Sunday, December 19, 2010

Org tua2 kata kalau curi2 mkn sireh junjung pertunangan org nanti next kita pulak...

     Bersempena dengan majlis pertunangan member aku semalam, aku pun dijemputlah memeriahkan suasana. Sambil itu sempat juga mengambil beberapa keping gambar ( erm byk jugak sebenarnya).... sedang asyik2 bergambar-gambar ini. Tiba2 aku ditarik oleh seorang kawan a.k.a senior aku jugak lah. Lalu dia berbisik kepada " Orang tua-tua kata kalau curi-curi makan sireh junjung pertunangan orang nanti lepas tuh kita lah" sambil tersenyum-senyum kepada ku... Aku pun tersenyum-senyum juga walaupun aku rasa kening aku dah berkerut seribu kerana terkejut hahaha....
     Di majlis pertunangan itu aku sebenarnya secara tak langsung dilantik kononnya lah jadi photographer. Nasib baik aku bawak kawan aku yang giler bergambar jugak mcm aku... kalau tak nak harapkan gambar2 yg aku tangkap..huh. Aku mmg tabik spring lah kat photographer2 yg berjaya menangkap gambar2 yang menarik dan bermakna...bila aku tengok balik gambar2 yang aku tangkap ada beberapa keping jer yg aku rasa itu okay..itupun aku tak puas hati. Bila nak tangkap gambar dalam majlis yang ada orang dan ramai yang kita tidak kenal...itu menjadi kelemahan buat aku memandangkan aku nih agak pemalu!!! ark...mcm pelik jer kalau photographer ada sifat pemalu. Satu lagi...orang nih dia bergerak...susah nak kawal. Kalau tangkap gambar benda2 yg tak bergerak okey sikit.hahaha...tapi itulah kelemahan yg perlu diatasi!!!
      Namun.... this is my first trial in real life situation...hahaha. Kalau nak jadi jurugambar profesional tuh xderlah sbb aku ada kerjaya lain yg agak penting jugak...ini sekadar hobi sambil release2 stress...hehehe.walaupun kdg2 aku rasa kalau nak ambil gambar yg bagus...mood pun kene bagus juga.

Iniler hasil2nya... =) kalau sudi bagilah komen2 membina. tapi aku xupload lah gmbr member aku bertunang ek...





No comments: