih mmg rasa nak berdikir barat "ewa bule" hehehe... then kami pergi ke tempat yang selalu pelancong pergi untuk bergambar....dekat area Masjid Muhammadi. Tidak sah kalau tak melawat muzium...so kami pergi melawat Muzium Istana Jahar yang dekat area tuh ajer. tapi dlm muzium tu tidak dibenarkan mengambil gambar.. last sekali...makan tengahhari di kedai Cikgu Nasi Ulam yang menhidangkan ulam-ulaman pelbagai jenis dan juga budu serta air bandung yang sgt2 sedap. JOM MELAWAT KAYBEE!!!!

Pantai Cahaya Bulan



Perahu Lama


Ukiran pada perahu



Budu + tempoyak

Ulaman dan air bandung

PCB

No comments: