Salah satu artikel yang menarik perhatianku... artikel dlm Majalah Solusi Isu #26 yang bertajuk "Aku Dipanggil Cikgu" oleh Prof. Dr. Sidek Baba... kalau korang nak baca full article tuh belilah sendiri ek Majalah SOLUSI untuk bulan ini...
Inilah kata2 yang membuatkan aku rasa bersemangat memandangkan cuti sekolah pun akn berakhir tidak lama lagi...
Cikgu Berjiwa Dai
Sebagai ckgu yg berjiwa dai dan murabbi, ia tidak boleh bersifat gopoh dan memiliki nafsu amarah yang jelik (*nafsu ni byk jenis dan salah satunya adalah nafsu amarah => kupasan dlm Majalah Solusi Isu #25). Ia tidak boleh memaki hamun dan melontarkan kata2 kesat terhadap org yg hendak didakwahnya. Bahasanya adalah santun dan sopan. Kalimah yang dilafazkannya tidak saja menyentuh fikiran ttp juga menyentuh hati. Silat lidah tidak memadai untuk membawa manusia berubah ttp silat hatilah yang sering membimbing manusia kembali kepada fitrah. Silat hati apb disampaikan dgn bijaksana boleh menusuk rasa dan jiwa.
Oleh sbb itu, panggilan ckgu padaku panggilan yang mulia. Moga-moga ia mengekalkan diri dgn rasa tawaduk. Bukan dgn maksud berbangga atau riyak. Seperti juga apb seseorang dipanggil ustaz. Ia adalah panggilan yg amat mulia. Lantaran ustaz adalah pendidik dan orang yg tahu agama. Panggilan ustaz menjadikan seseorang itu ada kawalan diri. Sbg ustaz tida saja cakapnya didengar, nasihatnya dipedulikan ttp ia menjadi sumber contoh. Guru dan ustaz adalah panggilan mulia.
Kebanggaan cikgu kepada anak muridnya bukanlah meminta balasan apb anak muridnya berjaya. Kegembiraan seorang cikgu ialah apb ilmu yg disampaikan diamalkan oleh anak muridnya dan nasihat yang diberi membwa perubahan yang baik kpd dirinya. (Prof. Dr. Sidek Baba, Majalah Solusi Isu #26)
2 comments:
prof sidek baba..cam knal.usm or upm?
xsure tapi mmg dia prof kat universiti
Post a Comment